Thursday, June 11, 2009

Mode : Hybernate

Assalamualaikum wth,

Maaf, empunya blog ini akan berhibernasi dengan kitab² dan nota² bagi tempoh 2 minggu bagi memberi laluan kepada peperiksaan akhir. Harap aku bersabar.

nota kakimu cagu : haah..U aku je yang paling lambat pekse tahun nih..

.........

Sebelum aku berhibernasi, aku hadiahkan korang gambar model² menyakitkan dan menggelapkan hati seperti dibawah yang memanipulasi tanpa malu bini D50 aku tempoh hari.








p/s : terdapat beberapa gambar yang terpaksa di padam kerana mengandungi aksi terlampau yang meloyakan penonton dirumah.

Kita jumpa lagi dua minggu, InsyaAllah. Aku ingin meminta maaf andai sebelum ini terdapat perkara yang melukakan, menggores dan menang, menyakitkan hati korang semua samaada secara langsung mahupun secara minda bawah paras sedar. Aku betul² mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung lutut kaki. Doakan aku dan sahabat² yang lain dipermudahkan urusan, InsyaAllah.

Ok, chiao, matta-ne,
Voir la prochaine fois et vous avez une belle journée!
Priez pour moi, d'accord?

Cordialement,
Monsieur Syahiddmilikku.



........

Jom klik!Ads Portal Diyalna.com

Sunday, June 7, 2009

Terima kasih kerana sudi menjadi isteri saya.

Assalamualaikum wth,

Korang tau, hanya selang dua hari saja aku menjadi duda sejak kehilangan isteri pertama aku, Datin Seri Paduka Fuji minggu lalu. Kerana tidak dapat menahan gelodak nafsu, aku bernikah sekali lagi. Cik Puan Nikon d50. Hantaran sama mahal macam bini pertama aku dulu, DH 3500. Kaler lawa, sharpness menggiurkan dan beberapa hal dalam kain yang tidak aku ungkapkan dengan bicara manis dan rias kata.

.........

Sabtu. 2.30 p.m. Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia Ke Maghribi. Aku sorang je datang tanpa pakai baju batik dan berlalu penuh macho serta tidak merasakan apa itu emosi malu. Majlis resepsi keputeraan YDP Agong hari ni kat Rabat. Hampir semua rakyat Malaysia di Maghribi ada sama. Sebelah petang diadakan majlis cukur jambul 3 bayi hasil mahsul keluaran rakyat Malaysia di Maghribi. 2 baby kacukan Malaysian-Morroccan dan seorang Malaysian-France. Semangat 'One Malaysia' sungguh. Kagum aku. Dan kali pertama d50 aku beraksi. Powerful. Elegant. Sexy. And it was just nice and clean. Walaupun sekadar available light, gambar d50 hampir kepada perfect, bagi akulah..kekeke.. Kali pertama aku rasa begitu terbakar dengan fotografi sampai 2 pinggan aku lantak laksa ngan pulut kuning. Fuuhh..

p/s : aku nak cukur jambul d50 aku tadi, tapi mati² diorang tak kasi. Huh..jeles le tu d50 aku baru lagi. Enjoy the d50's photos. Bon Appetitto!


Ostat Mad Noor, First Stage Iron Chef of PMMM

Madamme Ana

Datuk Osman Samin, orang kuat Persatuan Rakyat Malaysia Maghribi

Gambar standart wedding photography

Team Marhaban El-Meraban

Team leader

Senior Mama

Gambar standart wadding photography version 2

One Malaysia-Morocco 1

Nurul Huda One Malaysia-Morocco 2

Safwan, One Malaysia-Morocco

Maaf bebanyak, One Malaysia-France baby aku tak dapat chance nak capture. Ada peluang aku capture okeh.

.........

Yoshhh....get ready for Speedlite SB-600. I'll catch you up soon!!..ngahahah..

........

Jom klik!Ads Portal Diyalna.com

Tuesday, June 2, 2009

Kamera Fujifilm Finepix s9600 Untuk Dijual!



Maaf, kamera ini sudah terjual kurang dari tempoh sejam entry ini disiarkan. Terima kasih!


Assalamualaikum wth.

Setelah berfikir, mencerna idea, solat istikharah (jangan percaya), dan makan megi perisa ayam malam tadi, aku bertekad untuk menjual kamera SLR pertama dalam hidup aku, Fujifilm Finepix s9600. Ini semua angkara pengaruh rakan sebaya. Adik² di rumah janganlah melawan cakap ibu bapa, nanti buruk padahnya. Apakah kena mengena statement tersebut?

Sudah lebih 2 tahun kamera Fuji tersebut berdampingan dengan momok hengsem ini. Performancenya tidak pernah mengecewakan aku. Yalah, kamera baru available 2 tahun, takde masalah langsung sepanjang aku dengan dia. Berat hati aku nak jual. Namun, sampai masa untuk aku melepaskan menatang baik nih pergi. Sesiapa yang berkenan dan mampu dan paling penting, meminati seni fotografi, boleh membeli kamera ini dari aku. Aku akan senaraikan accesories dan fungsi kamera ni.

Fujifilm Finepix S9600

Ciri-ciri kamera

1. Mempunyai megapixel 9.0 megapixel.
2. 10.7 kali zoom.
3. Lens 28-300 mm.
4. Merupakan kamera semi pro dan sesuai untuk pro-beginner photographer .
5. Mempunyai 6 mode semi pro seperti, mode landscape, sport, night, portrait dan sebagainya.
6. Mempunyai 4 Pro-mode iaitu M, A, S dan P.
7. Fungsi kamera yang mesra pengguna. Mudah dikendalikan.
8. Ringan.
9. Mempunyai kelebihan dalam gambar Potret dimana Fuji adalah jenama yang cukup pakar dan teliti di dalam menghasilkan gambar sebegini.
10. Makro yang best.
11. Tidak mempunyai Image Stabilizer.
12. Kelebihan didalam penggunaan tenaga bateri yang minimum. (Jimat bateri, siyes beb!)
13. Image yang sharp.
14. Baru dua tahun digunakan sejak dikeluarkan pada tahun 2007.
15. kualiti gambar yang menakjubkan. (Tak poyo ke haa ayat nih?)

Dan accessories lain yang disertakan sekali adalah,

1. UV filter.
2. Beg
3. Bateri rechargeable 6 bijik.
4. Cable.
5. Memori kad Kingston 1 Gigabyte.

Dan, banyak lagi function yang tidak disenaraikan oleh aku pasal kamera nih. Walaupun dah dua tahun aku pakai, ada lagi function yang aku tak terokai lagi. Harga kesemuanya, DH2800. Tapi jangan risau, boleh runding lagi. Dan tentang pembayaran, aku mahukan pembayaran secara tunai.

Sesiapa yang berminta boleh YM aku,
shahcpoot_morocco

Atau kol aku kat no,
+212613632289.
Owhh..lupa, ni aku jual kat sesiapa yang kat Morocco je okeh..hehehe..
Terima kasih.



........

Jom klik!Ads Portal Diyalna.com

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...