Monday, January 14, 2013

Pengalaman di Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 2013 Part 2


Pelbagai komen, pandangan dan kritikan saya terima di facebook setelah entry Part 1 di keluarkan. Suka saya nak ingatkan kepada semua, korang semua boleh berikan apa sahaja pandangan. Jangan risau, saya bukan SB atau mata-mata gomen. Itu hak saya dan anda. Tapi, ada tapinya, tiada provokasi, mencarut, kata-kata kesat atau cakap lucah. Jika ada jugak buat kepala bimbang rambut saya akan mengerbang, gigi taring tumbuh 3 inci, mata berapi-api, badan jadi hijau baju koyak-koyak dan sudahnya orang itu kena sharutan yang terlaknat sekali dia pernah rasakan di atas muka bumi Allah ini. Ingat tu! Dan satu lagi, segala bahan mengenai HKR112 di dalam blog ini hanyalah mencatatkan pengalaman dan semua pandangan serta kritikan saya hanyalah dinilai dari kaca mata saya. Terpulang kepada anda semua mahu menerima atau tidak dan saya sama sekali tidak akan menyalahkan pegangan serta perspektif politik anda. Oh, jangan bimbang, kanak-kanak boleh baca entry ini. Selamat membaca!

....................................................................................................................................................................

Laungan "reformasi!" dari hujung jalan Tun Sambanthan semakin bergema di ruang udara. Tubuh saya yang sedia hangat semakin panas dan bulu roma tegak seolah mencari-cari arah suara gempita itu. Kelihatan dari jauh bendera PKR berpusar-pusar dihayun. Kumpulan dari check point UM yang diwakili mahasiswa tiba dengan gagah. Semakin hampir dan akhirnya dua kumpulan besar bertembung mencipta satu lagi tembok manusia. Sorakan dan tepukan gemuruh mengisi penyatuan itu. Saya sempat melihat kumpulan itu dipimpin YB NG Sue Lim atau YB Cina Jawa, barisan hadapan Angkatan Pemuda Keadilan, Adam Adli dan Safwan Anang wakil mahasiswa dan beberapa pemimpin lain.








Semangat brader ni pose utk saya.

Kak Hajar Bersih pun ada. ahaha


Kelihatan Yb Ng Suee Lim, Adam Adli kalau tak silap dan Bekas Ketua AMK Selangor.

Setelah beberapa ketika bergabung, Unit Amal membentuk formasi dinding manusia bagi meneruskan perjalanan menuju ke arah Stadium Merdeka. Kak Zatul dan Kak Hajar lekas menyuruh saya mengikut mereka. Saya kaget sekejap. Mana nak pergi ni? Mereka berdua macam lipas kudung yang comel menyelit-nyelit di tengah-tengah orang ramai menuju ke barisan hadapan. Saya hampir tak terkejar tapi mereka sangat perihatin. Sanggup menunggu, menjengah-jengah ke belakang memastikan saya tak terlepas. Terharu sungguh. Malu pun ada. Wanita yang memandu saya. Jangan sesekali memandang wanita sebelah mata! Lainlah korang buta sebelah mata. keh.

 Saya tersedar. Saya berada di barisan hadapan betul-betul di belakang Unit Amal yang memimpin perbarisan. Depan sekali? Hati saya berdetak. Saya memandang kebelakang dan melihat ribuan manusia. Subhanallah. Saya memang berada di barisan depan! Kak Zatul dan Kak Hajar makin membara di bawah terik matahari jam 11.45 pagi. Kak Zatul memang otai dalam bab perhimpunan sebegini. Dia takkan lepaskan bpeluang untuk berada di barisan hadapan kerana beberapa sebab. Antaranya, segala yang berlaku dihadapan adalah dalam lingkungan pengetahuan kita. Maknanya, provokasi samaada dari pihak polis atau orang 'luar' akan sampai kepada kita dahulu. Serangan FRU juga begitu. Itulah perkara paling eksaited bagi mereka. Saya? Hah? Biar betul? Gila? Tak takut ke? Bertubi-tubi dalam kepala otak saya. Namun Akak Besi berdua tu kekal tenang. Cool habis! Saya sahaja yang berpeluh macam air terjun Gabai. Mencurah-curah ke ladang gandum.

Kena kuat stamina nak kejar diorang berdua ni.

Kan? Jauh tinggal orang lain.

Mahasiswa

Mahasiswa
Gerakan Mahasiswa Islam


Jam 12.05 p.m. Kami tiba di perkarangan Satdium Merdeka. Seumur hidup, saya belum pernah berdiri bertentang mata dengan Stadium Merdeka. Apatah menjejakkan kaki di stadium sarat sejarah itu. Hati saya sayu, gembira dan bangga petang itu. Puluhan ribu manusia berduyun-duyun menzahirkan keinginan mereka menuntut hak yang sudah lama dikambus hidup-hidup oleh pemerintah. Bagi saya, tiba masanya kerajaan kini mengundur seketika memberi laluan buat pucuk muda yang baru memacu jentera negara. Air bersih yang terlalu lama bertakung pun akan berkeladak. Kereta pun ada tarikh luput. Sama juga halnya dengan manusia. Jika terlalu lama di atas, bimbang membawa kemudharatan yang lebih besar. Saya juga ada berterima kasih kepada kerajaan sekarang dalam beberapa hal. Namun kerosakan yang dilakukan melebihi pembaikpulihan. Terlalu besar. Itu hanya perspketif saya sebagai rakyat kecil negara ini. Anda berhak menolak atau menerima.

Keadaan dihadapan Stadium Merdeka.

Antara kumpulan yang tiba pada jam 12.30 p.m


Jam 12.30 p.m. Perkarangan Stadium Merdeka sudah mulai sesak dengan lautan manusia yang tidak bertepi. Cuaca yang agak baik walaupun matahari terpacak diatas ubun-ubun tidak meredakan sama sekali keghairahan peserta HKR112. Malah bertambah rancak dengan pelbagai aktiviti. Para peniaga terutama peniaga air seperti tak cukup tangan melayan pelanggan. Nasib baik saya membawa bekal air kosong 1500cl dari rumah pagi tadi. Air 100plus pemberian salah seorang sukarelawan HKR112 di tengah jalan tadi sedikit sebanyak melegakan tekak saya yang kontang. Tenaga pun bertambah. Pengerusi HKR112, Mohd Sabu turut tiba bersama pimpinan lain di hadapan stadium. Kali pertama saya bertentang muka dengan beliau. Ada aura beliau sebagai pemimpin perhimpunan sebegini besar. Mungkin aura dari tanggungjawab yang dipikul hari bersejarah itu.

Kalau saya, bukan tak bawak anak sebab akta perhimpunan tapi sebab malas. Salute!
Antara gelagat seorang aktivis yang mencuri tumpuan.

Can't say anymore la. They everywhere! hahaha
Mohd Sabu. Rasa macam jurugambar Reuters pulak.

10 minit selepas Mohd Sabu memberi penerangan, pintu stadium bertukar sesak dengan peserta HKR112 yang ingin masuk kedalam stadium. Kak Zatul dan Kak Hajar mengajak untuk membontoti sekumpulan wanita Pakatan Rakyat yang berbaju tema ungu yang sedia dikawal Unit Amal. Saya panggil akak-akak Cadbury. Hik. Namun sedikit masalah buat saya. Unit Amal(UA) hanya memberi pelepasan laluan masuk ke stadium bagi akak-akak Cadbury  terlebih dahulu. Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kumpulan akak-akak Cadbury. Saya tersekat sementelah Akak Zatul dan Kak Hajar sudah melepasi benteng kawalan Unit Amal yang mengawal  akak-akak Cadbury. Mereka memanggil saya suruh mengikut tapi ditegah oleh seorang anggota UA. Saya akur dan menunjukkan isyarat "masuklah dulu, saya ikut belakang". Tetapi sekali lagi saya terharu. Diorang patah balik untuk kekal bersama saya. Rasa nak meraung terharu. hahaha. Alhamdulillah tidak lama selepas itu, UA membenarkan peserta lain masuk ke stadium setelah akak-akak Cadbury selamat dibawa.


Wanita PR aka Akak Cadbury.  Mereka tidak ingin merampas keamanan negara, mereka mahukan hak keamanan!

Rupanya ada  Briged Unit Amal Muslimat. Mereka yang memakai vest hitam.

Gigih mereka angkat sepanduk sama-sama untuk saya rakamkan. Perhatikan tangan mereka. So sweet loh!

UA sedang mengawal keadaan bagi akak Cadbury.

Kami akhirnya dilepaskan.


Berdebar untuk pertama kalinya menjejak kaki di atas padang sejarah. Bersambung.




3 comments:

Anonymous said...

Si celeng (bhs jawa tu) Ng Sue Lin yg telah melanggar siswa UiTM sehingga koma dan tak mahu bertanggungjawab tu yg anda banggakan...

Anonymous said...

eh...tajol rosli langgar org kat gerik ko tau..duit cukai korg jadik subsidi lembu NFC beli banglo ape cer...polis tembak org MELAYU kat kg. memali ko tau...bangge betol jadik macai...kahkhkah...lagi..kahkahkah..

kucingorengemok said...

adoi, gua jeles!

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...