Friday, March 27, 2009

Kerja..kerja..

Assalamualaikum wth,

Minggu ni aku agak sibuk dengan persiapan program persatuan sempena cuti musim bunga selama seminggu, bermula Ahad ni. Semua sekolah dan pusat pengajian bercuti. Jadual program cukup pack. Aku tak terkecuali terkena tempias. Nasib baik tugas aku kebanyakannya kat depan komputer je. Kalau tak, mesti jadual tidur aku terganggu punya. Antara program besar yang akan diadakan adalah SINERGI '09. Atau nama panjangnya, Simposium Generasi Glokal Ummah '09. Program yang mengundang khas personaliti Ekonomi Islam dan Muamalat, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman. Blog beliau di sini. Menyedari kelebihan dalam diri aku yang hanya boleh ditemui di katil dan komputer sahaja, aku telah dilantik sebagai Ketua Unit Buku Program, Sijil dan Fail.

Semua pelajar dan rakyat Malaysia di Maghribi mahupun di luar wilayah Celcom, dijemput hadir bersama mengikuti program ini dengan yuran pendaftaran sebanyak DH 50 sahaja. Jika bayar melalui saya, anda hanya perlu membayar DH 60. Ini termasuk yuran gambar anda sebanyak 18 keping tanpa custom album sepanjang program, menggunakan kamera saya. Antara tentatif yang diaturkan adalah Solat dan teori serta perbincangan muamalat Islam. Amat rugi jika DH 50 itu anda anggap begitu bernilai berbanding dengan ilmu yang akan anda perolehi.

Poster ala-ala Ramlee Awang Mursyid. Bukan mata aku. Bukan juga Matahariku oleh Agnes Monica.

p/s: Perhatian kepada semua mahasiswa Morocco. 4 April besday aku. Kek coklat ngan KFC pun dah cukup baik. Kalau baik skit, bawak aku makan shawarma 2 bijik kat restoran bawah pokok tepi Stesen Ketapi Rabat Madinah pun OK. Aku tak kisah. (Budak tajaan JAIS yang baru dapat angpow 5k minggu ni, didahulukan). Boleh kan?

..........

Memang pelik kalau aku rajin. Cukup pelik. Macam-macam aku boleh buat. Apa? Banyak tidur tak bereerti aku tidak memiliki sekeping hati yang bebas dan demokratik. Jiwa aku senantiasa mendokong falsafah cinta akhirat korang tau. Dan kerna methodologi hidup aku yang begitu kompleks inilah, aku mampu memasak bubur ayam.



Abaikan situasi pinggan pengalas itu. Fokuskan kepada hidangan tersebut. Pasti korang akan temui rahsia kejayaan seorang makhluk Allah yang bersaiz pinggang 30 seperti aku.

8 comments:

Sulela said...

Alaaaa...tunjuk gambar jek. Mana resepinya? Adoi la...

Ni kisah benar ke birthday Chidan pada 4 April?

Syahiddmilikku said...

kak lela,
nanti saya masukkan ye kak..
tiada yang benar melainkan yang benar² belaka bahawa 4 april adalah besday saya..huhuhuh..

ekramhakim~ said...

KFC boikot la..

mesy smalam cakap nak kasik raib jamila jer..dah cukup!

Sulela said...

Camtu tak lama lagi la birthday Chidan. Dahhhh tua lagi satu tahun...kekekeke

Syahiddmilikku said...

ekramhakim,
sebab tu saya bagi pilihan KFC atau shawarma..hahahah

kak lela,
umur je kak, muka baby face..hahahah..

Anonymous said...

shidan,

pinggan ko tuh berdaki ke?
haha..

sedap jugak kan ayam tuh..?
wah..~

halim qittun said...

tipula pinggang ko 30, da cam saiz aku je..kje ko mnyedot je shidut. mestila mkn byk..anyway, klu da abes study smbung le kt uia, leh kte anyam ktupat slalu cam dlu, me mlepak kt tpi pdang mkn aruza bi laban di waktu hening mlm bsama ikan..nikmatnya nostalgia dlu, cewah...

Syahiddmilikku said...

halim,
siyes, aku tak tipu.
beb, balik nanti ko buat sepanduk unutk aku ek..kekekek..

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...