Saturday, January 19, 2013

Pengalaman di Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 2013 Part 3

HKR112 punya hal, saya demam dan sakit kepala selama dua hari. Mungkin pada perhimpunan itu diadakan  cuaca sangat panas dan hujan renyai-renyai disebelah petang. Saya pula tak memakai topi seperti biasa. Tambah, saya tak mendapat tidur seminit pun daripada hari semalamnya. Feww.. Hari ini sudah kebah sedikit, Alhamdulillahirabbilalamiin. Sesiapa yang berkata "siapa suruh menyusahkan diri kat HKR112 tu, baik duduk rumah!", maaf, saya bukan spesis anda yang....(sila sambung sendiri).

..........................................................................................................................................................................

Semakin hampir saya dengan pintu masuk, hati semakin berdebar. Bagaimana keadaan di dalam? Ramaikah orang? Saya, Kak Zatul dan Kak Hajar berpusu-pusu dengan orang ramai. Di dalam terowong itu saya nampak berbalam-balam kelibat lautan manusia. Warna kuning, hijau, merah dan oren antara warna dominan. Saya teruskan langkah dan tiba di penghujung terowong. Semangat ribuan orang yang berada di dalam Stadium Merdeka sekali lagi menerpa saya bertalu-talu. Indah betul perasaan ketika itu. Tak tahu macam mana nak menggambarkannya. Kami berjalan meredah manusia kearah cahaya.





Jam 12.45 p.m. Saya berkata dalam hati, "kenapa tak penuh lagi?" Mungkin belum jam 2 petang, waktu asal perhimpunan sepatutnya dilangsungkan. Kami mencari tempat duduk di bahagian kiri pentas utama berhadapan Hotel Mandarin Court. Saya mengeluarkan kismis dan kurma yang dibekal dari rumah lalu menyantapnya bersama dua dayang istana tersebut. Keh. Sebekas lagi saya hadiahkan kepada pakcik disebelah dan kemudian diagihkan kepada yang lain. Laju mereka makan. Kelaparan mungkin kerana restoran dan gerai-gerai dipenuhi manusia. Pasti terdapat mereka yang malas mahu beratur dan berebut dan memilih untuk bertahan seperti kami. Nasib baik beg doraemon saya ada dua buku roti gardenia, mee goreng bekal ibu, kismis kurma dan sebotol besar air SYABAS mineral. Memandangkan saya sedang berusaha nak mengurangkan kapasiti berat beg sandang, saya terus menyerahkan mee goreng bekal ibu saya buat dayang-dayang BERSIH yang kelaparan. Saya? Oh tidak, dalam keadaan teruja begini, air kosong sudah cukup. Tak teringin sebiji nasi pun. Saya tak sedar bila mee goreng itu habis. Bekas pun tak nampak. Hahaha. Jam 1.25 p.m, azan zohor berkumandang di ruang Stadium Merdeka. Saya membawa  air mineral botol besar dwi-fungsi iaitu sebagai air minum dan wudhuk.


Mee goreng sebelum menjadi arwah. Kredit : Kak Zatul/Kak Hajar
Saya turun ke padang untuk bersolat. Tiba-tiba seorang lelaki berbangsa Cina lingkungan umur 30-an menyapa saya. Beliau bertanya samaada saya ingin bersolat? Saya mengiyakan. Pantas beliau menunjukkan jalan keluar ke padang dan menerangkan arah kiblat yang diumumkan pihak penganjur sebelum kami masuk ke stadium. Arah tiang kedua di sebelah kanan pentas. Serius, saya kagum. Sungguh KAGUM! Dalam kagum itu, saya termalu sendiri. Adakah saya akan buat begitu kepada orang Islam lain? Allahummaghfirli zunubi. Saya duduk di tepi jalan trek di tepi padang bersebelahan seorang mak cik berjubah hijau bertudung labuh. Sekali lagi, hamba Allah yang baik hati ini menawarkan dirinya untuk menolong mencurahkan air buat saya berwudhuk. Sejuk sungguh hati saya. Beginikah HKR1112 yang dikatakan menikam dan mengoyakkan   sebuah keamanan? Saya perhatikan di sekeliling. Mereka juga dibantu untuk berwudhuk. Begitu manis suasana itu.

Setelah mengucapkan terima kasih kepada makcik baik itu saya bersolat Zohor ditengah padang. Agal lecak sedikit, namun tak menghalang jemaah bersolat. Saya ada terbaca di facebook dan beberapa blog mengenai isu salah kiblat ketika di Stadium Merdeka. Bagi saya mungkin sesetengah terlepas pengumuman arah kiblat seperti saya. Namun saya bernasib baik diberitahu dan yakin dengan jemaah lain yang bersolat bersama saya. Lagipun, isu ini lebih baik timbul supaya jadi pengajaran kepada pihak penganjur bagi masa akan datang berbanding peserta tidak solat langsung.

Saya naik semula ke atas. Tempat yang kosong tadi, kini mula dipenuhi orang. Sebahagian besar peserta mula memenuhi kawasan padang ruang hadapan pentas. Ingin menatap wajah pemimpin PR barangkali. Tiba-tiba, satu SMS masuk bertanya dimana saya. Abang Azman Syah Alias, pelajar senior Al-Azhar yang saya kenali ketika berkursus Bahasa Arab di Mesir tahun 2006 dahulu. Beliau juga berada didalam stadium. Saya memberi koordinat setelah dapat menghubunginya. Saya disuruh mengangkat tangan kerana seperti yang beliau beritahu, kedudukan kami amat dekat tetapi tenggelam dalam lautan manusia. Beberapa ketika, beliau mengecam saya melalui bantuan sekumpulan pelajar universiti dari Terengganu yang mendengar perbualan kami. Dari jauh, saya ternampak sekumpulan pemuda melambai ke arah saya. Pelik dan tersenyum semula setelah dapat mengamati  wajah Abang Azman bersama mereka. Pantas saya berlari dengan kamera.

Baju saya macam disimbah air sebaldi. Tapi  takde bau-bau neraka okeh!

Abang Azman ni antara segelintir pelajar Al-Azhar yang tidak pulang ke Malaysia ketika Revolusi Mesir dua tahun lalu. Beliau sendiri menyertai perhimpunan di Dataran Tahrir, Kaherah bersama-sama rakyat Mesir dalam usaha menumbangkan regim Hosni Mubarak. Mungkin itu juga kehendaknya menyertai perhimpunan HKR112 ini. Saya? Biarlah rahsia. Hik.Tapi malang betul, saya kehilangan abang Azman setelah beliau menunaikan solat Zuhur. Terus tak jumpa. SMS beliau hanya masuk ketika saya berada di dalam tren nak balik ke Beranang. Telefon memang tak dapat. Redho dan pasrah. Mungkin lain masa.

Jam 1.50 p.m. Orang ramai sudah bersesak di dalam stadium. Pimpinan PR dan wakil NGO sudah berada di atas pentas utama. Jam 2.20 p.m presiden HKR112, Mohamad Sabu, memulakan majlis dengan surah Alfatihah dan nyanyian negaraku. Rakyat Malaysia berdiri megah. Saya tak ketinggalan masuk ke padang tanpa Kak Zatul dan Kak Hajar. Hanya membawa kamera.


Nyanyian Negaraku



Saya cuba menyelit di celah-celah orang ramai di tengah padang untuk berada sehadapan mungkin. Kononnya nak shoot muka pemimpin-pemimpin dan wakil-wakil NGO. Namun, berharap sahajalah saya dengan kamera Nikon D50 dengan lens kontot itu. Sudahnya, saya hanya berada di tengah-tengah padang dan tidak boleh mara ke depan kerana orang ramai sudah pun sesak. Itupun penganjur meminta mereka yang berada di hadapan supaya duduk.

Sebelum ucapan pemimpin-pemimpin tertinggi PR, wakil-wakil NGO diberi peluang berucap membentangkan tuntutan-tuntutan pertubuhan masing-masing. Antara yang berucap seperti Stop LYNAS, Bersih, WANITA, Orang Asal/Asli, ANAK Felda, Pesara Tentera dan Orang Kelainan Upaya. Ketika mendengar tuntutan mereka, orang ramai bersorak dan melaungkan takbir. Janji-jani dan permasalahan mereka mungkin sudah lama dipandang sepi atau terlepas pandang oleh kerajaan. Medium perhimpunan gergasi seperti HKR112 adalah cara terbaik hasrat suara hati mereka disampaikan. Yang pasti, niat mereka bukan mahu membuat kacau atau teringin memusnahkan keamanan seperti yang dilaporkan media-media saluran satu tetapi hanya menuntut hak mereka dihormati dan dipelihara. Pembaca atau penonton saluran satu sila beri perhatian. Hik.

Majlis mula

Ustaz Mahfuz berucap rasanya.


Antara yang hadir adalah seorang guru dan pegawai kerajaan. Berkenalan atas padang seperti kenal 10 tahun.

Malangnya, saya tak seyakin pakcik ni. 

Antara tuntutan Bersih
Kredit untuk Mak Uda saya. Tolong jahit zip koyak malam sebelum HKR112. haha
Baiklah, ini antara part paling saya suka sepanjang HKR112. Datuk A. Samad Said, sasterawan negara turut diundang(kalau tak undang pun dia akan datang bagi sokongan) dan beliau telah mendeklamasikan sebuah sajak bertajuk "Di Atas Padang Sejarah". Sajak tu tersangat puitis, mempunyai tenaga dan menyusup dalam hati. Ketika beliau membaca puisi, seluruh dewan sepi. Angin, rumput, awan, udara dan semangat didalam bait-bait puisi seolah menjelma dalam realiti di dalam Stadium Merdeka. Angin bersepoi-sepoi sejuk mengelus muka, hujan rintik-rintik seakan menangis, matahari tidak bahang tetapi sekadar hangat. Saya tak tahu samaada perasaan atau imaginasi saya berlebihan tetapi semua yang berada di dalam Stadium Merdeka amat menghayati puisi keramat Datuk A. Samad Said hingga ramai yang menangis. Sehingga kini, antara faktor semangat HKR112 yang masih bersisa di dalam diri saya adalah kerana kekuatan puisi Datuk A. Samad Said. Epik!

Oh, penyanyi Ito The Blues Gang tak ketinggalan dijemput untuk persembahan. Lagu "Ubah Sekarang" memang sangat blues. Saya yang tak berapa 'into' ni pun, bukan into dah, terjun terus. Tak sangka lagu blues sangat menarik bila didengar live dan lebih baik dengar live! Ketika inilah, ombak manusia paling lama susah nak berhenti berlangsung. Dengan Anwar Ibrahim and the gang buat sekali. Sangat cool ok! Tak berhenti sampai akhir lagu. Karpal Singh angkat tangan sahaja. Saya tak fikir dia akan berdiri dan angkat kerusi roda macam Usop Wilcha. 

V for Vandetta. Mungkin cybertroop PR.


Selepas ucapan wakil NGO, Lim Guan Eng berucap. Sangat petah berbahasa Melayu. Nak pilih pemimpin bertaqwa, kita ada Tuan Guru Haji Hadi Awang antara kata-kata beliau yang sehingga kini saya ingat. Ucapan beliau tidak berbaur perkauman, seimbang dan neutral walaupun dihimpit dengan pelbagai kontroversi melibatkan perkauman sejak memerintah Pulau Pinang. Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) berucap dalam keadaan penuh sebak. Ada getar di suara beliau. Kami pernah berjumpa beliau di Maghribi dua tahun lepas ketika diundang majlis makan malam di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia ke Maghribi. Beliau pernah berkata agak sukar untuk PR memenangi pilihanraya akan datang tetapi ucapan beliau hari itu sangat berlainan dengan apa beliau pernah khabarkan di Maghribi. Angin politik rakyat berubah menyongsang arus seperti kebiasaannya. Saya juga dapat rasakan apabila NGO Rakyat Sabah turut turun padang dan berkata Sabah meniti pembaharuan.

Pada pendapat saya setelah meneliti politik Malaysia kini, (telitilah sangat!) samaada PR atau BN masing-masing kini berada di kedudukan terikat. Jika salah satu tewas, mereka akan tewas tipis, manakala jika menang, mereka akan menang dengan kemenangan yang tipis. Mungkin tiada lagi jurang besar antara pemenang dan yang tewas. Kesimpulannya, Malaysia kini belum boleh meramalkan secara tepat siapakah yang akan diberi mandat memerintah di PRU13 Mac akan datang seperti sesi PRU sebelumnya.

Save the best for last. Antara manusia paling berpengaruh di Malaysia dan dunia mengambil tempat bagi ucapan kemuncak. Datuk Seri Anwar Ibrahim, figura paling disegani, digeruni dan tidak kurangnya dicemuh di Malaysia. Ketika beliau memulakan ucapan, Stadium Merdeka tidak henti-henti melaungkan takbir. Berdegar-degar. Saya ketika DSAI berucap, saya sudah berada di barisan tempat duduk atas semula bersama Kak Zatul dan Kak Hajar yang sudah satu jam setengah menunggu. Keh. Rupanya mereka berdua menukar ke tempat duduk paling atas. Sejuk berangin katanya dan pemandangan pun lebih luas.

Ketika ucapan kemuncak oleh DSAI

Ketika DSAI menghampiri akhir ucapan, Kak Zatul mengeluarkan sebundle plastik sampah hitam. Apa pula kali ni? Dia menyerahkan sehelai beg plastik itu kepada saya. "Kita akan buat kerja amal. Kutip sampah dikawasan tempat duduk" OMG!! Adventure hingga titisan darah terakhir betul dengan Akak Besi berdua ni. Malu? Sumpah malu bila nak mulakan. Mereka berdua dari Bersih 1.0 sampai 3.0 memang ringan tulang buat kerja amal kutip sampah ni. Delegasi terbaru mereka, saya! Saya tarik nafas dalam-dalam mengumpul semangat Stadium Merdeka nak minta sampah pertama. Mereka saya lihat sudah separuh plastik besar. Saya lantas berdiri posisi kurang stabil. "Bang, sampah bang" hujung anak tekak suara terkeluar menghulur mulut plastik. Berebut orang buang sampah! Bagusnya peserta HKR112!

Ada yang menolong mengutip sampah sekali. Bertambah seronok bila orang puji-puji nak buat menantu. Nasib jahitan seluar saya kukuh, kalau tidak pasti koyak. Hidung usah cakap. Tak kempis sampai sekarang. Haha. Semakin ramai yang alert dengan kehadiran saya meminta sampah. Kah. Alhamdulillah. Beberapa orang meminta plastik sampah lebih untuk membantu. Memang betul apa orang kata. Benda baik walaupun kecil pasti akan membawa hasil yang lebih besar. Antara pengajaran berharga saya dapat daripada HKR112. Terima kasih Kak Zatul dan Kak Hajar. Siapa nak jadikan mereka berdua ni menantu, sila hubungi saya. Masih available. Hik.


Bahagian finale akan menyusul.



5 comments:

zAhrauna said...

adik balik kuantan malam tu pun terus demam 2 hari..

#prkongsian yg byk pngjrn..

Anonymous said...

Salam, Macam2 cerita dah skrg muncul dan yg paling sedih skali bila masuk bab agama pun nak diperdebatkan hgga alpa di mana diri kita skrg. Dgrkan dulu, bertanya lebih baik dari menuduh. Bersama Pak Lan WICC: Tipuan Demokrasi dan Kapitalis Bersama Ustaz Halim dan Rakan-Rakan. http://www.youtube.com/watch?v=G2i1fPvvtpM

kucingorengemok said...

kakakaa, dah terbayang karpal wilcha! ko ni kan!!

Anonymous said...

[p]uk Voucher Codes, restaurants offer a slice off the [url=http://www.genuineuggaustraliaboots.co.uk]ugg australia boots[/url] original price of their serving . Wide range of dermatological skin products are available for skin [url=http://www.clarisonicmiasale4u.com]clarisonic mia[/url] conditions like acne, wrinkles, dark circle, stretch marks, scar, sun damage and many other . Clean skin [url=http://www.clarisonicmiasale4u.com]clarisonic sale
[/url] is only one of the advantages of employing this product . It is actually [url=http://www.clarisonicmiasale4u.com]clarisonic mia 2[/url] beneficial inside reducing spots, dried up and also slimy aspects of your skin layer, plus it is likely to make your skin layer a whole lot simpler . All the Clarisonic Mia is normally simultaneously wireless and additionally watertight and it is remarkably offer for exfoliating quite a few skin area, still in situations where most people go through oversensitive skin area trouble that include acne breakouts or possibly rosacea . So how did my face pay attention to using this cleansing brush twice a full day for only a weeks time? Well I started receiving compliments on my coloration . I u s e d a r e a l l y l o v e l y Z e l e n s c l e a n s e r w i t h i t a n d m y s k i n f e l t a l m o s t b r a n d n e w a f t e r w a r d s . Scrubs are usually too harsh, while the budget-friendly washcloth just doesn隆炉t do the trick.[/p][p]uk [url=http://www.clarisonicmiasale4u.com]clarisonic mia sale[/url] Voucher . Microdermabrasion is less invasive, with none of the risks, and skin recovers within 24 hours . There are many beauty brands touting their unique models, and the skin cleansing systems can be found to accommodate any budget . So how did my face pay attention to using this cleansing brush twice a full day for only a weeks time? Well I started receiving compliments on my coloration . Within a brush to brush the outer contraction vibration deep into pores to moderate the release of impurities and grease . It is not wise to subject the employees to the same Christmas display season after season . Sucker would in turn pores to suck big, relaxation, more harm than good.[/p]

Anonymous said...

[p]uk to see for yourself the fantastic range of tights that they have [url=http://www.cheapuggboots4sale.co.uk]ugg boots sale online[/url] to offer . And, just like Timberland Australia Sheepskin boots, the men's UGG Bailey Button Short are durable, sturdy, [url=http://www.uggbootsuk4outlet.co.uk]ugg boots uk sale[/url] and last a while . You will be able to take advantage of the great warmth that UGGs have to offer . Thinking of proposing to your girlfriend? A great idea would be to freeze the engagement ring in the giant diamond ice cube then pop the ice in her drink [url=http://www.uggaustraliabootshotsale.co.uk]ugg australia uk[/url] and wait! Ice with ice inside! A novel and exciting way to pop the question . Sometimes, these shoes or ugg boots for cheap boots are not match to total some duties specifically operate [url=http://www.uggbootsukonlinsale.co.uk]cheap ugg boots sale[/url] chances that could be regarded as durable . The role of luxury products changed into the symbol of [url=http://www.uggbootsukonlinsale.co.uk]cheap ugg boots[/url] fashion . [url=http://www.cheapuggboots4sale.co.uk]cheap ugg boots sale uk
[/url] co . style gurus to founded new [url=http://www.uggaustraliabootshotsale.co.uk]ugg australia outlet[/url] trends.[/p]

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...