Journal Mesir : Ramadhan bahagian 1

>> Monday, October 5, 2009

Assalamualaikum wth,

Saya sangat seronok apabila membaca blog-blog favourite hebat dengan kisah Hari Raya mereka. Kisah balik kampung, pasang pelita di malam tujuh likur, ketupat dan kuah kacang, berbusana tradisional serba indah, berkumpul bersama ibu dan ayah, sanak saudara, kaum keluarga serta rumah terbuka antara elemen Aidilfitri paling banyak dicatatkan. Saya tumpang gembira membaca kisah anda. Paling tidak, anda benar-benar menghiburkan hati saya yang berada jauh dari keluarga dan tanah air. Terima kasih kerana menghidupkan kembali kenangan indah saya beberapa tahun kebelakangan ketika saya berada di Malaysia. Saya berdoa dan harapkan anda sekeluarga senantiasa dirahmati Allah SWT. Ameen.

.........

Pada tahun ini, Mesir adalah lokasi saya berhari raya setelah tiga kali menyambutnya di Maghribi. Kali keempat di luar tanah air, Malaysia. Sambutan eidulfitri di sini agak meriah. Boleh saya katakan seperti berada di Malaysia. 80 peratus persamaannya. Masyarakat Arab seperti kebiasaan. Tidaklah semeriah komuniti nusantara yang menyambut 1 Syawal penuh dengan makanan tradisi yang enak-enak, berpakaian serba tradisional dan cantik. Kemeriahan masyarakat Arab hanyalah pada bulan Ramadhan sahaja. Masjid mereka sukar dilihat kosong ketika itu. Pesta ibadah seolah-olah diraikan dengan sepenuh hati. Dan ketika inilah apabila anda berada di Mesir atau rantau Arab dapat melihat suasana yang jarang dapat disaksikan di tempat lain di Malaysia. Malamnya begitu hidup. Lampu neon dipasang di segenap ceruk dan rumah. Fannus, tanglung tradisi arab digantung sepanjang bulan penuh kemuliaan ini. Hati saya begitu gembira melihat suasana sebegitu. Seakan-akan malam bercahya disuluh dengan rahmat kiriman Arasy. Sayu. Juga menenangkan jiwa. Melenyapkan keriuhan dan kekalutan Arab yang penuh kekusutan pada siangnya.

Murad menunjukkan rekaan Fannus yang pelbagai saiz dan bentuk yang dijualnya di tepi sebatang jalanraya di pinggir bandar Kaherah, Mesir. Jualan Fannus mendapat sambutan yang menggalakkan ketika bulan Ramadhan Al-Mubarak mula menjengah.
Photo by : Syahidd/Reuters


Seorang lelaki berbangsa Arab melintasi tanglung Fannus di wilayah Tanta, Mesir. Fannus adalah sejenis tanglung tradisi masyarakat Arab digantung secara meluas di Mesir ketika menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Photo by : Syahidd/Reuters


Tiga hari sebelum Aidilfitri menjelang, saya ke wilayah Tanta. Kawasan perkampungan. Mengikut Abang Saiful, seorang senior saya di Maahad Ahmadi NS dahulu yang baru sahaja menamatkan pengajian ijazah beliau pada bulan Julai lepas. Tremco atau van yang dijadikan pengangkuatan awam utama di Mesir menjadi pilihan saya untuk kesana. Apa yang pasti, nyawa seperti ditinggalkan jauh dari jasad. Saya pasti pemandu itu tidak pernah mengerti perkataan laju dan maut. Apabila disana, saya bertemu dengan rakan blog yang saya kenali. Ustaz Munawwar, kenalan blog yang saya kenali sejak setahun yang lalu. Mahasiswa Al-Azhar tahun tiga di Tanta. Sebelum ini pernah berbual melalui telefon, namun tak berkesempatan bertemu mata. Pertama kali bertemu apabila saya minta beliau hadir sama di Maidaturrahman, hidangan berbuka puasa yang diberi secara percuma kepada pelajar2 Asia mahupun masyarakat Arab di Mesir. Ianya dibuka sepanjang Ramadhan. Memang save bajet jika setiap hari berbuka disini. Memandangkan saya di Tanta, kami bersetuju untuk bertemu disalah satu tempat yang menyediakan Maidaturrahman di sana. Kami bertemu setelah sama-sama teka meneka berdasarkan gambar yang pernah dilihat dalam blog kerana tidak pernah bersua. Beliau seorang peramah dan membuatkan saya tidak berasa kekok apabila berbual-bual. Saya berjanji untuk bertemu lagi di Kaherah apabila Hari Raya nanti.

Munawwar Abdul Rahman, seorang mahasiswa jurusan Syariah Islamiyyah tahun tiga, Universiti Al-Azhar cawangan Tanta sedang berbual mesra bersama sahabat-handai setelah selesai menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Dataran Malaysia, Kaherah. 1 Syawal disambut secara serentak oleh umat Islam diseluruh dunia pada 20 September 2009 yang lalu.
Photo by : Syahidd/Reuters



Di Tanta juga saya bersama 5 pelajar lain diundang untuk berbuka puasa dengan seorang kenalan Abang Saiful yang berbangsa Arab berbuka puasa di rumah beliau. Mahmood, pemuda Arab lepasan ijazah Farmatikel yang kini melanjutkan pelajaran di peringkat Master, tinggal bersama ayah beliau yang juga seorang peguam, ibunya dan seorang adik perempuan beliau. Kali pertama saya merasai keenakan nasi seakan beriyani berlaukkan ayam panggang, Kufta, sejenis daging kisar berempah yang digoreng, sup Parsley yang agak likat dan sedikit harum, kentang panggang yang lazat dan sejenis acar terung ungu yang sangat enak. Sehinggakan setelah perut saya penuh dengan nasi dan ayam panggang, saya tidak berhenti mengunyah acar terung itu bersama roti Nan Arab. Dan saya berkata kepada mahmood, "Haza ahla tto'am hona, wallah!" ("Ini makanan paling enak di sini, betul!) . Beliau tersenyum bangga. Dan setelah 'melantak' makanan yang sangat banyak tadi, kami dihidangkan pula dengan sejenis manisan tradisi Arab, Kunafah. Sebenarnya saya amat menggemari manisan ini sejak kali pertama merasai keenakannya pada 2006 dahulu. Manisan ini tidak terdapat di Maghribi. Akan saya ceritakan pada entri lain, Insyaallah. Sebelum pulang ke rumah, Mahmood sempat meminta ibunya membekalkan acar terung itu buat SAYA! Saya tersipu-sipu malu sambil mengambil bungkusan itu. Ahh..janji dapat, getus naluri tidak tahu malu saya. Namun sehingga kini saya agak menyesal kerana terlupa untuk membawa kamera. Pengalaman yang saya kira pengalaman pertama dan terakhir menjamu selera di rumah masyarakat Arab Mesir. Pada pagi esoknya, saya, Abang saiful dan 2 orang sahabat dari Morocco, Aizat dan Munzir bertolak semula ke Kaherah untuk menyambut Syawal di sana. Nantikan laporan seterusnya. Maassalamah.

Read more...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

>> Saturday, September 19, 2009

Assalamualaikum wth,

Dengan ini, diucapkan Selamat hari raya Aidilfitri kepada ibu, ayah, famili, semua yang saya kenali tidak kira pembaca, follower (macam ketua kongsi gelap plak ada follower..ahak), samaada yang terbaca blog ini secara sengaja atau tidak sengaja mahupun secara sedar atau dibawah pengaruh dadah, mereka yang menggugel pastuh tersesat kat blog ini, juga kepada sahabat2, bekas awek yang tengah iron baju kurung, tok siak Masjid Raja Alang Beranang yang penah kena sorok selipar dia ngan aku time darjah 3 dulu, pak lang sekeluarga kat Kajang, Mak Long Idaku yang Vogue de Bas kat Palong 7, Cik Nab jual nasik lemak sambal lebih kat tepi umah aku, guru-guru yang pernah berjasa melempang pipi aku dulu, warga Mukim Beranang yang dicintai dan semua yang aku kenal dan ingat muka kalau aku jumpa. Sesiapa yang kesian kat aku yang dah 4 kali tak balik raya nih, anda boleh menghulurkan barang seratus doploh ringgit melalui Ayah saya di talian 0176937278 sebab dia akan bank-in kan esok. Maaf Zahir Batin dan dengarkanlah lagu raya yang saya tujukan khas buat anda semua, Sesuci Lebaran oleh Siti Nurhaliza. Boleh carik kat youtube okeh.

Selamat Hari Raya. Fannus, tanglung tradisi masyarakat arab di Mesir yang digantung apabila Ramadhan.
Foto : Syahidd/reuters

Read more...

Bukrah!, Bayt Muslim dan Iberia Airlines

>> Saturday, August 22, 2009


Assalamualaikum wth,

Sebelum kita berbicara, izinkan aku bernafas sepuas hati barang sepam dua kerana dapat jugak blog ini meneruskan hidup beliau setelah 4 minggu dibiarkan kegersangan tidak berhapdet. Huuuuuuuuupppp….haaaaaahhhhhh…. (mengapa lalat dihadapan pc ini berkelakuan aneh seperti kena strok?)

……...

4 minggu, tempoh paling lama dalam rekod blog ini tidak berhapdet. Maaf sebab aku tidak mengotakan janji untuk update blog ini ''esok''. Mungkin terkesan dengan perangai masyarakat arab di Mesir yang seringkali mengungkapkan kalimah "Bukrah" yang bermaksud "Esok" apabila mereka tidak dapat menyelesaikan sesuatu urusan pada hari tersebut. Tapi awas, bukrah mereka jika segi lughah mungkin bermaksud esok, namun jika di tafsirkan dari jihat "istilah syar'iyyahnya", bukrah mereka mungkin 2 hari, seminggu atau 18 bulan selepas itu! Setelah berupaya mengupload sedikit gambar ke Flickr, baru rasa semangat nak update. Yelah, aku kurang senang jika entri untuk bacaan korang tanpa gambar waima sekeping dua. Baru feel good channel tu ada, kan?

Sejak kaki aku nan cute ini(sila dapatkan rawatan doktor jika mengalami simptom muntah-muntah) menjejakkan tanah warisan anbiya’ ini pelbagai mehnah, peristiwa rencam dan situasi mendebarkan berlaku. Banyak benda dan cerita yang aku nak kongsikan dengan korang. Pasal aku sesat pastu jumpa ustazah yang cun, makan ikan keli berlada kali pertama dalam tempoh 3 tahun, aku gosok gigi sambil tengok SpongeBob, kena gigit pijat, bla..bla..bla..ada jual sos cili Malaysian hand made...blaa..bla..kena tipu ngan Mak Cik Arab yang rabun...bla..blaa..bla..makanan Melayu berlambak....blaa..bla..blaa

Dan paling menakutkan, prinsip kahwin lepas M.A (Master Degree) yang aku genggam kukuh sebelum sampai di Mesir sudah mula menampakkan tanda-tanda keretakan. Jika di Maghribi, kuantiti kepadatan dan kesendatan pelajar Malaysia seluruh tanah Andalus khususnya golongan wanita Melayu adalah sekitar 30-35 orang sahaja dan disebabkan koordinasi dan geografi mereka yang bertaburan di mana-mana, perasaan ingin dibelai serta dimanja seperti kucing Parsi oleh manusia ciptaan Allah berjantina wanita ini adalah dibawah tahap rendah sahaja. Namun, setelah aku melihat kondisi ostat-ostat di Mesir yang senantiasa bertembung ostazah-ostazah ayu selembut sutera China time nak beli bawang, duduk satu bas ke universiti yang sama saban hari, bukan sahaja menjentik naluri hati seorang lelaki sejati malahan menerajang dan mem’flying-kick’ jiwa remaja purba mereka. Disebabkan hal ini, begitu ramai yang menjadikan musim shitaq (winter) disini sebagai “musim mengawan” yang ideal. Hasil “kawanan” sudah pasti dapat dituai pada musim panas (Sayf) akan datang. Buat ostazah-ostazah di Mesir yang sudi mempersuamikan saya, sila rujuk ke Pejabat Bayt Muslim* untuk proses “pengawanan” yang sah..ekekekek…

*Sebuah pertubuhan di bawah persatuan mahasiswa malaysia di mesir yang menghimpunkan semua mahasiswa dan mahasiswi yang ingin mencari jodoh bermediumkan orang tengah. Dan secara peribadi, aku amat berbangga dengan perkembangan pertubuhan ini yang mengecilkan lagi jurang pergaulan bebas yang tidak tentu hala dikalangan mahsiswa/wi kita.

……..

4 minggu lepas, aku tiba di Cairo International Airport pesawat dengan Iberia Airlines yang agak best dan tak banyak masalah seperti Egypt Air yang berpramugari "mungkin" bekas pelumba haram serta melayan penumpang seperti memberi dedak kepada ayam. Maaf, itu adalah perbandingan yang amat ketara yang terpaksa diakui. Cuma ketika di Madrid, pencuci muka Loreal Menexpert aku berharga DH 96 yang baru dibeli 4 hari dirampas kerana melebihi had kandungan cecair 100 ml bagi hand luggage. Tahniah kepada pegawai keselamatan di Barajas Airport, Madrid kerana bertuah menerima sumpahan sedikit keji dari aku kerana insiden itu. (diorang cakap Spanish aku bantai keluar bahasa Melayu Asli, sama-sama migrain..hoh!) Cuaca Mediterranian hari penerbangan sangat cantik, MashaAllah Tabarakallah. Kali pertama aku saksikan langit seolah-olah berbenteng apabila kawasan siang dan malam bertemu. Subhanallahilazhim. Aku tiba di Cairo International Airport jam 11.00 malam waktu tempatan. Agak lewat dan bumi sisa ketuanan Firaun ini memberi salam alu-aluan dengan menghilangkan pasport aku selama 30 minit di pintu masuk imegresen. Cool. Abang Bob, Abang Fear, dua orang big bro aku ketika aku kursus di Mesir 3 bulan pada tahun 2006 datang jemput sekitar jam 1145. Ditemenin seorang lagi funky bro, Abang Zuhairi. Sangat best bila dah sampai! First Impression buat Mesir. Nantikan sambungan pengalaman menarik lagi memedihkan jiwa aku selepas ini. Owhh..aku janji akan hupdate as soon as monsoon typhoon. Okeyh! Wuargghhh…ngantuk giler..(mengapa lalat tersebut tiba-tiba mati?) Oh, gosok gigi!

Pramugari Iberia Airlines yang baik dan manja. Manjaaa??!!

Dalam nih ada air sirap limau, kalau haus bleh minum okeh!?

Madrid to Cairo

Barajas Airport, Madrid, Espagna. Por favor sinor? Por que no? Gracias!

Langit Mediteranian

.........

First day puasa, tiada apa-apa berlaku selain diisi dengan ibadah dan . Sila insaf setelah membaca penyataan separa palsu aku sebentar tadi. Ramadhan Mubarak Saeid buat korang semua. Jom kumpul pahala dan kurangkan dosa err...dan juga tayar spare kapal terbang Boeing 773 di perut kita*

*kita= aku tidak termasuk didalam golongan sasaran ini. kekekek...

Read more...

In Cairo

>> Thursday, August 20, 2009

Assalamualaikum wth.

yela..yela..esok aku update..
Tunggu okeh, baru jumpa tenet dan komputer yang best untuk post.
Iye..aku janji!

Read more...

Salamah Maghrib! Marhaba Misra!

>> Tuesday, July 21, 2009

Assalamualaikum wth,

Aku nak update blog nih sebelum ke Mesir. Ini entri terakhir di Maghribi dalam tempoh 3 bulan akan datang. Entri seterusnya akan mengitari kisah dan pengalaman aku di Mesir, InsyaAllah. Kenapa aku rasa sayang dengan Morocco nih? Dalam masa yang sama perasaan ingin bertemu keluarga sahabat² di Mesir tidak dapat aku bendung. Aku ingin menghirup cinta Nil itu sekali lagi Ya Allah. Ameen.. Kita jumpa di Mesir, InsyaAllah.

Au revoir Maroc!

Read more...

Konvokesyen dan Low Budget Portraiture

>> Sunday, July 19, 2009

Assalamualaikum wth,

Keadaan bilik dan otak aku tidak ubah seperti tongkang cina pecah ketika entri ini dipost. Leaving to Egypt in 2 days, Insyaallah. Second last post in Morocco Territory, perhaps.

.........

Istiadat Konvokesyen Kali Kedua.
Konvokesyen kali ini, aku terpilih sekali lagi sebagai 'amateur' Official Photographer. Aku tak semangat mana pun walaupun ghairah dan syahwat aku terarah dalam seni fotografi nih. Tapi mengenangkan sahabat² seangkatan yang dah graduated, aku gagahkan jugak. Beb, jangan risau, aku masih ikhlas lagi suci walaupun aku graduate lambat setengah tahun. eheh.. Biasalah, kami persatuan yang kecil dan masih kurang mendapat perhatian dari pelbagai sudut. Konvokesyen yang diadakan sekadar cuma. Cukup untuk rasa diri untuk rasa begitu dihargai. Teruskan baca kerana anda semua masih bersama aku dan bukan mengikuti iklan pencuci muka anti penuaan. Dewan tempat Konvo kali berlangsung agak gelap dan tidak mempunyai pencahayaan terus yang memungkinkan gambar rosak sepenuhnya jika Flash tidak digunakan. Aku paling tidak gemarkan flash kecuali keadaan mendesak. Bagi aku, foto yang bersandarkan available light akan menghasilkan impak yang neutral dan kemas. Agak malang pencahayaan dewan kali ini merencatkan ideologi hedonisme pagan aku. Tapi, aku temukan available light spot yang cukup menarik untuk potraiture. Kos yang cukup rendah dan sedikit idea, tanpa gula berlebihan dapat menghasilkan secawan kopi tongkat ali orang kampung foto yang seakan-akan di studio. Bashaahh!! Walaupun tidak sesempurna di studio, tapi aku kira, hasilnya cukup untuk membuatkan aku tersenyum sensorang depan komputer. (Masih waras ketika entri ini ditaip)


Props : 2 keping polistrin bersaiz meja makan, Nikon d50 dan 2 orang personal assistant. Tengkiu Tajuddin dan Bro Akmal serta mereka yang membantu secara langsung atau secara siaran ulangan. Credited to Iskandar for the pictures.

Hasilnya! Model diatas telah graduated.

p/s : Low cost but not low quality!
........


Jom klik!Ads Portal Diyalna.com

Read more...

Rayb dan Panini

>> Saturday, July 11, 2009

Assalamualaikum wth,

Kini di aku di Rabat. Peminat fanatik di Rabat boleh dapatkan tandangan dan bergambar sambil menggelembungkan pipi dengan saya. Harap maklum.

p/s : sila pakai deodoran untuk bergambar dengan saya. Hahahahah....

.........

Sudut Mari Melantak.
Apabila anda berada di Maghribi, jangan lepaskan peluang melancong sambil melantak di kiosk tradisi masyarakat disini yang dinamakan Mahlabah. Mahlabah atau dalam bahasa Peranchis disebut Laiterie merupakan kedai yang menjual produk-produk tenusu yang boleh didapati di kebanyakan tempat di Maghribi. Disinilah tempat dimana pelajar Malaysia mendapatkan snek dan beberapa produk tenusu lain seperti susu dan rayb dengan harga yang murah. Tambah pula ketika duit biasiswa tajaan belum dibank-in kan. Rayb adalah susu masam yang di peram bersama gula (seperti yogurt) dan kadangkala diubah cara penyediaannya. Contohnya, Rayb Baladi. Ia merupakan Rayb yang dimakan dengan buah-buahan serta disejukkan terlebih dahulu. Rasa? Ym aku, nanti aku jawab okeh. ngehngehngeh.....Melantak rayb dan Panini Ayam pasti menjadikan percutian anda lebih bermakna. Untuk lebih nikmat, dapatkan resit bayaran dan serahkan kepada rakan anda untuk beliau langsaikan. Selamat melantak!

Mahlabah

Rayb Baladi

Panini Ayam.


........


Jom klik!Ads Portal Diyalna.com

Read more...