Wednesday, September 26, 2012

Tragedi Ketupat Palas


Assalamualaikum wth.

Aku sebenarnya bukanlah die hard fan ketupat palas ni. Tapi, bila ibu aku telah membawa balik barang lapan belas bijik ketupat daun palas gamaknya dari Baling hari tu, ater teringin bebenor le teman nak menerainye membuatnya. Nenek sedara aku tu siap bekal daun palas lebih lagi. Makin sakit hati aku menengok daun tu tersadai tepi tangga rumah. Nak tengok internet, memang sahlah ketupat palas aku merupa jadik jenglot. Nak membalutnya tu. Kena ada guru jugak. Kalau tak sampai ke mati hidup dalam kesesatan yang nyata. Manusia terakhir dalam family ayah yang berkemampuan buat palas *sendap nih arwah atuk aku. Dia kalau buat 30 bijik macam korek hidung calit kat orang. Mudah betul! Jadi, takkan nak menyeru orang tua tu bangkit dari kubur semata-mata nak mintak dia ajar balut ketupat palas kan? Mustahil dan syirik disitu.

sendap : sentap dan sedap sebab laju bebenor. Tak dan kita nak mengejor!

Alkisah, balik lah mak buyong yakni akak ipar aku sekonyong-konyongnya. Dia tahu buat rupanya! Orang utara memang biasa buat. Akak ipar aku cakap lah. Malam tu jugak menuntut. Dia pun mula la masak pulut dengan santan. Sekejap sangat. Separuh masak kot sebab bila dah balut, ketupat palas ni akan direbus pulak. So masak pulut dengan santan tu agak-agak melekit tutup api. Bila pulut tu dah sejuk sikit, barulah boleh membalutnya. Azab bermula. Mula-mula memang nak gigit je sape-sape yang lalu kat tepi. Sakit betul hati aku. Akak ipar aku ajar ok. Tapi bila nak balut, Ya Salam. Susah giler woi! Walaupun ko CGPA 4.0 kat U, tak bermakna ko boleh lipat ketupat palas ko tau! Punya tinggi falsafah mende nih.

Pusing sini terabur. Pegang sana terbarai bawah. Nasib aku tak bela saka, kalo idak dah menurun kat situ jugak. Tapi akak ipar aku bagitau, dia first time buat dulu macam tu. Petua dia, ko balut je sesuka hati. Pelikkan? Tapi memang betul. Aku main putar-putar, last-last menjadik! Walaupun tak kemas mana, asal agak-agak ada rupa ketupat palas tu, okey dah. Sujud syukur aku tepi tangga tu. Siap nangis-nangis pegang tangga macam Wan Maimunah berlakon Pondok Buruk punya terharu. Ko percaya ke? kahkahkah..!

Bila dah tiga bijik buat, makin selesa. Makin sedap pulak. Masuk daun palas ke sepuluh gitu, rupanya dah habis. Merasa la aku buat banyak itu sahaja. Tak kisah la kan, asal aku dapat belajar buat mende alah ni. Merebusnya berjam-jam ye sidang pembaca sekelian. Kalau mengandung, dah beranak dah. 2-3 jam lah anggarannya. Mengandung beranak tu metafora je. Ke ada yang nak test rebus ketupat palas start dia mengandung sampai beranak?! Jangan carik pasal ye kak. 

Kredit untuk adik aku yang memberkas gambar-gambar sepanjang tragedi ketupat palas ini.

Masukkan pulut. Abaikan lurah lupa nak sensored tersebut.

Sabar-sabar. Akak ipar aku yang buat dalam bekas tu.

Macam pampers bocor! -Ayah aku. Kejam tak punya bapak?

Tak putus asa lagi. Masih ada iman ketika ini.

one two three four...one two three four...

Jeng..jeng..jenglott!!
Kak Ngah aku bagitau, ketupat palas mestilah jantan sebab tak masuk air bila masak nanti. Kesian ketupat betina.  

12 comments:

Almizzi said...

Adoi, lawak xabis2 abg shidan... haha

kucingorengemok said...

saja la nak kata cgpa dia 4.0
saja la nak tunjuk lurah
cer zuhud skit... keh keh

Dr Singa said...

besor besornya urat tangan!!

Syahiddmilikku said...

@Almizzi
Awak je serius sangat. Tak sior teman..kekek..

@Akakkucing
Morocco tak pakai CGPA kak kucing oi. Mimpi la I nak dapat 4 flat tu. Dapat lurah flat ni pun dah bersyukur. Tak ke zuhud tu kak? hak hak hak..

@Dr.singa
klinik akak ada suntik progesterone tak nak hilangkan urat-urat I? kekeke...

Anonymous said...

cek orang utara, tapi cek tak reti nak bungkuih ketupas palas.
semua pasai krisis identiti.

bila balut, asyik duk jadi betina. so, lagu mana?

Syahiddmilikku said...

@Honey dear,
welkam dear, cewaahh... cek oghang nogori, alhamdulilllah dah tukar jantina jadi jantan. yang penting usaha kak...kekekek

PUTUBAMBU said...

muahahhaha...!
tak tahan gelak baca entry ni.

sama ngan akak.. kalau buat ketupat palas ni kan..
sokmo lah akak putu buat ketupat betina..

kemain susah lagi nak putar2 sampai dapat ketupat jantan....

last2..lantak lah.. pehtu nak makan gak.. bukan nak makan kulitnya tapi isi pulutnya jer..

*degil sungguh akak putu kan? ko jgn ikut tau syahid.. derhaka nanti kat situ..! kahkah

Nur Shafiqah Mazlan said...

sungguh sengal entry ini , nok ! hahaha .. pocah porot omak .. ngah3 !!

Syahiddmilikku said...

@akakputu,
saya tgh angkat tgn setuju nih... kita nak makan pulut bukan daun..kekeke...

@kaksha,
hiudp laie ko porut pocah tu? ngahaha..

ct zahra said...

lepas ni kalau nak raya nak tempah kat syahid ketupat palaslah... boleh?

Syahiddmilikku said...

@akakct, kalo akk dtg umah sy nak tmpah ketpt palas, jgn marah sy x jwb salam. Kekekeke..

nuramirahshahrin said...

untunglahhh pandai buat ketupat palas....

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...