Wednesday, July 20, 2011

Cuti bersalin

Saya rasa saya terpaksa ambil berehat dari berblogging sebulan ni. Tempoh paling kritikal kalau berpersatuan adalah sekitar bulan Julai. Banyak urusan nak diuruskan. Urusan universiti, program persatuan, Sukan SEA tiga negara, semua perlu selesai bulan ini juga kerana orang arab Morocco cuti musim panas tiga bulan. Mereka buat kerja bukan macam kita. Nak kena terajang baru angkat punggung. Blog ini dah jadi perkara paling last saya ingat bulan ini. Makan tidur walaubagaimanapaun tetap prioriti utama. Selepas itu baru kerja. ngahaha..Sebab itu saya perlu ambil cuti bersalin. Banyak juga yang saya mahu ceritakan. Insyaallah kalau ada kelapangan saya cuba post. Kalau "wordless everyday" melampau juga kan?


Ampunkan hamba pembaca sekelian alam...

Friday, July 8, 2011

Spaghetti Korban dara


Semalam masak spaghetti Carbonara, nak feel Italiano kan. Ada la manusia lidah takkan Melayu hilang di dunia ni translate jadi Mee Korbandara. Terkorban dara aku gelak!

Tuesday, July 5, 2011

Tips mengawal gementar di khalayak ramai.

Assalamualaikum wth.

Saya rasa saya belum pernah lagi berkongsi sebarang tips sejak berblogging. Bernas lagi jitu juga kalau berkongsi ilmu pengetahuan ni kan? Simpan sendiri pun tak kemana. Dividen pun tak dapat. Kita dapat pahala orang dapat ilmu. Orang berbudi kita berbahasa. Macam tak into je peribahasa tu. Lantak lah, bukan masuk ISA pun.

Baik, ramai manusia kalau bagi mikrofon pada dia mintak bagi ucapan depan audiens macam bagi pisau paksa tikam orang 25 kali kat perut. Takut woi. Tulang kaki automatik jadi gel aloe vera, lembik. Lantai marmar jadi selut, tenggelam kaki. Badan dah sampai depan, nyawa empat nautika tinggal belakang. Peluh kalau tadah, dua kolah melimpah. Gigil tak payah cakap. Lagi scala richter dari enjin Air Asia. Sunat tak macam tu.

Saya dahulu mula berdiri depan audiens ketika darjah empat apabila dilantik jadi pengawas. Masuk pulak syarahan, pertandingan bercerita, nasyid. Sampai lah ke sekolah menengah. Pidato dan forum memang tak tinggal. Tapi, setiap kali di depan pentas, benda yang sama berulang. Cuak mesti ada. Nervous. Rileks, itu alami. Adrenalin je tu. Perkara ni memang korang tak boleh ELAK bila berhadapan dengan ramai orang. Tapi, boleh di KAWAL dengan beberapa teknik vokasional :

1. Buat persedian beberapa hari sebelum hari kejadian.

Kaji lebih awal audiens anda dari segi umur, profesyen dan lain-lain. Takkan korang nak ajak nyanyi sekali "ba ba black sheep" depan pegawai gomen gred gaji 48 kan? Berlatih depan cermin amat membantu. Mimik muka, tone suara, falsetto, soprano, pitching dan body language sangat kritikal. Saya dulu berlatih dalam bilik air. Kira bilik air tu jadi bilik audition jugak lah. Believe me, it helps a lot! Muka yakin Oprah Winfrey.

2. Datang seawal mungkin.

Bila datang awal, kita boleh kenal pasti kedudukan audiens, arah mana nak halakan pandangan dan paling penting kita boleh serap energy tempat kejadian. Feel kena ada beb, baru layan. Nasi beriyani gam tak sama makan kat Australia dengan kat Muar. Tak faham? Pergi Mekah mandi air zamzam. Hilang sikit saitannirrojim di kepala tersebut.

3. Kawal pernafasan, bukan perut.

Ramai salah mempraktikkan teknik pernafasan. Tarik nafas terus ke perut bukan ke dada. Baca surah "Alam Nasyrah" ayat pertama dan tarik nafas ke perut dan hembus perlahan tetapi padat. Insyaallah keyakinan akan bertambah. Lain lah nama korang Saravanan a/l Nallakarupan. Itu kasi Batu Caves pigi pecah kelapa la.

4. Yakin! Lu sangsi lu mati bro!

Kebiasaannya, kita mesti berfikir, "kalau aku jatuh tergolek mulut kat tangga kang...", "mati la kalau salah cakap..", "buat aku lupa teks, naya aku!". Buang awal-awal benda negatif tu. Itu macam menyerah kalah sebelum bertarung kau tau. Yakin adalah kunci. Korang hanya perlu set dalam otak, "Aku keluar, Aku buat!" Jadikan audiens adalah golongan manusia yang perlu korang pengaruhi pemikiran mereka dan seolah-olah idea korang merupakan idea bernilai 3.5 billion pound sterling! Ana kaya la..ana kayaaa...

5. Senjata rahsia!

Setiap orang sebenarnya wajib ada senjata rahsia yang boleh menyimpan semua perasaan menggelabah beruk, menggigil tenuk dan gemuruh di dalamnya. Senjata rahsia saya adalah sebatang pen! Sebatang pen yang saya genggam erat di tangan mampu menyerap segala tekanan yang saya alami ketika berada di situasi melibatkan adrenalin memuncak. Banyak benda lain yang mampu korang guna sebagai senjata rahsia antaranya buku, laser(untuk presentation la), kertas A4 bergulung, gentel cincin, dan sebagainya. Janganlah bawak peti ais 3 pintu Panasonic rumah korang kan, itu bukan senjata rahsia dah. Baik korang masuk dalam tu dan mintak audiens campak tepi gaung Gunung Kinabalu.

6. Tenang. Cool. Macho. Gaya. Mutu. Keunggulan. Perrylis.

Selagi kita bertenang, selagi itu audiens TAKKAN tahu betapa nervousnya korang. Percayalah. Malah diorang akan respect dengan korang. Sembunyikan gemuruh jiwa korang sebaik yang mungkin. Senyum dan tembusi mata audiens semasa bercakap. Eyes bebeh, eyes! Juga mesrakan tubuh anda dengan keadaan sekeliling. Rasakan diri anda adalah paling hebat. Ghairahkan diri kita untuk bercakap seolah-olah detik itu adalah peluang paling baik dan bersejarah untuk membunuh musuh utama kita iaitu, TAKUT! Kuasai minda sendiri, arahkan mereka bekerja dan bukan sebaliknya. Diri anda adalah hak milik anda, bukan orang lain! Siapa bela hantu raya lainlah. Suruh je dia transform dan berucap sebagai ganti diri anda. Mudah kan? Take a chill pill meh! Apa gelak-gelak? Ingat hantu raya tak nervous ke bila kena public speaking?

7. Hadamkan teks.

Korang perlu tahu la apa yang korang rapikkan. Ceramah Maal Hijrah bantai korang buat review Merong Mahawangsa, melampaulah kan? Pastikan anda tahu dan faham apa isinya. Jika kita faham dan hadam, pendengar juga tidak akan terkemut-kemut anus untuk memahami penyampaian anda tersebut. Andai tidak menggunakan teks dan bimbang jika terlupa isi penting ketika berucap, buatlah peta minda dalam saiz sederhana. Peta minda itu apa? Tempah dua batu nesan tulis nama lu balu gua kasi tau la! Takut kah amoi manis?

8. Enjoy the moment.

Rehatkan bahu kita, biarkan tubuh terbuai dengan ucapan, bawa audiens ke dalam dunia ucapan korang dan tanggungjawab korang adalah membuat penonton menerima dengan selesa serta berlapang dada dengan penyampaian yang diberikan. Kalau anda mampu melaksanakan sehingga ke peringkat terakhir ni, nescaya peluang untuk dilantik sebagai jurucakap Anwar Ibrahim dalam PKR milik anda menjelang Wawasan 2020.


Semoga tips saya tak seberapa ini mampu membantu anda walaupun sedikit. Tak nak pakai pun, ada saya kesah? errr...terasa la jugak sikit, tapi sikit je. Tak banyak pun. Camne nak cakap eh? Alaahh..camni, terasa geram tapi tak la terasa sangat .......tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu------Negaraku, Tanah tumpahnya......----tuuuuuuuuuuuuuuuttttttttttttttttt......................

Monday, July 4, 2011

Sepetang di pasaraya

Ramai manusia shopping kat pasaraya Aswak Salam petang tersebut. Bau pelbagai. Lalat andai terhidu, memang tergadai nyawa.

Biasa lah kan akhir bulan, gaji dah masuk la tu.

Saya dan Ubaid (bukan nama sebenar, ini nama pendek je..kahkahkahkahkah..) tak ketinggalan membeli serta membelah.

Selesai urusan jual beli di kaunter pembayaran, saya dan Ubaid menuju ke mesin timbang berat. Dalam google translate cakap Weight Scales.

Ubaid tanpa segan silu dan penuh harapan menggunung di dada berdiri diatasnya lalu menyumbat syiling sedirham.

Mesin berbunyi tanda pengirangan dan hitungan BMI sedang berjalan. Kedengaran sedikit mengah mesin terbabit.

Hasil hitungan mesin terpacul keluar. Ubaid lekas menarik helaian kertas kecil itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Bila la berat aku nak turun ni, Dan?", keluh Ubaid perlahan menghela nafas sedikit kecewa.

Aiskrim kon berperisa coklat dan vanilla double scoop di tangan kanannya mencair perlahan-lahan seolah-olah meratapi kegalauan hati tuannya yang berduka itu.

Saturday, July 2, 2011

Nora Elena dan hero dikalangan kita.

Assalamualaikum wth pembaca blog yang sungguh saya sayang.

Hampir seminggu juga saya tak menjenguk makan minum blog ni. Mungkin sebab kekangan mood kot. Cuaca di Maghribi seminggu ini sangat bahang. Bayangkan cuaca macam dalam oven. Panas tak berangin. Dah panas begini baru terhegeh-hegeh nak tengok laporan Meteorologi kat TV tengok bila nak turun suhu. Sedap la orang putih, boleh bogel-bogel tepi pantai. Akhirat esok bogel-bogel dalam neraka pulak. Korang nak? Nauzubilahhiminzalik. Jadi jangan cuba ber"Pamela Anderson" di Port Dickson atau Morib okeh!

Okeh, begini kisahnya . Geram jugak kan, kat mana-mana tak habis-habis pasal Nora Elena. Pening oo. Kalau dia pening sorang-sorang takpe. Ini saya terlibat sama kena dengar drama Melayu tu. Saya nak tanya kepada gadis-gadis, wanita-wanita tidak gadis dan mereka yang menonton drama Nora Elena. Percayakah anda wujud lelaki seromantik terlampau seperti Seth Tan? Korang fikir sanggupkah lelaki Melayu meromantiskan diri sebegitu gila kepada wanita yang dicintainya? Kalau ada yang kata ada, mereka adalah mangsa penipuan media massa. Betul ni. Jangan harap la lelaki sebegitu akan muncul dalam sejarah ketamadunan jantan Melayu. Mana saya tahu? Come on, saya lelaki Melayulah!

Saya memang bercita-cita untuk menjadi suami yang bertanggungjawab, penyayang, dan mithali bila saya kahwin nanti. Tapi, ada tapi, kalau isteri saya seorang yang perlukan layanan SEBAIKNYA dari suami, SEPANJANG MASA, tidur saya belaikan, makan saya masakkan siap suap pulak, tertidur kat ruang ruang tamu saya angkatkan ke katil, you cuma bertahta diatas singgahsana macam NORA ELENA, siaplah kain kapan lima lapis. Kalau sakit tu lainlah kan. Morel of de stori, secara sejujur-jujurnya KEBANYAKKAN lelaki Melayu adalah tidak romantik tapi sayang bini!

Okeh, pandangan diatas bukan dari saya tapi diterjemah semula kedalam bentuk yang lebih ringkas dari seorang lelaki Melayu yang mempunyai dua isteri! Kahkahkah. Itu yang berani mati punya statement tu. Kalau tidak, harapan la saya nak buat entri subjek selepas kawen nih.

Baik, bagi saya la, wujud entiti lelaki romantik dan sungguh penyayang lagi mithali di dalam jiwa lelaki Melayu. Perkara ini sangat subjektif dan hanyalah difahami oleh pasangan mereka dan orang disekelilingnya. Romantik boleh wujud dalam pelbagai bentuk. Tolong korek hidung bini pun boleh diertikan sebagai romantik oleh seseorang isteri kepada suaminya. Dan saya pernah dengar sepupu perempuan saya memuji suaminya romantik sebab suami dia tolong jahit butang baju kurung yang tertanggal! Ish, tak paham la saya perempuan nih.

HERO

Semua kita adalah hero walaupun kita tidak menyedarinya. Kita mungkin hero kepada ibu selepas kematian ayah atau hero dimata anak, ayah, adik, abang dan..dan..dan..Dan watak hero ini wujud dalam setiap naluri manusia normal. Start nak emosyenel da nih. Saya terbaca sebuah blog yang menceritakan kisah seorang suami, Abang Talib yang berjuang bersama isterinya, Akak Norma yang kini terlantar melawan kanser otak tahap terakhir. Pengorbanan suami terhadap isteri beliau sangat-sangat menggegar naluri saya sebagai lelaki dan manusia. Walaupun saya tidak mampu membantu secara kewangan namun doa juga saya panjatkan buat pasangan itu semoga kesudahan dugaan ini adalah yang terbaik bagi mereka. Dia adalah hero berjiwa besar yang wujud tanpa kita sedari. Bantulah mereka sedaya anda di sini. Mereka juga adalah seribu kali lebih baik dari Seth Tan dan Nora Elena.

p/s : Saya nak berikan apa yang terbaik kepada keluarga saya. Kisah mereka cukup memberikan inspirasi. Alhamdulillah.

Wassalam.

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...