Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya hoi..hoi..!



Cepat betul Ramadhan berlalu kan? Mana tak cepat..bangun tido lagi 5 minit nak azan maghrib! Kekeke..So, macam mana persiapan raya korang tahun ni? Baju kebaya kain sarung membelah halilintar korang dah ambik belum kat tukang jahit? Tutup kedai, alamat pakai baju tahun lepas lah. ahaha.. Seperti biasa, raya bagi aku taklah into sangat. (aku rasa ramai dah buat ayat camni) Konon raya tak bermakna la, sambut ala kadar la, tak buat persiapan lagi la. Sedar-sedar lepas raya, hutang Court Mammoth berjela. Sofa mesti tenggelam leher kalau duduk, tibi wajib lebih besar dari dinding. Belum cakap pasal kuih kaler oren, biru nila, belang-belang patbelas jenis tapi satu rasa lagi. Ramai je golongan sedemikian rupa di kalangan masyarakat M_L_Y_ kita, betul tak adik-adik? Ikut merekalah, janji diorang ingat tuhan cukup. Full stop ceramah sempena malam tujuh likur ni ye.

Lepas sahur tadi, teringin pulak dengar lagu anuar zain masa kecik-kecik pakai samping singkat. Memang lagu hot raya. Lebih sejuta viewers. Aku syak, ini semua angkara budak oversea yang desperate tak balik raya. Kalau Gaga keluar album time raya, aku yakin kerat kuku, album dia tak laku sebab semua orang nak dengar lagu Sudirman, Saloma dengan Ahmad Jais. Apa pendapat kalian yang bijaksana?Aku dah merepek. Barangkali kerana tidak dapat beraya di Malaysia lalu menyebabkan hormon estrogen aku terganggu? Makin terjejas hormon aku nampaknya. Baiklah, aku teruskanlah dengan ucapan raya untuk kali ini.

Bismillahirrahmanirrahim. Saya, selaku pemegang nickname Syahiddmilikku dengan penuh rendah diri, terharu, sadis, pilu dan malu-malu ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pembaca yang membaca blog ini, tidak kiralah pembaca lama, baru, acik nony dan sesiapa sahaja diluar sana. Saya juga menyusun sepuluh jari tangan, sepuluh jari di kaki, dua lutut dan satu kepala dengan harapan agar anda dapat memaafkan saya andai tersilap kata, mengguris jiwa sepanjang perkenalan kita di alam maya ini.Saya juga amat berharap dan mendoakan anda semua bergembira disamping keluarga serta mudah-mudahan Allah melimpahkan berkat dan rezeki yang melimpah-ruah kepada anda hendaknya. Ameenn. Oleh itu, sambutlah lebaran ini dengan penuh kesyukuran kepada Allah Yang Esa dan mulakan diri kita dengan peribadi yang baru. InsyaAllah.

Apa kata korang buka TV1, 30/8/2011 jam 6 petang. Mesti korang nampak scene macam kat atas ni. Baju Melayu aku tu very the Warisan Johor kan? keskeskes...Feeling zapin kau. Jangan lupa okeh. Wassalam.

Wednesday, August 17, 2011

Bagaimana anda ke Morocco/Maghribi


Suhu di Rabat agak suam sekarang tapi berangin. Jadi, puasa kali ni takdelah mencabar sangat berbanding bulan-bulan Ramadhan yang lepas. Aku lebih banyak duduk rumah daripada bersidai-sidai dekat luar. Lagipun dekat Maghribi ni gadis-gadis dia boleh tahan tahap dedahannya. Bulan Ramadhan tapi baju tetap nak style akak Katty Perry. Bulan Zulhijjah, Muharram atau Safar apatah lagi. Memang berlambak-lambak Kim Kardashian dengan Pamela Anderson lalu lalang jalan kucing gedik. Elok fuel tank pahala aku penuh, keluar rumah terus kelip-kelip merah. Oleh yang demikian, adalah lebih baik memerap dalam rumah beramal ibadat. Tidur pun ibadah apa! Tiba-tiba rasa insecure. Ahahah..

Sebenarnya, aku nak cerita pasal trip aku ke Marrakech sebelum puasa hari tu. Yelah, mesti korang teruja nak tahu antara tempat wajib pergi sekali seumur hidup tu kan. Kalau teruja lah. Kalau tak teruja, aku nak cerita jugak. Ngehngehngeh.. TAPI, adalah lebih baik aku mulakan dahulu dengan bagaimana korang semua boleh sampai ke Maghribi. So, mudah sikit nak dapatkan gambaran. Kang tiba-tiba pulak sampai Marrakech, tidakkah tak sopan namanya tu melangkah bendul. Bukan apa, nanti aku pung pang pung pang cerita cara nak sampai Marrakech, nak sampai ke Maghribi pun tak nampak jalan lagi. Apa kejadahnya semua ini? Okeh, to our dear passengers, please fasten your seat belt and enjoy the journey. Cewah, baru ada feel sikit ye tak?Link

Baiklah, untuk seseorang traveler bajet hardkore dan pelancong kos sederhana ke Maghribi ada beberapa jalan yang korang boleh gunakan dengan kos yang ekonomi dan murah. Di sini aku hanya senarai kan jalan udara iaitu kapal terbang sahaja okeh. Jalan laut atau jalan darat dari Malaysia aku tak tahu. Naik kapal kargo MISC mungkin murah kot. Tapi aku tak rasa Fatt nak save bajet dengan cara terbabit. ahaha.. Lagi satu, kita sebagai pemegang pasport Malaysia hendaklah mengapply visa seblum masuk ke negara ini. Siapa yang nak keluar Morocco dan nak masuk balik kenalah apply double visa. Ada faham? Baiklah, here we go :

1. LCCT – Stansted, London – Marrakech/Fez

Korang boleh naik Air Asia (AA) terus ke Airport Stansted di London kemudian naik Ryan Air ke Marrakech atau Fez. Inilah jalan yang aku gunakan untuk balik Morocco tahun lepas dengan harga yang super duper MURAH iaitu dengan harga tiket bernilai RM 1060 sahaja. Ini kerana aku beli tiket bila AA buat Merdeka Fairs tahun lepas. Jauh lebih murah dari airlines komersial yang lain seperti MAS, Turkish Airlines, Saudi, Qatar ataupun Etihad. Fo yo infomesyen, harga RM 1060 itu termasuk harga AA dan Ryan Air ye. Siap makan 2 kali, comfort kit dan lebih kilo untuk barang kargo. Murah kan? Lagi murah dari gelang Rosmah Mansor jota-jota rengget tu. Astaghfirullah, puasa. Maaf Kak Ros. Setakat ini, jalan inilah yang terbaik buat kita traveler nan ado ni ye Kemang. Kakakka… Kejap, ada khabar-khabar kentut tersebar disini mengatakan Ryan Air tidak lagi mendarat di Fez. Korang boleh check balik, okeh.

2. Kuala Lumpur - Istanbul – Casablanca

Dari Malaysia ke Istanbul korang akan naik MAS. Boleh tapau kacang masin MAS kat stewardess kalau korang nak. Serius sedap. Back to the point. Daripada Istanbul ke Casablanca pulak korang akan naik Turkish Airlines. Harga untuk route ini bagi aku masih berpatutan dan selesa bagi yang nak melancong dengan kos sederhana. Harga tiket pergi balik adalah sekitar RM 3500. Itu harga paling maksimum. Lebih dari harga tu jangan beli. Pegi Pasar Payang kat Terengganu beli kain batik 5 helai bagi mak korang lagi baik. Macam tahun lepas, ada tiga famili student sini yang datang Morocco melalui jalan ini dengan harga tiket return RM2000 per kepala. Diorang beli kat Matta Fair menurut pak cik terbabit. Oleh yang demikian, sila lah ke Matta Fair PWTC untuk merebut peluang tersebut. Plus, kalau korang ikut Turki, korang boleh transit 2-3 hari macam yang aku buat nak balik Malaysia tahun lepas. Syiok oo Turki. Orang dia baik-baik. Kepada Akak Kucing, akak boleh buat review restoran kat Morocco pulak. Asyik Restoran Nasik Arab je. Keskeskes..kite bakor!

3. Kuala Lumpur – Doha/Abu Dhabi – Casablanca.

Jalan ni sama macam jalan kedua diatas. Harga pun lebih kurang sama dan boleh dapat murah sekitar RM 2000 tiket return masa Matta Fair. Penerbangan yang available adalah seperti Qatar Airways dan Etihad Airways. Tapi Doha dan Abu Dhabi adalah transit paling tak best. Paneh! Buat penat nak jalan kat sana. Rugi pakai Fair and Lovely empat botol, balik kulit rentung macam mumia.


Okeh, aku dah pun senaraikan pintu masuk ke Morocco aka Maghribi. Jadi sesiapa nak datang, boleh la contact aku sementara aku ada kat Morocco sampai bulan 3 tahun depan. Boleh kita berfoya-foya sesama. Jangan risau la, takde aku nak ngap duit nye. Aku pun bukan otak bisnes punya orang. Bila lagi nak jumpa korang kat obersi kan?

Owh..aku lupa. Ada benda aku nak bagitau kepada sesiapa yang minat lowest budget trevel dan minat nak kenal budaya masyarakat sedunia, ini aku bagi link laman social CouchSurfing. Bagus web ni. Daftar dulu dan korang boleh la request nak duduk rumah kenalan dalam web tu dalam tempoh tertentu. Diorang boleh tolong bawak jalan-jalan sekali kat town diorang. Best kan? Jangan risau, kita boleh tahu yang mereka sangat boleh dipercayai dengan baca review dan recommendation dari orang yang pernah tumpang tinggal sebelum ni. Macam shopping kat E-bay lah. Minggu lepas baru je diorang buat Iftar ramai-ramai user couchsurfers dari Rabat kat McD. Tapi aku tak pegi la sebab ada Iftar tempat lain.

Apapun, aku ucapkan Ahlan wasahlan ,Marhaban Bikom dan selamat datang ke Tanah Andalus, Maghribi. Jumpa entry lain. Aku nak tidur jap. Mengantuk lepas-lepas subuh ni. Demi korang aku sanggup tau. Ececeh..okeh, aku dah macam cipan kena tembak ubat pelali dah ni. Aku nak tidur kejap barang sedas dua ni. Bye and assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Tuesday, August 16, 2011

Kembali bersiaran

Assalamualaikum wth.

Anda semua apa khabar? Sihat? Saya macam biasalah, buat muka seposen bila tak update sebulan. ahahah... Ok, fine. Ai em so sori oke. Malas ya ampun nak menaip. Idea banyak tapi itulah. *sunyi*bunyi cengkerik* Oh, lupa pulak. Malaysia dah enam belas hari puasa kan? Oleh yang demikian, dengan penuh rasa tidak bersalah, saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Almubarak. Semoga puasa kali ini adalah lebih baik dari yang sebelumnya. Eleh, kalau tak ucap pun korang mesti puasa jugak kan?

Baiklah, mood blogging dah ada sikit. Tapi masalahnya sekarang, Maghribi baru je lepas sahur. Bau ikan goreng masak taucu kat mulut pun tak habis lagi nih. So, saya harap petang nanti boleh la saya post entry baru. Jumpa la petang nanti. Bukan kat bazaar, kat sini ye.

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...