Tuesday, January 4, 2011

Sepuluh Ribu >> Found!





Tengah count down visitor ke sepuluh ribu. Aku ingat nak bagi hadiah spesel la kat insan bertuah tu. Ok jugak kan? Takpe, kita tunggu je. Doakan aku ada rezki lebih, Insyaallah, ada udang sebalik batu menanti anda! Udang? Batu? Yang penting bukan dua objek tu aku nak bagi.

.........................

Alhamdulillah, penat sudah aku meng"countdown"<<(sungguh tidak berkesan PPSMI gamaknya). Tetamu aku ke 10K itu berasal dari Brunei, ikut pintu sebuah forum yang aku join. Tengah cuba nak hack mengesan siapakah dia. Yelah, memandangkan aku dah berniat nak bagi something, kenalah tunaikan. Owhh..kalau hutang, susah betul aku nak berniat bagai!(tengah sinsing lengan macam mak cik Mah nak pi tarik rambut cik Kiah) Aku nak bagi ape ya kat insan terpilih itu? Fridge Magnet? Teko Maghribi? Morrocan Ceramic? Dah ada yang menjeling..ahaha~

Moroccan Tea Pot?

Fridge Magnet?

Okeh, nak pi carik manusia itu. Wassalam.

Monday, January 3, 2011

Syahwat 2011

Assalamualaikum wth kepada semua pembaca yang budiman lagi cemerlang, ya. Sungguh Fadhilah Kamsah disitu. Ekceli, bukanlah satu budaya aku ucapkan Happy New Year kat orang, tapi kalau korang nak aku bagi jugak lah kan. SELAMAT TAHUN BARU SEMUA! Tiba-tiba menjerit. Ok, betulkan balik tie, sikat rambut, touch up skit, duduk dengan tenang semula. Aku doakan semua yang baca blog nan sekeping ni semoga Allah berkatkan sepanjang hidup kita didunia ini dan juga permudahkan urusan kita di akhirat kelak. Insyaallah. Tiada keperluan untuk aku bersyarah panjang kat korang sebab mesti korang dah baca blog Saifulislam ngan Zaharuddin.net kan? Sape blogger tak tau diorang berdua, boleh sebat montot sendiri 2 kali.

Macam tahun-tahun sebelumnya, dah jadi perkara biasa, awal tahun mesti ada azam baru. Kalau takde tu kompem kena keji la! Semua nak kutuk beliau beramai-ramai kan. Sedangkan tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Apakah? Secara teknikalnya, aku nak bagitau yang aku takde azam dan tidak biasa untuk berazam setiap tahun. Oleh kerana sifat Succes in Laziness yang telah sebati dalam jiwa sanubari, keAZAMan bagi mencapai sesuatu cukup dipandang enteng makhluk seperti aku.

Namun! (Apahal ko nih? kau fikir cerita Ju On kah nak saspen-saspen!?)

Namun! Sekali lagi. Aku dah senarai hitamkan keinginan syahwat untuk tahun ini. Oramputeh cakap wishlist, tapi orang Melayu boleh berambut oren kita sebut pakai harakat idgham maalghunnah lebih skit, "owwhh..wishlist". Power bukan? Baiklah kita beralih kepada wishlist aku untuk 2011 ini. Cekidaut! ya a aww..Music please!

1. Nak beli biola. Faktor tengok lelaki main biola adalah sangat cool merupakan faktor sepunya terbesar bagi wishlist pertama ini. Tetapi saya pasti disula dan dibakar secara kejam dan ngeri oleh ibu saya andai beliau mengetahui hasrat sadis sebegini lahir dari lubuk hati nurani anak beliau sendiri.

2. Handset Nokia 5310 Express Music. Menurut kajian, aku adalah manusia paling lama memiliki top up 50 hinggit dalam jangkamasa 3 bulan. Ini kerana faktor tiada syahwat terhadap budaya SMS apatah lagi ketiadaan teman wanita untuk bergayut menambahkan lagi suasana pilu dihati. Oleh kerana itu juga handset saya tidak pernah berharga lebih dari RM 100. Tapi atas dasar suka dengar lagu-laguan, saya kunci wishlist ini Aznil!

3. Europe Tour. Banyak tempat aku nak pegi kat Eropah antaranya yang tertera dikaca televesen anda. La tour Eiffel France, Belgqiue, Germany, Red Light District Amsterdam(Hah, kantoi google tempat nih! mesti korang nak tau kan?! ahaha~), Espanyola si mama si, Pisa de la Italia, Swiss, Greece, Salzburg, Prague..Vaticano...Dublin......(sayup-sayup kedengaran). UK dan Istanbul dah pegi dah(cakap sambil pejam mata, hidung kembang kempis). InsyaAllah bulan Mac impian ini akan direalisasi secara terkondensasi. Okeh, yang ni aku kira azam kecil-kecilan. Boleh ke tidak? (tengah hulur microphone kat audience)

4. Berhajat belikan ibu saya sekalung tahniah rantai emas dan untuk ayah saya, sebuah MP3 Apple iPod. Sedikit mengarut namun agak praktikal daripada berkeinginan membawa mereka ke buat haji ke Mekah hujung tahun ini. Alamat menggadai maruah la nak beli tiket kapal terbang kan? 5 tahun lagi wishlist tu.

5. Spring/Summer belted grey jacket. Sila rujuk gambar rajah berikut :


To die for. Fullstop.

Itulah wishlist yang saya inginkan pada 2011 ini. Saya berharap agar ianya dapat dicapai oleh agama, bangsa dan negara. Adalah menjadi satu hasrat, agar kita semua mampu merealisasikan azam yang telah disematkan di dada mahupun di kaki ataupun di telinga, selagi mana ia boleh menganjakkan paradigma kearah insan yang lebih maju dan berdaya saing juga berpotensi besar sebagai masyarakat cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan itu, sambutlah salam 1Malaysia, salam tahun baru, wabillahitaufiq walhidayah, Assalamualaikum wth.

(Sorry, malas nak taip penutup, aku copy je ucapan Najib. Larikk!).

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...