Saturday, December 17, 2011

Hujan Meteor Geminids

Assalamualaikum wth,

Setelah meneliti semua sindiran neraka dan juga unsur-unsur partikel MAKIologi yang menerobos ruang komen mahupun serangan secara langsung terhadap diri, maka aku dengan penuh keimanan senipis kain baju artis Malaysia, tergeraklah untuk menghapdate blog ini. Toyyiibb.. Okeh, aku tak bagi alasan kali ni sebab kalau bagi pun, banyak nak cerita. Lagi panjang berjela dari teks Najib kat perhimpunan agung UMNO kang. Chop! Tiada politik disini. Aku terus jelah masuk tajuk ye.

Tajuk diatas berkisarkan sekitar minat aku terhadap astrologi atau astronomi. Ceritakan. (45 markah) Kehkehkeh... karangan SPM sungguh!...(takde org gelak)... Rileks la beb, nak buat lawak sikit pun tak boleh ke? Kasi Disney World blog rumah hantu aku ni. Baik, dulu aku pernah bercita-cita nak jadi ahli falak atau dalam BM, ahli kaji bintang. Ketika darjah 4 jika tak silap, cita-cita tersebut menghuni ruang minda aku. Namun sampai sekarang jugaklah cita-cita tu jadi penghuni je.

So, setiap kali rombongan sekolah ke Pusat Sains Negara dengan Planetarium memang aku letak nama dulu. Tiga tahun mengulang 2 tempat yang sama. Bagi aku adalah satu kepuasan bila dapat tengok teropong besar aka teleskop nan besar lubang hidung Ahmad Nisfu terbabit. Cita-cita aku nampaknya tersemai sejak sekolah rendah lagi. Aku pun baru perasan.

Akan tetapi, sejak aku ke Morocco, perhatian dan perasaan terhadap bidang astrologi makin pudar jugaklah. Tak ambik cakne sangat. Suam-suam kentut. Mungkin disebabkan tiadanya pendorong dan pembakar semangat dalam menerajui bidang ni. Ibu aku baca ayat ni pasti dia jadi pembakar diri aku pakai minyak petrol. Kahkahkah...Bila dah takde yang bakar, takdelah apinya, kan? Begitulah serba-sekepit kisah ternoda cita-cita aku yang lampau.

Nak dijadikan cerita, 3 hari lepas aku baru balik dari Fez bawak tetamu dari Malaysia. Drive dengan kawan aku ni. Bertolak pukul 8 malam dari sana ke Kenitra. On the way tu, aku keluar dari highway masuk jalan kampung. Saja nak tengok pemandangan desa kan walaupun gelap tak nampak apa. Kampung sini bukan macam kat Malaysia. Ada lampu jalan, pekan bagai. Terang. So, aku dengan kawan aku nampak langit tak berawan je lah. Bintang bertaburan, bulan terang. Subhanallah cantik. Tiba-tiba...(bersambung) Memang nak kena lempang!

Weh, sambung kat sini weh! (Jerit lambai-lambai tangan suruh datang) Muzik saspen sambung balik. Tiba-tiba, aku nampak taik bintang kat langit. Aku terkesima. Kawan aku apatah lagi, siap gigit dashboard. Tak sampai beberapa saat, ada lagi satu jalur taik bintang. Lepas tu, ada lagi. Terang dan panjang. Ada lagi. Ada lagi. Ada lagi. Eh, berapa punya ada lagi daa..? Tapi siyes, memang banyak falling stars boleh nampak ketika tu. Menjerit-jerit aku dengan kawan aku tu. Teruja beb! Sape tak eksaited kan tengok taik bintang banyak macam tu. Aku naik high hairan, kenapa banyak sungguh meteor boleh nampak dalam satu-satu masa? Apakah maksud disebalik hujanan tahi bintang ini? Akan berakhirkah ketamadunan manusia? Atau diorang tengah shooting filem Armageddon 2? Aku lekas-lekas meneliti satu persatu kemungkinan itu dalam wikipedia. Okey, empat ayat terakhir aku tambah bagi sedap. Sumimasen!

Sampai la ke Kenitra dan depan rumah, aku masih boleh tengok meteor/taik bintang jatuh di dada langit. Perghh..ayat Usman Awang. Masuk rumah, letak beg terus google Meteors Rain Shower. Baru la aku tahu, malam tu merupakan salah satu fasa hujan meteor Geminids dalam tahun 2011. Tapi Hujan Meteor Geminids ni berlaku 13 dan 14 Disember setiap tahun, jadi, malam tu malam last dan malam akhir jugak untuk tahun 2011. Sambung balik fasa akan datang pada 3 dan 4 Januari 2012. Check jadual sepanjang tahun di sini.

Alhamdulillah, kejadian 3 malam lepas agak memberi perangsang kat aku untuk aktif balik dalam lapangan cerap bintang , walaupun bukan lah sebagai pro tapi cukuplah sebagai hobi yang bagi banyak pengetahuan. Korang pun kat Malaysia boleh join kelab2 falak dan aktiviti diorang lebih menarik. Kat facebook pun ada. Test keyword FalakOnline. Setiap perkembangan fenomena berkaitan astronomi dia akan update. Aku ingat, untuk hujan meteor akan datang, nak camping dengan member-member yang lain. Bawak air panas, blanket, ridsect semua pegi berkelah malam-malam. Mesti indah malam tu. Tengah teruja ni okeh. Siap leleh-leleh air liur kat keyboard.

Aku ada letak video dari pakcik youtube untuk korang. Hujan meteor geminids yang dapat dirakam. Happy watching!


Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...