Thursday, December 30, 2010

Khairul Fahmi Che Mat

Aku tau blog ni tak popular. Tak femes macam blog Azwan Ali. Tak de gambar macam blog Saiful Nang. Tidak punya sesiapa untuk mengadu domba nasib. Tapi jangan la suruh mengaku aku ni abang angkat Khairul Fahmi sebab nak tumpang sekaki blog gelfren dia.

Wednesday, December 29, 2010

Sesenak bersama Piala Suzuki AFF 2010 Finale

Updated. 10.28 p.m waktu Malaysia. 2.28 p.m GMT Morocco.

Akhirnya, patah juga sayap Garuda kebanggaan jiran seberang kita. Harimau Malaya yang dicaci sudah mampu menggunakan taring sendiri yang sebelum ini terkunci. Agregat 4-2, merupakan satu angka yang amat dibanggakan oleh seluruh warga Malaysia. Skuad yang majoritinya pemain junior bawah bimbingan Rajagopal diangkat sebagai pemain berstatus tinggi dan menjadi pembawa obor dalam kempen memburu Piala Asia yang bakal menjelang tiba. Diharapkan, prestasi ini dapat dikekalkan selama mungkin. Apapun, tahniah skuad bola sepak Malaysia kerana menjulang nama Malaysia di persada asia tenggara. Sekian laporan Shahiddan Mazlan, Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia untuk TV3. Kembali ke Sri Pentas.

....................................

Woi, pehal semua orang kat facebook skang nih? Habis gelap profile pictures korang. Aku tau la Rajagopal bawak Malaysia sampai menang tadik!

Dan sebab Malaysia menang la aku penat nak 'like' status memasing. Jerit gooooollllllll! dalam bilik sudah la beb.

Sunday, December 26, 2010

Sesenak bersama Piala Suzuki AFF 2010 Bhgn 2

Keputusan Final Piala Suzuki AFF 2010 Malaysia vs Indonesia. updated

3-0. OK la, tepuk tangan secara sopan sikit. Lawan kerabat-kerabat sendiri yang sama level takde feel sangat. Menang sekali, kena tibai empat blas kali, adalah takrifan bagi istilah tidak konsisten. Kalau Malaysia bantai Jepun 1-0, serius aku beli tiket stadium tiga ploh empat perlawanan akan datang. Tapi, rata-rata, team kita fight kali ni cukup istiqomah(untuk final ni je). Bad kuat, passing cukup tactical. Shahrul Idlan assist power mungkin sebab dia baru lepas kahwin semalam, so itu bateri ada cas juga Tapi masih tak boleh jamin apa akan jadi kat Indonesia nanti. Harap K. Rajagopal boleh sebat Safee Sali main kencang lagi. Player Malaysia yang lain, dapat bola kasik passing la sama orang juga kan, kau fikir kaki kau sama macam Cristiano Ronaldo nak main hantar jauh terus gol? Tahniah sekali lagi dan kepada Rajagopal, call aku kalau budak kau malas nak training. Biar aku tipon Rosmah Mansor suruh peluk budak tu.

Okeh, korang boleh pegi bunuh diri.

....................................

Kes 2

Berita gempar!

Peminat 1 : Gile bai, MU nak beli Amri Yahyah!
Peminat 2 : Kau biar betul? Dia main mana beb? Mid fielder? Wing? First team ke?
Peminat 1 : Takde ah, dia bancuh air untuk Alex Ferguson.

Sesenak bersama Piala Suzuki 2010 Bhgn 1

Memandangkan team Malaysia Darultantuya telah berjaya melayakkan diri beliau dalam final Piala Suzuki 2010, jadi aku menyetting post selama seminggu ini kepada mode bola sepak. Ekceli, aku tak la 'into' sangat pasal arena bola ni. Tapi nak tau jugak sikit2 kan. Risau juga aku jika ada makhluk ringan mulut bertanya siapa coach Malaysia, nama Ramli Sarip yang naik. Sudah pasti ianya amat merencatkan. Sangat tidak cool seorang lelaki tidak tahu pasal bola sepak katanya. Bahkan tinggi lagi derajat Rosmah Mansor yang anjurkan minggu fesyen muslimah purba itu. Maka dengan demikian rupa, dengan penuh rasa tanggungjawab, terkonyong-konyonglah aku mengompol maklumat pasal bola sepak.

................................

Kes 1

Peminat 1 : Aku tengok Messi tu boleh surpass Maradona beb. Hensem plak tu.
Peminat 2 : Aku rasa Bekham lagi smart muka dia. Jambu.
Peminat 1 : Eh, Cristiano Ronaldo lagi macho bai! Striker power abes.
Peminat X : Amri Yahyah hensem ape?!

Soalan : Cari X dan patahkan gigi geraham beliau.

Thursday, December 16, 2010

Short and sharp

Sunyi.
Jam tepat menunjukkan 2.34 minit malam.
Blog walking. Ada yang kelakar. Ada sadis.
Ada insof(betul-betul Raihan la kan).
Ada idea maha saitonnirojim. Ada slapstik.
Masuk satu, baca.
Pastuh gelak-gelak, senyum-senyum, kerut-kerut, kemut-kemut pun ye jugak.
Masuk satu lagi.
Lagu play sendiri.
Close tab!

Wednesday, December 15, 2010

Sudut bersama gadis berambut Ponytail

"Yang merah ni ok bang, sesuai dengan warna kulit abang yang cerah kemerah-merahan ni", pujuk gadis selesgirl berambut ponytail berwarna kuning seakan-akan warna isi durian tembaga itu.

"Takpe dik, saya pilih sendiri je", secebis nada low key aku lontarkan.

Dua minit kemudian.

"Ni selesa pakai bang, kualiti tinggi. Boleh basuh mesin punya", gadis berambut ponytail berwarna kuning itu masih tidak mengalah.

"err...nanti kalau saya nak beli, saya panggil adik ek..", sedikit elemen gedik disitu.

Dua minit kemudian.

"abang cuba size L ni, muat tak?" gadis berambut ponytail berwarna kuning seakan teruja.

"kejap lagi saya cuba ok", unsur-unsur Amukan Ablasa mula menyerigai.

Dua minit kemudian.

Roti jala food court tingkat 4 Terminal One Seremban kurang santan tapi bau dia macam kuih udang. Sirap laici aku sedut perlahan.
.
.
.
Pesanan kepada semua manager Pasaraya Parkson di seluruh tanah air, sila pastikan salesgirl, saleswoman, salesgrandmother anda tidak memberi khidmat nasihat kepada kami, kaum lelaki yang bermaruah ketika membeli seluar dalam. Harap maklum.

Tuesday, December 14, 2010

Hola! I m back!!

Assalamualaikum wth,

Facebook sangat melekakan (muncul secara tiba-tiba dengan asap hitam?!) Disamping menyebabkan saya lalai dan bagi salam tahiyyat akhir sembahyang maghrib dikala azan Isyak, ia juga adalah faktor sepunya terbesar blog ini ditinggalkan kesepian sejak beberapa kurun sebelum masihi yang lalu. Selain status saya mudah diupdate seperti apa yang saya makan, apakah bau mulut saya petang ini, kembangkah hidung saya atau pukul berapa saya masuk jamban berserta tarikhnya juga disertakan, facebook juga sangat efektif dan erektif(sungguh tinggi istilah saintifik saya bukan?) dalam menyimpan gambar-gambar tangkap sendiri dari atas sambil gelembung pipi dan berlaga punggung seperti yang dilakukan gadis-gadis kini. Rakan-rakan sepermainan ketika zaman mandi sungai tanpa seurat benang(tolong jangan bayangkan kemungilannya) dahulu juga saya temukan semula disebabkan facebook.

Namun begitu, apabila dimotivasikan oleh beberapa rakan kongsi gelap, saya mencuba untuk bersekedudukan semula dengan blogspot. Biarlah seperenggan asal tiada. "Its better than nothing", kata Wan belah ayah saya ketika beliau menghembuskan asap Dunhill 20 di hidungnya.

Thursday, April 22, 2010

Briget Para yang ganas

Hampir empat tahun aku kat negeri orang.

Bila balik Malaysia, terus aku jumpa kawan yang dah lama terpisah.

Ada jadi cikgu, ustaz dan paling macho, jadi askar.

Siap pakai lencana Sayap Berdarah kat poket kiri. Unit payung terjun la katakan.

Muka memang garang. Badan calar-calar kena libas masa training dulu katanya.

Minggu lepas jumpa kat Melaka.

Stail memang komando abes.

Nafas pun ada sikit rengus-rengus macam beruang madu.
.
.
.
Kemudian dia ajak pegi Zoo Melaka tengok haiwan dan tumbuhan.

Thursday, April 8, 2010

Istanbul Gezisi 2010

Assalamualaikum wth,
Singgah Istanbul kejap aritu. Sehari je pun. Macam lapan blas taon duk sana. Turki sangat best. Makanan, Peoples, semua la. Pegi la kalau ada rezki( Sila pergi mekah dulu kalau mampu ye) Ngantuk. Rajin kang aku apdet lagik. tengok je lah gambar2 nih dulu. chiow.







Monday, March 29, 2010

Malaysia owhhh Malaysia

Assalamualaikum wth,

Aku sampai di tanahair pada 27 Februari yang lepas. Lebih sebulan yang lalu dengan Malaysia Airlines aka MH (Malaysian Hospitality) dari Istanbul, Turki. Servis MH sangat lima bintang seperti Jalan Bukit Bintang. Mungkin sebab itu tiket agak mahal. Selain snek kacang masin yang best ketika main game Space Ship di seat, mata kami juga dihidangkan dengan pramugari yang cantik dan berkebaya ketat serta bersarung belah. Pada hemat aku, kain itu pasti terlalu sendat dan susah untuk mereka berjalan lalu digunting sehingga ke aras peha. Amat rasional juga jika difikirkan. Seandainya tayar kapal terbang pecah pun, ia pasti boleh diganti dengan "tayar gantian" di perut-perut montok sebilangan kecil pramugari itu sebentar tadi.

Pastilah, Malaysia sungguh berbeza dari empat tahun yang lepas. Kalau sama je, baik PKR tak payah naik kat Selangor kan? Adik bongsu aku umur lima tahun pandang aku malu-malu macam tengok Brad Pitt menghirup kuah Mee Bandung Muar. Selang dua hari baru la berani nak aku garu belakang dia.

Malaysia sangat panas. Kulit aku menjerit mintak berendam dalam tong yang penuh dengan sirap limau siap air batu. Peluh? Rumah aku tak beli garam 2 bulan ni sebab guna peluh aku je.
Seminggu di Malaysia, perkara remeh temeh camni macam lalat kat orang sebelah aku je aku tiup. Ok dah.

Banyak benda ekstravaganza aku nak cerita kat korang. Mengenai ibu ayah aku sekarang suka tanam orkid, rombongan ke Kelantan bersama Kumpulan Marhaban taman perumahan, menjadi jururawat kepada seorang adik yang menghidap chicken pox( chicken chop bak katanya), pengalaman pertama menggulai ikan tongkol serta banyak lagi yang menanti tetapi kerana Celcom Berukband, segalanya musnah seperti semut disembur Ridset. Terima kasih Ridset.

Wassalam.

Thursday, March 25, 2010

Akhirnya.

Blog kesayangan saya berfungsi semula sejak empat belas tahun mati pucuk. Terima kasih Pak Long atas kesudian anda memulihkan kembali tenaga batin blog ini.

Mode : Sedang menggelongsor di tangga rumah akibat terlalu gembira. Juga sedang refresh strategi dan teknik berkesan untuk idea-idea entry seterusnya. Buat syarikat Celcom, unta gurun harus dipuji kerana lebih pantas dari Berukband anda. Tahniah unta gurun!

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...