Saturday, July 21, 2012

Sahur : Antara Dua Derajat

Rileks. Tajuk kat atas bukan drama nangis-nangis bulan puasa kat TV3. Aku cuma nak sharing pengalaman puasa di negara orang dan membandingkannya dengan sahur hari pertama aku kat rumah di Malaysia je. Memang berbeza lah kan. Tapi dua-dua seronok. Sekali lagi Alhamdolillah, Allah izinkan jugak aku bernikmat-nikmat senggama sahur di bulan Romadhon AlMubarak yang mulia ini dengan keluarga di tanah air tersenta. Perasaan yang sangat sukar dibandingkan dengan kata-kata. Sebab tu aku menulis ni hah, kan? Nak berkata-kata kena buat vlog pulak. Tahun lepas, puasa di Maghribi. Raya pulak di tengah padang pasir. Insyaallah, aku up kisah ni nanti. Memang banyak lah perbezaan berpuasa di negara orang dan tanahair sendiri.

Kalau di obersi nun, sahur dan buka mesti dengan housemate. Tak pun kawan-kawan wilayah lain datang rumah. Baru masak special sikit. Entah sampai ke tidak tahap specialnya pun aku tak tau. Menu sahur kalau bertiga, tak cekodok atau lempeng cicah kuah kari takde isi, lebih buka semalam. Serbuk kari punya banyak stok dari Malaysia. Cekodok lempeng tu kalau boleh bersuara, mau disumpahnya tukang masak. Seminggu sekali, iftar dengan staff kedutaan Malaysia. Merasa la jugak berbuka sebagai manusia yang ada hak asasi. Kalau tidak, rasa macam anak terbiar pun ada.

Bulan puasa sejak 5-6 tahun, memang akan jatuh time musim panas kat hemisfera utara. Nasib cuti summer dah mula. Kelas pun takde. Malam akan jadi pendek, siang pulak panjang. Imsak jam 4 pagi dan waktu buka -+ jam 7.30 malam. Oleh demikian itu, lepas subuh masing-masing pakat tido tak ingat tuhan. Tutup tingkap bagi rumah gelap macam keranda, tarik pulak selimut tambah gelap. Aktiviti neraka jahannam ni akan berlangsung sampai la Zuhur nanti. Kat Malaysia buat macam tu, memang kena bunuh kejam punya dengan mak ayah. Paling tak tahan, menahan cuaca panas. Suhu kat luar sekitar 35-40 darjah. Paneh! Letak kuih tart nenas bawah matahari, setengah jam boleh masuk balang kuih. Nak keluar rumah solat istikharah dulu.


Makan jemaah. Mandi asing-asing tau!

Tapi, nak kata Malaysia ni Allah bagi nikmat punya melimpah tak ingat. Cuaca sedang elok. Pagi-pagi buta tadi aku makan lemang sepupu aku bagi dengan rendang daging ibu aku buat semalam. Tak ke kelas ko maria punya menu sahur tu?! Ibu, ayah, adik-adik aku, pandang pelik. Diorang sahur tadi mana selera sangat. Pagi buta weh. Sampai kat aku, melantak seolah-olah esok kiamat. kahkahkah... Walaupun begitu, aku bersyukur sangat dah balik Malaysia ni, tapi aku tetap sedih bila ingat kenangan puasa di negara orang. Pengalaman itu yang sangat-sangat aku hargai. Entah bila lagi nak merasa benda tu semua. Yelah, life must go on ye tak? Tetiba je entry ni jadik drama airmata TV3 pulak kan. Sudah lah.

Nak upload gambar makanan kang, makruh pulak kalo ada yang terlior. Wait, aku ada aktiviti baru bulan puasa nih. Oh tidak, bukan curik moreh time terawih. Ini projek besar punya. Tak lawan lah Najib punya saham Felda tu. Sila doakan aku update malam kang lepas terawih ye. Ok, 1,2,3. Doa sekarang!

Thursday, July 19, 2012

Tanda-tanda Tipikal Puasa Dah Dekat

Memandangkan bulan puasa tak beberapa lama lagi, berikut adalah senarai petunjuk-petunjuk awal dikalangan masyarakat Melayu di Malaysia bahawa bulan puasa dah semakin hampir.

1. Iklan Jejak rasul dah keluar TV3.

2. Sample kuih raya dua bijik dalam plastik kecik seal pakai lilin di mana-mana. Kerap ditemui di hotspot orang malas/takde masa nak buat kuih raya seperti di pejabat-pejabat gomen serta bilik guru perempuan.

3. Abang atau kakak balik rumah menyumpah bos tak dapat cuti raya pertama.

4. Kredit henset ayah cepat kong, ibu-ibu memanjang call acik tukang jahit, baju kurung sulam dia boleh siap ke tak.

5. Suami-suami mudah cemas apabila isteri-isteri mereka menyebut kalimah "sofa" atau "langsir".

6. Orang sebelah datang rumah bentang analisis bazar Ramadhan mana paling besar puasa kali ini.

7.  Flyers Nagoya dan Kamdar dalam peti surat setiap hari. Tak pun selit kat pagar rumah.

8. Takde iklan dalam TV atau radio yang boleh celen iklan Yusof Tayyob. Ghairah betul akak dalam iklan tu sebut Yusuf Tayyob. Mungkin tak laku agaknya kurma dia kalau tak ghairah.

9. Pasaraya besar seperti Tesco dan Giant cepat habis stok.

10. Masing-masing dah siap list bazaar Ramadhan mana nak pegi sepanjang bulan puasa. List masjid mana imam baca best masa terawih awal-awal keluar carta.

11. Kenduri sambut puasa berleluasa di sana sini.

12. Bangun pagi minum air rasa tak selamat.

13. Surau dan masjid memanjang test speaker.

14. Nilai 3 start penuh kereta luar. Nombor plat Johor pun masuk. Kelantan tak payah cakap.

15. Kaunter tiket bas macam hari last bayar saman.

16. 'Waktu Maghrib' perlahan-lahan berubah nama menjadi 'Waktu Berbuka'.

17. Kakak-kakak, ibu-ibu dan makcik-makcik belum menopause  tiba-tiba sibuk kira hari nak ganti hutang puasa tahun lepas. Konfius kengkadang abang-abang pun mengganti sama.

18. Budak obersi tipon family kat Malaysia bagitau jangan lupa tengok TV1 malam raya. Ucapan raya diorang keluar katanya. kahkahkah!

Wednesday, July 18, 2012

Ramadhan Mubarak Kareem!

Assalamualaikuumm...(salam pelan-pelan, suara terkepit-kepit)



Rasa-rasa blogger macam saya patut kena salib kat tiang dulu ke kalau berkeinginan untuk membelog balik?
Isikan pandangan anda dibawah.

( ....................................Tak cukup tempat komen, boleh mintak kertas mahjong...............................)

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...