Apam Berkat : Apam tinggal kejap gi semayang Jumaat. |
Walaupun yis dalam apam hanya 6 gram, tapi dia boleh buat apam melimpah lebih dari kuantiti yang asal. Macam tu jugak amalan kita di bulan Romadhon ni ha. Buat sikit amalan tapi pahala melimpah-ruah. Dengan makanan pun Allah boleh bagi peringatan. Ko ada? Selamat Beramal!
p/s : errr..tak payah la setiap kali buka, korang tenung lauk siput sedut masak lemak tu carik penghayatan dan tazkirah Romadhon kan. Kang busy carik penghayatan, penerajang yang kita jumpa ye tak? Bersyukur cukuplah.
Agak-agak ajaib tak macam sejadah berdiri? Kahkahkah.... |
Satu lagi, terima kasih banyak-banyak ribu-ribu lemon untuk pengunjung-pengunjung baru blog ni. Siap dengan rombongan Cik Kiah baca post. Kejutan budaya saya kejap. Ni semua sebab Akak Kucing punya hal. Tak bleh simpan rahsia betul! =)