Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Saturday, July 21, 2012

Sahur : Antara Dua Derajat

Rileks. Tajuk kat atas bukan drama nangis-nangis bulan puasa kat TV3. Aku cuma nak sharing pengalaman puasa di negara orang dan membandingkannya dengan sahur hari pertama aku kat rumah di Malaysia je. Memang berbeza lah kan. Tapi dua-dua seronok. Sekali lagi Alhamdolillah, Allah izinkan jugak aku bernikmat-nikmat senggama sahur di bulan Romadhon AlMubarak yang mulia ini dengan keluarga di tanah air tersenta. Perasaan yang sangat sukar dibandingkan dengan kata-kata. Sebab tu aku menulis ni hah, kan? Nak berkata-kata kena buat vlog pulak. Tahun lepas, puasa di Maghribi. Raya pulak di tengah padang pasir. Insyaallah, aku up kisah ni nanti. Memang banyak lah perbezaan berpuasa di negara orang dan tanahair sendiri.

Kalau di obersi nun, sahur dan buka mesti dengan housemate. Tak pun kawan-kawan wilayah lain datang rumah. Baru masak special sikit. Entah sampai ke tidak tahap specialnya pun aku tak tau. Menu sahur kalau bertiga, tak cekodok atau lempeng cicah kuah kari takde isi, lebih buka semalam. Serbuk kari punya banyak stok dari Malaysia. Cekodok lempeng tu kalau boleh bersuara, mau disumpahnya tukang masak. Seminggu sekali, iftar dengan staff kedutaan Malaysia. Merasa la jugak berbuka sebagai manusia yang ada hak asasi. Kalau tidak, rasa macam anak terbiar pun ada.

Bulan puasa sejak 5-6 tahun, memang akan jatuh time musim panas kat hemisfera utara. Nasib cuti summer dah mula. Kelas pun takde. Malam akan jadi pendek, siang pulak panjang. Imsak jam 4 pagi dan waktu buka -+ jam 7.30 malam. Oleh demikian itu, lepas subuh masing-masing pakat tido tak ingat tuhan. Tutup tingkap bagi rumah gelap macam keranda, tarik pulak selimut tambah gelap. Aktiviti neraka jahannam ni akan berlangsung sampai la Zuhur nanti. Kat Malaysia buat macam tu, memang kena bunuh kejam punya dengan mak ayah. Paling tak tahan, menahan cuaca panas. Suhu kat luar sekitar 35-40 darjah. Paneh! Letak kuih tart nenas bawah matahari, setengah jam boleh masuk balang kuih. Nak keluar rumah solat istikharah dulu.


Makan jemaah. Mandi asing-asing tau!

Tapi, nak kata Malaysia ni Allah bagi nikmat punya melimpah tak ingat. Cuaca sedang elok. Pagi-pagi buta tadi aku makan lemang sepupu aku bagi dengan rendang daging ibu aku buat semalam. Tak ke kelas ko maria punya menu sahur tu?! Ibu, ayah, adik-adik aku, pandang pelik. Diorang sahur tadi mana selera sangat. Pagi buta weh. Sampai kat aku, melantak seolah-olah esok kiamat. kahkahkah... Walaupun begitu, aku bersyukur sangat dah balik Malaysia ni, tapi aku tetap sedih bila ingat kenangan puasa di negara orang. Pengalaman itu yang sangat-sangat aku hargai. Entah bila lagi nak merasa benda tu semua. Yelah, life must go on ye tak? Tetiba je entry ni jadik drama airmata TV3 pulak kan. Sudah lah.

Nak upload gambar makanan kang, makruh pulak kalo ada yang terlior. Wait, aku ada aktiviti baru bulan puasa nih. Oh tidak, bukan curik moreh time terawih. Ini projek besar punya. Tak lawan lah Najib punya saham Felda tu. Sila doakan aku update malam kang lepas terawih ye. Ok, 1,2,3. Doa sekarang!

Saturday, May 14, 2011

Puan Zairiyah Othman

Assalamualaikum wth.

Saya rajin pula ber'blogwalking' sekarang. Semua tulis? taip? post? pasal ibu mereka bersempena Mothers Day. Takkan saya nak ketinggalan juga kan? Nanti mesti ada mulut sinis cakap "aku sayang mak aku, kau je yang tak" Well, it hurts me a bit but a word won't let me down eh. Ter'speaking' pula.

Ibu saya bernama Zairiyah binti Othman. Saya letak nama penuh beliau ni dan tolong la jangan bomohkan dia ye. Sebab dia baik dan terlalu baik. Dia cantik, awet muda dan Alhamdulillah kecantikan beliau turun kat anak dia yang tak tahu dia hensem ni. Ehe~ Mungkin kerana ayah beliau aka datuk saya berdarah Thailand. Tak pasal.

Ibu saya sangat kuat bekerja demi keluarga. Tapi dia bukanlah ibu tunggal kerana ayah saya masih hidup dengan kacaknya. Saya fikir, buku jingga Anwar Ibrahim pasti dapat dilaksanakan kurang seratus hari jika ibu saya diangkat sebagai pakar strategi PKR.

Untuk ibu, terima kasih kerana melahirkan saya dengan penuh jayanya dan memberikan kami apa yang terbaik. Ketahuilah, tulisan ini bukanlah kerana Hari Ibu, tetapi kerana kaulah ratu.

Maaf kerana saya sedang terbayang seorang kanak-kanak perempuan bergaun putih sedang menyanyi lagu 'Ratu hatiku' sambil minum susu Nespray di sebuah ladang lembu.

Hargailah ibu dan bapa sementara mereka masih ada. Jangan salah faham, Ibu ayah saya masih hidup. Terima kasih.

Friday, March 11, 2011

Alhamdulillah, dia semakin kuat

Assalamualaikum wth.

Alhamdulillah,
adik saya dalam proses penyembuhan
terima kasih kepada
mereka yang
mendoakan kesejahteraan adik saya.
Sayang sekali, saya hanya mampu
memandang beliau
dari jauh sahaja.
Apa pun, terima kasih
sekali lagi.
Semoga anda dan keluarga bertambah
sejahtera dan dilimpahkan rahmat
oleh Allah SWT
Ameen Ya Rabbana.



Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...