Saturday, May 14, 2011

Imaginasi Cemerlang


Assalamualaikum.

Saya telefon ayah saya pukul 1.30 petang waktu Maghribi semalam bersamaan pukul 9.30 malam waktu Malaysia. Saya tanya dah makan ke belum, siapa ada kat rumah, ibu masak apa dan sebagainya.

Kemudian, saya tanya tentang adik saya yang kini bersekolah tadika 6 tahun. Budak ini kurang tahu untuk memberitahu sesuatu nama atau kata khas bagi sesebuah subjek. Tetapi cukup cerdik menggambarkan sifat atau keadaan subjek tersebut. err..faham ke matlamat ayat ni?

Satu hari, ayah saya teringin nak memberi adik saya wang saku sebanyak seringgit walaupun tiada kedai atau kantin di tadika tersebut kerana pihak tadika ada menyediakan makanan.


Ayah saya lantas menyerahkan wang kertas berwarna biru cair siap lipat dua lagi. Adik saya lantas berkata, "alaa, nak duit warna hijau boleh tengok sebelah tu"

Imaginasi cemerlang kadangkala berbahaya. Saya mula risau pendidikan seks di sekolah rendah nanti.

Puan Zairiyah Othman

Assalamualaikum wth.

Saya rajin pula ber'blogwalking' sekarang. Semua tulis? taip? post? pasal ibu mereka bersempena Mothers Day. Takkan saya nak ketinggalan juga kan? Nanti mesti ada mulut sinis cakap "aku sayang mak aku, kau je yang tak" Well, it hurts me a bit but a word won't let me down eh. Ter'speaking' pula.

Ibu saya bernama Zairiyah binti Othman. Saya letak nama penuh beliau ni dan tolong la jangan bomohkan dia ye. Sebab dia baik dan terlalu baik. Dia cantik, awet muda dan Alhamdulillah kecantikan beliau turun kat anak dia yang tak tahu dia hensem ni. Ehe~ Mungkin kerana ayah beliau aka datuk saya berdarah Thailand. Tak pasal.

Ibu saya sangat kuat bekerja demi keluarga. Tapi dia bukanlah ibu tunggal kerana ayah saya masih hidup dengan kacaknya. Saya fikir, buku jingga Anwar Ibrahim pasti dapat dilaksanakan kurang seratus hari jika ibu saya diangkat sebagai pakar strategi PKR.

Untuk ibu, terima kasih kerana melahirkan saya dengan penuh jayanya dan memberikan kami apa yang terbaik. Ketahuilah, tulisan ini bukanlah kerana Hari Ibu, tetapi kerana kaulah ratu.

Maaf kerana saya sedang terbayang seorang kanak-kanak perempuan bergaun putih sedang menyanyi lagu 'Ratu hatiku' sambil minum susu Nespray di sebuah ladang lembu.

Hargailah ibu dan bapa sementara mereka masih ada. Jangan salah faham, Ibu ayah saya masih hidup. Terima kasih.

Tanda besar ia berlaku

Saya mula tak sedap hati, tapi makan tetap laju. Hati saya amat fragile bila diajak shopping oleh roommate. Sebagai insan yang tidak punya tajaan, pelajar-pelajar tajaan seolah-olah mengerumuni saya sambil ketawa terbahak-bahak dengan pelbagai ekspresi muka yang cukup mengerikan dan semuanya berlaku dengan penuh slow motion. Rasa rendah diri seakan-akan jadi sumpahan. Seumpama segala masalah yang berlaku di dunia ini sayalah penyebabnya. Pernah tak korang rasa begini bila takde duit walau SESEN! selama 3 minggu berturut-turut?! Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman jauh lebih mencabar dan menginsafkan daripada seorang pengemis di kaki lima Jalan Tunku Abdul Rahman, saya sarankan, inilah waktunya.

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...