Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts

Monday, August 6, 2012

Apam Berkat



Apam Berkat : Apam tinggal kejap gi semayang Jumaat. 

Walaupun yis dalam apam hanya 6 gram, tapi dia boleh buat apam melimpah lebih dari kuantiti yang asal. Macam tu jugak amalan kita di bulan Romadhon ni ha. Buat sikit amalan tapi pahala melimpah-ruah. Dengan makanan pun Allah boleh bagi peringatan. Ko ada? Selamat Beramal!

p/s : errr..tak payah la setiap kali buka, korang tenung lauk siput sedut masak lemak tu carik penghayatan dan tazkirah Romadhon kan. Kang busy carik penghayatan, penerajang yang kita jumpa ye tak? Bersyukur cukuplah.

Agak-agak ajaib tak macam sejadah berdiri? Kahkahkah.... 

Satu lagi, terima kasih banyak-banyak ribu-ribu lemon untuk pengunjung-pengunjung baru blog ni. Siap dengan rombongan Cik Kiah baca post. Kejutan budaya saya kejap. Ni semua sebab Akak Kucing punya hal. Tak bleh simpan rahsia betul! =)


Friday, August 3, 2012

Projek Besar Bulan Ramadhan


Ya Salam, dah dua belas hari puasa rupanya. memang tak sedar langsung aku. Minta ampun la menunggu. Menunggu ke? Ke aku yang perasan glemer? kahkahkah...Astaghfirullah, harus jaga kesopanan dan kesusilaan di bulan apa hadik-hadik, habang-habang dan hakak-hakak sekalian? Ketuk-ketukkk...??? Ramadhan! katanya akak Sheila Rusly. Memang dah aku kabarkan, bulan puasa ni aku busy. Lagi busy dari imam terawikh. Tak terkejar aku dibuatnya. Ingatkan boleh la ada masa sikit-sikit nak update blog. Harom takde. Malam ke dua belas penuh barokah nilah aku dayakan jugak menaip. 

Ini semua projek bulan puasa yang aku bagitau kat korang tu. Lagi besar dari BR1M, lebih nilai dari saham Felda tu. Projek tu adalah, berniaga di bazaar Ramadhan dengan penuh YAKIN!! hahaha... Sangat yakin aku menjual kuih-muih dan laksa. Ini semua Mak Uda aku punya hal. Dia lah yang menjebakkan aku dan akak ipar aku dalam kancah penuh nafsu nih. Mana tak kancah nafsu. Orang datang bazaar beli makanan penuh dengan nafsu je. Kalau penuh keimanan dan ketaqwaan kompem kuih ngan laksa aku tak laku. kahkahkah... 

"Nasi kangkang kami tak buat kak bulan puasa nih, bulan depan insyaallah" ujar peniaga yang sangat
pemalu dan ramah itu.

Dua minggu sebelum puasa haritu, mak uda aku bagitau yang dia dah sewa dua tapak bazar. Satu untuk dia dan satu untuk masa depan aku berdua. Dia jual ikan bakar ngan mee kari. Sebab tak nak kecewakan dan boleh la temankan dia, aku dan akak ipar pun setuju nak jual laksa Penang dengan kuih-muih. Laksa Penang akak ipar aku orang Penang tu buat dan kuih-muih aku yang buat. Aku buat apam kampung ngan kuih keria. Itu pun naik athritis jari runcing aku menguli. Nasib baik sira kuih keria tak makan masa. Pastuh nenek aku buat kuih lepat pisang, labu dan ubi. Kuih koci dia tak payah cakap. Letak atas meja habis.

Jadi, rutin harian aku sepanjang bulan puasa start lepas terawikh jam 10.30 malam untuk tolong akak ipar aku buat kuah laksa. Mudah je pun buat kuah laksa. Yang renyah nye tang asingkan isi ikan dengan tulang je. Paginya pulak lepas sahur, jam 8 pagi aku kukus keledek untuk keria. Selalunya jam 11 dah siap goreng dan sejukkan keria tu. Senang nak sira nanti. Pukul 11 aku start bancuh apam kampung. Kalau ada masa, ibu aku tolong buat buah melaka. Pukul 2 petang kukus apam dan pukul 3 petang sira kuih keria dengan gula. Jam 4 petang pegi la aku ke bazaar Ramadhan yang jauh nye selang sekentut dua dari rumah. Kira kalau kentut tu, bau dia tak habis lagi dah sampai la ke tapak bazar tu. Punya kaya bahasa Melayu, perumpamaan kentut aku pakai. Saitonnnirrojim betul. Meh tengok aktiviti aku setiap hari.


Keria Lembut. Bukan tuan dia, tapi sifat kuih keria tu sendiri okeh. 

Apam tepung gandum atau apam kampung. Memang dasar kampung! Baru puji sikit dah kembang! Tak pasal.
Resipi asal : Nenek aku

Sira kuih keria.  Tempoh masa sira 200 biji : 236 batu per saat.  Kau ada?

Kali pertama aku bisnes kecik macam ni pun dah mengah jantung aku pam oksigen. Aku tak tahu macam mana mak cik sebelah aku jual 16 jenis kuih, depan aku lauk 20 jenis, nasik ayam selang dua tapak dua periuk besar. Tak carik nahas ke diorang? Aku syak diorang bela saka lah. Tak mungkin jugak. Sebab setannirrojim kena ikat. Dan tak mungkin jugak diorang manusia mutan berjantung empat. Tapi bila fikir, aku yang jual laksa 40-50 bungkus sehari, keria 200 biji, apam 2 talam pun boleh untung keje sehari eksekutif syarikat minyak, diorang mesti lagi riban-riban sehari punya. Carik rezeki weh. Sape nak bagi anak makan? Duit nak raya lagik. Tabik spring buat peniaga-peniaga yang gigih. 

Sebut pasal prinsip aku meniaga ni tak lah sampai tahap recycle makanan semalam tak habis. Kalau laksa tinggal dua bungkus, kuih 6-7 biji, aku sedekah je kat peniaga lain. Setakat nih Alhamdulillah, laksa dan keria memang laku tiap hari. Kesian sampai orang datang lambat jam 6.45 dah habis. So, pendapat aku, memang bulan puasa pesta ibadah dan makan. Tapi, ibu ayah aku dah pesan, meniaga jangan sekali tipu dua kali takpe. Harus jujur. Tepung keria jangan lebih dari keledek. Buat marah orang makan keras. Kuah laksa jangan cair takde isi ikan. Nak bagi orang makan, biar bersih. Kalau tak naya kalau orang datang esok bagitau bini dia arwah sebab rupanya laksa kita semalam tu dah hijau berkulat bervirus antrax bagai. Taubat nasuha aku sepanjang hayat. Jadi, memang aku mindset mende tu since diorang amat supportive.

The kesimpulan is (Oh my English!), aku sangat-sangat suka berniaga kat bazaar Ramadhan ni. Untung tu satu lah. Sebab lainnya aku dapat jumpa ramai orang, varieties of  fi'il manusia dan ramai kawan lama yang dah berkurun tak jumpa. Ada yang beli kat gerai aku, tup-tup muncul sebagai mak buyung anak ketiga. Dah jadi laki orang lah. Baru balik Moscowlah. Hujung tahun kawinlah. Bulan depan ikut bini mengajar Sarawak. Aiyo, syukur kat Allah aku dapat peluang ni. Bila lagi kan? Nanti aku update suasana bazaar ramadhan dari kaca mata peniaga kecik macam aku nih dan perangai orang yang aku jumpa. Silap-silap, orang buat fi'il tu korang. ngahaha..!  See you next post bebeh!

Monday, June 27, 2011

Khabbazat Dos

Minta maaf semua. Baru tadi sampai dari Rabat. Biasa lah, berfoya-foya kat sana best sikit dari Kenitra ni. Okeh, boleh kita sambung sikit lagi entry Khabbazat numero uno yang lepas? Kali ini, kita tengok details pulak.



Thursday, June 23, 2011

Khabbazat Uno

Murid-murid, jom kita buat lawatan sambil belajar di Khabbazat! Nama khabbazat diambil sempena banyaknya peniaga roti disini dimana diambil kata asal dalam bahasa arab iaitu "khubzun"= roti.

Student Malaysia di Kenitra nak beli barang dapur, beras thailand, baju, baju dalam pakai buang, seluar, seluar dalam cepat hilang getah yang murah mesti pergi tempat ni. Lorong-lorong yang sesak dengan manusia, peniaga, muda-mudi dan golongan senjakala nak masuk isyak pun berkumpul disini.

Sesiapa bukan kaki sosial, tempat ini bukan dunia anda.

Tengah jalan pun dia sapu.

Chow Kit Road..chow kit road..

Lorong ibu-ibu, gadis-gadis, wanita, dan wanita jadian.

Rempah-ratus, biji-ratus, dan pelbagai ratus lagi.

Atuk pakai topi, brader baju takde lengan dan wanita bertudung.

Jus Lemon. Sedirham secawan. Dua cawan dua dirham. Kalau 4 cawan, 10 cawan, 34 cawan, tak sejuta?


Baik murid-murid, pi amik nasik lemak makan dulu ye. Esok cikgu sambung okeh.

Saturday, June 18, 2011

Restoran Ikan Bakar Terapung Fort Supai, Kuala Linggi.


Assalamualaikum wth. Baiklah, entri kali ni saya tujukan khas kepada blogger-blogger pemangsa yang ghairah memburu hotspot bagi makanan eksotik, erotik, dan patriotik di serata tanah air. Jom ikut saya ke Restoran Ikan Bakar Terapung Fort Supai, Kuala Linggi, Melaka Bandaraya Warisan Dunia.

............(tunggu lagu jalan-jalan cari makan abes)...........

Saya dapat tahu restoran ni dari kawan ayah yang datang rumah satu pagi Ahad ni. Dia cakap kalau nak makan seafood fresh, murah dan sedap cuba pegi restoran terapung Fort Supai. Ayah ibu saya memang pantang dengar tempat-tempat begini. Lepas menggugel, petang tu jugak kitorang berlima pegi. Adik-beradik tak semua ada rumah. Ada yang kat asrama, kolej dan bekerja. Tinggal saya paling besar, adik kecik saya dua orang dan ayah ibu. Itu yang bosan duduk rumah. Jangan cakap sikit, mesti jalan punya. Ketika saya pergi ni, orang tak ramai, sebab malam tu ada final World Cup Spain lawan Germany. Kira untung la, tak sesak. Pekerja situ cakap malam Sabtu memang ramai.

Tempat ni lebih kurang 20 minit dari Port Dickson. Kalau jalan kaki, empat hari kot. Dari pekan PD, korang terus je ke arah Melaka. Korang akan jumpa simpang tiga, satu terus ke Masjid Tanah satu lagi ke Tanjung Agas, masuk ke Tg. Agas sebelah kanan dan terus je. Apa? Kanan tu belah mana? Boleh tuju lagu? Okey, lepas itu dah takde masalah. Terus drive dan korang akan lalu jambatan tapak sanctuary Kuala Sungai Linggi. Tempat, Subhanallah, damai. Boleh la kalau nak bergambar, memancing. Nak buat maksiat pun boleh jugak, tapi masuk neraka esok jangan cakap yang korang baca kat blog saya.

Taman Rekreasi dan Sanctuary Sungai Linggi

Dah bermaksiat bergambar dah? Okey, naik jambatan balik, terus lebih kurang 10 minit dan apabila sampai simpang tiga masuk kekanan. Baca signboard. Siap tulis besar-besar. Mudah nak sampai ke restoran nih. Okay dah sampai. Siyes, saya malas nak describe detail. Takkan semua nak bersuap kan?

Bagi saya, tempat ni saya rate 4 bintang. Tempat cozy, suasana tenang, memang feel terapung habis. Siap ada kemudahan asas seperti tandas, musolla yang bersih, dan kawasan bersejarah kubu lama bagi sesiapa yang nak tambah pengetahuan. Owh..tempat ni dulu bekas kubu Belanda kutip cukai bagi kapal-kapal dagang yang masuk ke Sg. Linggi. Nak info lebih, klik website restoran Fort Supai di sini. Makanan kita pilih raw seafood yang kita nak dan dia akan masakkan. Macam kat Bagan Lalang tu, kan Akak Kucing kan? Semua hasil laut datang daripada nelayan-nelayan sekitar muara Sungai Linggi. Sah-sah segar. Itu ibu saya cakap la. Saya main percaya je.

Harga? Ni che nak habaq mai ni. Semua sekali RM83.50. Murah macam pasar malam! Jauh lebih murah dari makan lima orang dekat Tasik Impian Dengkil. Berbaloi-baloi. Murah kan? Mungkin sebab ayah saya yang bayar kot. keskeskes...Ayah ibu saya pesan lauk siakap tiga rasa, siakap stim, sotong dan udang goreng butter, kangkung belacan, pari bakar, kerang bakar, lala bercili, jus segelas seorang, tom yam, sup sayur dan nasi putih.

Adik saya berdua tu makan bukan banyak. Ayah ibu saya, boleh lah. Saya pulak makan tak boleh blah. Dasar usus ada tapak pelupusan sampah. Semua tuang kat saya. Itulah bagusnya jadi pemuda yang sihat. Sambil tunggu order sampai, boleh keluar tangkap gambar tepi restoran tu. Angin menampar-nampar pipi, tengok nelayan balik dari laut, layan sunset. Riang betul hati saya tika tu. Hilang masalah. Leper Lapang sikit dada.

Kalau budak kecik,sila la alert. Nanti sedar-sedar dia pulak yang terapung dalam muara tu. Dah la Sg, Linggi banyak buaya. edvencher je kan bunyinya kan? ahaha.. Jadi, kesimpulannya, tempat ni dah jadi tempat "mengeteh" ibu ayah saya setiap bulan. Best and very recommended. Anda? Bila lagi?

Restoran Ikan Bakar Terapung Fort Supai. Gambar dari arah Bukit Supai

Exclusive from Fort Supai

Baru sampai pagi tadi ni kak, ulas akak baik yang pegang ikan itu.

Saya pilih huruf C untuk ikan cencarut, Halim. Err..cencaru.

Akak tu siap kemas sebelum saya tangkap gambar. Bagus betul. Tapi angin kuat sangat.

Lauk tak cukup korum. 65 percent berakhir di perut saya



Dua orang makhluk pemusnah. Mulut dua, suara lapan das meriam.


Matahari terbenam. Time tengah berangan berkepit dengan bini. Seram sejuk.


Kenang-kenangan di Fort Supai.

Sayonara Fort Supai. Gaji masuk, datang lagi.

Okeh, saya nak tipon tokey restoran mintak komisyen promote. Kalau dia tak nak bagi, saya delete entri nih. Hek eleh, ugut tak macho langsung. ahaha..

Wednesday, June 15, 2011

Empat tahun dulu

Empat tahun dulu, tak terbayang di kepala hotak bahawa saya akan pakai kasut FILA beli dekat bundle Kajang, di Morocco. Tetapi, setelah empat tahun disini, saya tersedar..

I Love Morocco!


Add Image

Tengah terbayang nak buat rumah Mediterranean Concept kat Malaysia. Kang tak kawin pulak.

Wednesday, June 8, 2011

Tajuk karangan : Saya, ghairah dan kilat


Assalamualaikum wth,

Masa mula-mula saya tangkap gambar pakai kamera pinjam dulu, saya bercita-cita nak menjadi jurugambar profesyenel. Time tu, Saiful Nang baru nak naik. Syahrin Aziz pun tengah tanya orang macam mana nak bukak friendster. Saya mahukan diri saya menjadi seorang tukang tangkap gambar berkebolehan dari segenap juzuk alam semesta. Potret, slow shutter, sukan, landskap dan pastinya bukan pornografi. Sungguh bermotivasi ketika itu. Siap ada api kat kepala sambil kepal-kepal penumbuk.

Tapi masalahnya, saya tak suka sangat tangkap gambar pemandangan. Tak world kata Mawi yang sudah tak berapa nak world sekarang. Mana Mawi hah?----> Bagi saya, orang tangkap gambar scenery ni membosankan dan tak suka kepada cabaran. Tangkap gambar bukit, laut, hutan dan bangunan. Tekan shutter sekali, tadaaaa... cun tak?! Pastu tunjuk kat kawan sebelah mintak puji. Betul tak kawan-kawan?! Betul tak?! Ayat desperate mintak sokongan..kekek

Namun, kini segalanya sudah berubah. <----ayat Mastika. Saya mulai sedar yang fotografi adalah passion bak kata Saiful Nang. Apabila kita mahukan sesuatu, samaada kita tahu dan belajar everything about it or you'll never get it ever. Menyembur air liur saya menyebut mende alah ni sebab itu saya berani tulis je. Kekekke... Sejak itu saya pun mula lah berjinak-jinak dengan landskap dan sebagainya yang pernah saya tidak suka dahulu. Dan kini saya masih lagi perlu belajar kerana apa yang saya dapat sekarang hanyalah celah-celah gigi sahaja.

Antara cabaran yang tetapkan antaranya tangkap gambar kilat. Saya sudah beberapa kali hampir-hampir merebus sampai empuk d50 yang purba itu. Tapi saya pesan kat hati, kamera tak pernah salah, yang salah adalah diri saya sendiri. Kenapa aku tengah feel Tun Mahathir nak publish buku nih? Takpelah, imaginasi perlu cemerlang, angan-angan kena champion. Baru Lord of The Ring. Sambung balik episode minggu lepas. Kali pertama aku cuba shot kilat secara serius muka kerut-kerut, masa kat Pulau Pangkor. Angin sikit punya kuat, tempias air hujan macam pili bomba pecah. Brutal sungguh keadaan ketika itu. Tapi tripod pulak takde. Ini sahaja aku mampu capture dari 50 keping. Macam gulai pecah minyak.

Cubaan seterusnya, sebelum puasa tahun lepas. Aku cuba masa hujan baru nak turun. Kilat sabung-menyabung. Tapi aku rasa selamat sikit la sebab aku shot dari dalam bilik je. Setting siap, tripod ada tinggal nak tekan shutter je. Lebih kurang 30 keping aku shot, inilah shot yang mengubat kepiluan sikit. Tak lawa sangat. Macam Oprah jugak. Kulit gelap tapi show dia best.

Kali ketiga dan saya rasa kali terakhir kot saya shot kilat nih. Ianya berlaku ketika 16 Ramadhan apabila azan Maghrib baru habis berkumandang. Time buka puasa la senang cerita. Baru nak kunyah kuih koci nenek saya buat tu, kilat dah start show dia. Creeet..kaboommm..creeett..kaboom.. Apalagi, letak balik kuih koci dah makan separuh siap ada kesan gigi tu, naik tingkat atas, setting kamera, letak tripod, shoot. Terbaik skrip aku. Iras-iras Die Hard 4. Kilat malam tersebut bak Nasha Aziz tengah tayang baju Rizalman kat catwalk Bangsar. Tinggal nak tekan punat kamera je. Hasilnya walaupun tidaklah setaraf majalah Nesyenel Jografik, tapi saya sangat puas. Puas kerana saya berjaya mencabar diri saya. Bukan senang nak sahut cabaran ooo..Kalau Matt Damon dalam cerita Bourne tu mungkin lah tapi tak real.






Jadi pesan saya kepada anda semua diluar sana <------ mode tahanan ISA—cabarlah diri anda kerana halangan terbesar dalam hidup kita adalah tembok yang dibina oleh diri sendiri. Runtuh tembok tersebut, maka anda adalah penakluk dunia. Saya baru habis baca Dare to Win dan buku itu sangat mengesankan. Terima kasih atas kesudian membaca karangan saya. Barakallahu fikom.

Saturday, May 14, 2011

Puan Zairiyah Othman

Assalamualaikum wth.

Saya rajin pula ber'blogwalking' sekarang. Semua tulis? taip? post? pasal ibu mereka bersempena Mothers Day. Takkan saya nak ketinggalan juga kan? Nanti mesti ada mulut sinis cakap "aku sayang mak aku, kau je yang tak" Well, it hurts me a bit but a word won't let me down eh. Ter'speaking' pula.

Ibu saya bernama Zairiyah binti Othman. Saya letak nama penuh beliau ni dan tolong la jangan bomohkan dia ye. Sebab dia baik dan terlalu baik. Dia cantik, awet muda dan Alhamdulillah kecantikan beliau turun kat anak dia yang tak tahu dia hensem ni. Ehe~ Mungkin kerana ayah beliau aka datuk saya berdarah Thailand. Tak pasal.

Ibu saya sangat kuat bekerja demi keluarga. Tapi dia bukanlah ibu tunggal kerana ayah saya masih hidup dengan kacaknya. Saya fikir, buku jingga Anwar Ibrahim pasti dapat dilaksanakan kurang seratus hari jika ibu saya diangkat sebagai pakar strategi PKR.

Untuk ibu, terima kasih kerana melahirkan saya dengan penuh jayanya dan memberikan kami apa yang terbaik. Ketahuilah, tulisan ini bukanlah kerana Hari Ibu, tetapi kerana kaulah ratu.

Maaf kerana saya sedang terbayang seorang kanak-kanak perempuan bergaun putih sedang menyanyi lagu 'Ratu hatiku' sambil minum susu Nespray di sebuah ladang lembu.

Hargailah ibu dan bapa sementara mereka masih ada. Jangan salah faham, Ibu ayah saya masih hidup. Terima kasih.

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...