Sunday, August 23, 2009

Bukrah!, Bayt Muslim dan Iberia Airlines


Assalamualaikum wth,

Sebelum kita berbicara, izinkan aku bernafas sepuas hati barang sepam dua kerana dapat jugak blog ini meneruskan hidup beliau setelah 4 minggu dibiarkan kegersangan tidak berhapdet. Huuuuuuuuupppp….haaaaaahhhhhh…. (mengapa lalat dihadapan pc ini berkelakuan aneh seperti kena strok?)

……...

4 minggu, tempoh paling lama dalam rekod blog ini tidak berhapdet. Maaf sebab aku tidak mengotakan janji untuk update blog ini ''esok''. Mungkin terkesan dengan perangai masyarakat arab di Mesir yang seringkali mengungkapkan kalimah "Bukrah" yang bermaksud "Esok" apabila mereka tidak dapat menyelesaikan sesuatu urusan pada hari tersebut. Tapi awas, bukrah mereka jika segi lughah mungkin bermaksud esok, namun jika di tafsirkan dari jihat "istilah syar'iyyahnya", bukrah mereka mungkin 2 hari, seminggu atau 18 bulan selepas itu! Setelah berupaya mengupload sedikit gambar ke Flickr, baru rasa semangat nak update. Yelah, aku kurang senang jika entri untuk bacaan korang tanpa gambar waima sekeping dua. Baru feel good channel tu ada, kan?

Sejak kaki aku nan cute ini(sila dapatkan rawatan doktor jika mengalami simptom muntah-muntah) menjejakkan tanah warisan anbiya’ ini pelbagai mehnah, peristiwa rencam dan situasi mendebarkan berlaku. Banyak benda dan cerita yang aku nak kongsikan dengan korang. Pasal aku sesat pastu jumpa ustazah yang cun, makan ikan keli berlada kali pertama dalam tempoh 3 tahun, aku gosok gigi sambil tengok SpongeBob, kena gigit pijat, bla..bla..bla..ada jual sos cili Malaysian hand made...blaa..bla..kena tipu ngan Mak Cik Arab yang rabun...bla..blaa..bla..makanan Melayu berlambak....blaa..bla..blaa

Dan paling menakutkan, prinsip kahwin lepas M.A (Master Degree) yang aku genggam kukuh sebelum sampai di Mesir sudah mula menampakkan tanda-tanda keretakan. Jika di Maghribi, kuantiti kepadatan dan kesendatan pelajar Malaysia seluruh tanah Andalus khususnya golongan wanita Melayu adalah sekitar 30-35 orang sahaja dan disebabkan koordinasi dan geografi mereka yang bertaburan di mana-mana, perasaan ingin dibelai serta dimanja seperti kucing Parsi oleh manusia ciptaan Allah berjantina wanita ini adalah dibawah tahap rendah sahaja. Namun, setelah aku melihat kondisi ostat-ostat di Mesir yang senantiasa bertembung ostazah-ostazah ayu selembut sutera China time nak beli bawang, duduk satu bas ke universiti yang sama saban hari, bukan sahaja menjentik naluri hati seorang lelaki sejati malahan menerajang dan mem’flying-kick’ jiwa remaja purba mereka. Disebabkan hal ini, begitu ramai yang menjadikan musim shitaq (winter) disini sebagai “musim mengawan” yang ideal. Hasil “kawanan” sudah pasti dapat dituai pada musim panas (Sayf) akan datang. Buat ostazah-ostazah di Mesir yang sudi mempersuamikan saya, sila rujuk ke Pejabat Bayt Muslim* untuk proses “pengawanan” yang sah..ekekekek…

*Sebuah pertubuhan di bawah persatuan mahasiswa malaysia di mesir yang menghimpunkan semua mahasiswa dan mahasiswi yang ingin mencari jodoh bermediumkan orang tengah. Dan secara peribadi, aku amat berbangga dengan perkembangan pertubuhan ini yang mengecilkan lagi jurang pergaulan bebas yang tidak tentu hala dikalangan mahsiswa/wi kita.

……..

4 minggu lepas, aku tiba di Cairo International Airport pesawat dengan Iberia Airlines yang agak best dan tak banyak masalah seperti Egypt Air yang berpramugari "mungkin" bekas pelumba haram serta melayan penumpang seperti memberi dedak kepada ayam. Maaf, itu adalah perbandingan yang amat ketara yang terpaksa diakui. Cuma ketika di Madrid, pencuci muka Loreal Menexpert aku berharga DH 96 yang baru dibeli 4 hari dirampas kerana melebihi had kandungan cecair 100 ml bagi hand luggage. Tahniah kepada pegawai keselamatan di Barajas Airport, Madrid kerana bertuah menerima sumpahan sedikit keji dari aku kerana insiden itu. (diorang cakap Spanish aku bantai keluar bahasa Melayu Asli, sama-sama migrain..hoh!) Cuaca Mediterranian hari penerbangan sangat cantik, MashaAllah Tabarakallah. Kali pertama aku saksikan langit seolah-olah berbenteng apabila kawasan siang dan malam bertemu. Subhanallahilazhim. Aku tiba di Cairo International Airport jam 11.00 malam waktu tempatan. Agak lewat dan bumi sisa ketuanan Firaun ini memberi salam alu-aluan dengan menghilangkan pasport aku selama 30 minit di pintu masuk imegresen. Cool. Abang Bob, Abang Fear, dua orang big bro aku ketika aku kursus di Mesir 3 bulan pada tahun 2006 datang jemput sekitar jam 1145. Ditemenin seorang lagi funky bro, Abang Zuhairi. Sangat best bila dah sampai! First Impression buat Mesir. Nantikan sambungan pengalaman menarik lagi memedihkan jiwa aku selepas ini. Owhh..aku janji akan hupdate as soon as monsoon typhoon. Okeyh! Wuargghhh…ngantuk giler..(mengapa lalat tersebut tiba-tiba mati?) Oh, gosok gigi!

Pramugari Iberia Airlines yang baik dan manja. Manjaaa??!!

Dalam nih ada air sirap limau, kalau haus bleh minum okeh!?

Madrid to Cairo

Barajas Airport, Madrid, Espagna. Por favor sinor? Por que no? Gracias!

Langit Mediteranian

.........

First day puasa, tiada apa-apa berlaku selain diisi dengan ibadah dan . Sila insaf setelah membaca penyataan separa palsu aku sebentar tadi. Ramadhan Mubarak Saeid buat korang semua. Jom kumpul pahala dan kurangkan dosa err...dan juga tayar spare kapal terbang Boeing 773 di perut kita*

*kita= aku tidak termasuk didalam golongan sasaran ini. kekekek...

Friday, August 21, 2009

In Cairo

Assalamualaikum wth.

yela..yela..esok aku update..
Tunggu okeh, baru jumpa tenet dan komputer yang best untuk post.
Iye..aku janji!

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...