Sunday, September 30, 2012

Budget 2013




"Dapat lagi kita BR1M tu ye bang. Peti ais tu manjang meragam je kejenye." 
                                                                                       
                                                                                     Dengar belakang rumah orang.




Kau kejam Jah! Kau kejam!

Sayangi laki anda.

Wednesday, September 26, 2012

Tragedi Ketupat Palas


Assalamualaikum wth.

Aku sebenarnya bukanlah die hard fan ketupat palas ni. Tapi, bila ibu aku telah membawa balik barang lapan belas bijik ketupat daun palas gamaknya dari Baling hari tu, ater teringin bebenor le teman nak menerainye membuatnya. Nenek sedara aku tu siap bekal daun palas lebih lagi. Makin sakit hati aku menengok daun tu tersadai tepi tangga rumah. Nak tengok internet, memang sahlah ketupat palas aku merupa jadik jenglot. Nak membalutnya tu. Kena ada guru jugak. Kalau tak sampai ke mati hidup dalam kesesatan yang nyata. Manusia terakhir dalam family ayah yang berkemampuan buat palas *sendap nih arwah atuk aku. Dia kalau buat 30 bijik macam korek hidung calit kat orang. Mudah betul! Jadi, takkan nak menyeru orang tua tu bangkit dari kubur semata-mata nak mintak dia ajar balut ketupat palas kan? Mustahil dan syirik disitu.

sendap : sentap dan sedap sebab laju bebenor. Tak dan kita nak mengejor!

Alkisah, balik lah mak buyong yakni akak ipar aku sekonyong-konyongnya. Dia tahu buat rupanya! Orang utara memang biasa buat. Akak ipar aku cakap lah. Malam tu jugak menuntut. Dia pun mula la masak pulut dengan santan. Sekejap sangat. Separuh masak kot sebab bila dah balut, ketupat palas ni akan direbus pulak. So masak pulut dengan santan tu agak-agak melekit tutup api. Bila pulut tu dah sejuk sikit, barulah boleh membalutnya. Azab bermula. Mula-mula memang nak gigit je sape-sape yang lalu kat tepi. Sakit betul hati aku. Akak ipar aku ajar ok. Tapi bila nak balut, Ya Salam. Susah giler woi! Walaupun ko CGPA 4.0 kat U, tak bermakna ko boleh lipat ketupat palas ko tau! Punya tinggi falsafah mende nih.

Pusing sini terabur. Pegang sana terbarai bawah. Nasib aku tak bela saka, kalo idak dah menurun kat situ jugak. Tapi akak ipar aku bagitau, dia first time buat dulu macam tu. Petua dia, ko balut je sesuka hati. Pelikkan? Tapi memang betul. Aku main putar-putar, last-last menjadik! Walaupun tak kemas mana, asal agak-agak ada rupa ketupat palas tu, okey dah. Sujud syukur aku tepi tangga tu. Siap nangis-nangis pegang tangga macam Wan Maimunah berlakon Pondok Buruk punya terharu. Ko percaya ke? kahkahkah..!

Bila dah tiga bijik buat, makin selesa. Makin sedap pulak. Masuk daun palas ke sepuluh gitu, rupanya dah habis. Merasa la aku buat banyak itu sahaja. Tak kisah la kan, asal aku dapat belajar buat mende alah ni. Merebusnya berjam-jam ye sidang pembaca sekelian. Kalau mengandung, dah beranak dah. 2-3 jam lah anggarannya. Mengandung beranak tu metafora je. Ke ada yang nak test rebus ketupat palas start dia mengandung sampai beranak?! Jangan carik pasal ye kak. 

Kredit untuk adik aku yang memberkas gambar-gambar sepanjang tragedi ketupat palas ini.

Masukkan pulut. Abaikan lurah lupa nak sensored tersebut.

Sabar-sabar. Akak ipar aku yang buat dalam bekas tu.

Macam pampers bocor! -Ayah aku. Kejam tak punya bapak?

Tak putus asa lagi. Masih ada iman ketika ini.

one two three four...one two three four...

Jeng..jeng..jenglott!!
Kak Ngah aku bagitau, ketupat palas mestilah jantan sebab tak masuk air bila masak nanti. Kesian ketupat betina.  

Tuesday, September 18, 2012

Cinta Muda Mudi


Petang itu sungguh nyaman. Ibu-ibu surirumah sepenuh masa mengangkat kain jemuran. Surarumah menunggu kerja seperti aku tak terkecuali. Kanak-kanak baru pulang sekolah menjerit-jerit turun dari van sekolah. "Macam biawak!", getus hati aku melihat gelagat mereka tanpa menyedari aku lebih biawak dari mereka lima belas tahun lalu. Aqill, adik aku darjah satu berjalan mengah dengan beg sekolah biru tali nak putus sebelah.

Kasutnya dibuka dan dicampak ketepi bersama beg. Sipi-sipi nak kena pokok kunyit ibu yang baru nak naik. Cukuplah aku kena sound sekali sebab biar kucing tidur atas pasu dia tempoh hari. "Pesal ko ni dik? Letak elok-elok tak bleh ke? Cer alang campak ngko camtu? Mau ko?" Suara aku separuh tinggi macam enjin bot mula nak panas. Dia jeling.

Sah adik aku mencari bahana. Mujur tangan aku pegang baju-baju jemuran. Kalau tidak, nahas teliga dia aku jentik. "Kawan ko kacau kau ke tadi hah?" Kelihatan kaedah reverse psikologi disitu. Malas nak apa-apakan dia. Menangis nanti aku jugak kena balik dengan ibu. Dia pandang muka aku. "Ada budak pompuan kat sekolah dia asyik suka kat adik je. Adik tak suka dekat dia!"

Perlahan aku lepaskan baju-baju dari ampaian tadi masuk dalam bakul. "Astro..Astro" gumam aku sendirian. 

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...