Sunday, March 29, 2009

Gelap

Assalamaualaikum wth,

Hari Sabtu, 28 Mac, 8.30 p.m-9.30 p.m. Rumah aku bergelap macam dalam rumah hantu kat Taman Buaya Melaka. Zulumat. Tanda sokongan kepada kempen anti pemanasan global sedunia anjuran World Wildlife Fund (WWF). Apa dia WWF ni? Gusti gomol² kat Tv3 ke? Korang carik dalam Wikipedia. Waima pun begitu, ada juga sebilangan masyarakat bertamadun hari ini, beranggapan bahawa cara ini begitu konservatif dan mengarut. Bagi mereka, banyak lagi cara lain untuk menimbulkan kesedaran. Owhh..payah sangatkah perkara konservatif begini untuk timbulkan secebis kefahaman dalam otak purba karat diorang? Owhh..saya tak marah pun anda tidak tutup lampu. Itu bukan soalnya di sini, cuma saya agak terkilan dengan golongan yang memandang perkara ini adalah sesuatu yang b*d*h. Untuk yang telah bersama-sama mendokong hasrat murni ini, aku ucapkan terima kasih kerana begitu concern dengan dunia nikmat pemberian Allah ini. Tapi bukanlah bergelap selama satu jam ini hanyalah sekadar bergelap. Sokongan berterusan adalah tujuan kempen ini dilaksanakan. Jangan lupa juga untuk selamatkan agama, bangsa dan negara ok. Pray for all your happiness. Peace!

Sayangi Bumi Kita!

Friday, March 27, 2009

Kerja..kerja..

Assalamualaikum wth,

Minggu ni aku agak sibuk dengan persiapan program persatuan sempena cuti musim bunga selama seminggu, bermula Ahad ni. Semua sekolah dan pusat pengajian bercuti. Jadual program cukup pack. Aku tak terkecuali terkena tempias. Nasib baik tugas aku kebanyakannya kat depan komputer je. Kalau tak, mesti jadual tidur aku terganggu punya. Antara program besar yang akan diadakan adalah SINERGI '09. Atau nama panjangnya, Simposium Generasi Glokal Ummah '09. Program yang mengundang khas personaliti Ekonomi Islam dan Muamalat, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman. Blog beliau di sini. Menyedari kelebihan dalam diri aku yang hanya boleh ditemui di katil dan komputer sahaja, aku telah dilantik sebagai Ketua Unit Buku Program, Sijil dan Fail.

Semua pelajar dan rakyat Malaysia di Maghribi mahupun di luar wilayah Celcom, dijemput hadir bersama mengikuti program ini dengan yuran pendaftaran sebanyak DH 50 sahaja. Jika bayar melalui saya, anda hanya perlu membayar DH 60. Ini termasuk yuran gambar anda sebanyak 18 keping tanpa custom album sepanjang program, menggunakan kamera saya. Antara tentatif yang diaturkan adalah Solat dan teori serta perbincangan muamalat Islam. Amat rugi jika DH 50 itu anda anggap begitu bernilai berbanding dengan ilmu yang akan anda perolehi.

Poster ala-ala Ramlee Awang Mursyid. Bukan mata aku. Bukan juga Matahariku oleh Agnes Monica.

p/s: Perhatian kepada semua mahasiswa Morocco. 4 April besday aku. Kek coklat ngan KFC pun dah cukup baik. Kalau baik skit, bawak aku makan shawarma 2 bijik kat restoran bawah pokok tepi Stesen Ketapi Rabat Madinah pun OK. Aku tak kisah. (Budak tajaan JAIS yang baru dapat angpow 5k minggu ni, didahulukan). Boleh kan?

..........

Memang pelik kalau aku rajin. Cukup pelik. Macam-macam aku boleh buat. Apa? Banyak tidur tak bereerti aku tidak memiliki sekeping hati yang bebas dan demokratik. Jiwa aku senantiasa mendokong falsafah cinta akhirat korang tau. Dan kerna methodologi hidup aku yang begitu kompleks inilah, aku mampu memasak bubur ayam.



Abaikan situasi pinggan pengalas itu. Fokuskan kepada hidangan tersebut. Pasti korang akan temui rahsia kejayaan seorang makhluk Allah yang bersaiz pinggang 30 seperti aku.

Thursday, March 26, 2009

Terbang

Assalamualaikum wth,

Hari ini aku dapat tiket. Tiket flight. Memang tak sabar aku nak bermusafir musim panas tahun ni. Kali ini, destinasi aku ke Bumi Anbiya', Mesir. Bumi Firaun juga. Sebenarnya aku telah ke sana pada tahun 2006. Tapi hati aku tetap nak ke Lembah Nil ini buat sekian kalinya. Memang ada benarnya apa yang dinukilkan seorang penyajak Lubnan dalam sajaknya,

Sekali kau merasai air Nil, Pasti kau inginkan kali yang keduanya.

Flight bertarikh 22 Julai 2009 dengan Iberia Airlines. Aku akan berseorangan sahaja. Tanpa ada teman tapi mesra. Kalau ada sesiapa warga Mesir yang terbaca entri aku kali ni, bagi hint okay. Boleh kita jumpa. Korang juga akan berkesempatan belanja aku Shawarma dan Nasi Pattaya Ayam Lebih kat Restoran Nile Hayyu Sabi' nanti. Aku mesti doakan korang berjaya dalam exam sebab doa orang musafir mustajab.


Bila masa pulak polis salah tulis nama aku nih?

.........

Aku cukup sakit perut dengan tuan rumah aku ni. Memang kepala putar alam. Paip bawah tab mandi ala-ala Spa-Q rumah aku pecah. Bukan nak bertanggungjawab. Sewa rumah serupa rumah Datuk K kat Bukit Antarabangsa. Bila berlaku hal macam nih, kata dah perjanjian. Dia tinggalkan rumah ni dalam keadaan yang baik dan sempurna. Sempurna apa? Cat baru boleh tutup paip karat ke? Nasib baik ada sorang mamat arab yang pasang paip kat bangunan under-construction sebelah rumah aku ni tolong betulkan. Kalau tidak, mau badan buaya-buaya peliharaan rumah aku nih bau kambing gurun. Huh. Memang aku tak puas hati. Kalau tak puas hati, aku suka tidur 8 jam. Itu tak termasuk 8 jam tidur rutin harian. Bangun tidur je, mesti aku lapar. Lepas makan baru hati aku tenang.

Tuesday, March 24, 2009

Spring

Assalamualaikum wth.

Faslul Rabi' atau musim bunga memang saat yang aku nantikan. Sebab apa? Sebab musim inilah bermulanya keindahan bumi Maghribi dan negara-negara Hemisfera Utara yang lain. Bunga-bungi dan sunbulah a.k.a pucuk-pucuk di pokok akan muncul. Owwh..ya, bagi negara-negara hemisfera utara seperti Maghribi, musim bunga officially akan bermula pada tarikh 21 Mac hingga 20 Mei pada setiap tahun. Dengan suhu sekitar 20°c - 25 °c menjadikan musim ini begitu indah. Subhanallah. Aku juga tak perlu nak pakai baju 8 lapis kalau nak keluar ke kuliah seperti Shitaq a.k.a musim sejuk. Berat. Rimas. Serabut kelenjar pituitari aku.





Waktu beginilah, antara tidur yang mustajab bagi aku. Hohohoho...best bilik tepi tingkap nih. Angin banyak. Gadis mungil Arab ramai berfesyen kemban lalu-lalang musim begini. Mual aku.

Monday, March 23, 2009

Trauma

Assalamualaikum wth.
Aku masih trauma. Memori chenta luka aku dengan 'bini' pertama, Wordpress, masih lagi menghantui hari-hari aku. Chenta pertama beb, memang susah nak lupa. Kalau komen blog, bab link tu, mesti aku tershashul taip 'syahiddmilikku.wordpress' instead ' dot blogspot'. Takpe, perkara lalu usah dikenang, hati lara jangan diundang, ye tak? Macam sedih semacam je entri aku kali nih..hurrmm..

..........

Hari Isnin, memang day-off aku. Kuliah tiada. Selain tidur lepas Subuh, aktiviti melemahkan minda yang selalu aku praktikkan adalah menonton muvie@drama series Jepun atau membaca manga Naruto. Tesis akhir dah macam anak tiri aku. Korang tau apa prinsip aku? 'Succes in Laziness'. Tapi, jangan sekali korang amalkan, sebab prinsip ini hanya untuk mereka yang mempunyai tahap stamina tidur yang cukup tinggi sahaja.


Clean up your nose for a better life.

Rumah Baru


Assalamualaikum wth. Jemput masuk rumah baru saya. Budak baru belajar blogspot. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog Wordpress yang terdahulu di sini.

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...