Thursday, March 26, 2009

Terbang

Assalamualaikum wth,

Hari ini aku dapat tiket. Tiket flight. Memang tak sabar aku nak bermusafir musim panas tahun ni. Kali ini, destinasi aku ke Bumi Anbiya', Mesir. Bumi Firaun juga. Sebenarnya aku telah ke sana pada tahun 2006. Tapi hati aku tetap nak ke Lembah Nil ini buat sekian kalinya. Memang ada benarnya apa yang dinukilkan seorang penyajak Lubnan dalam sajaknya,

Sekali kau merasai air Nil, Pasti kau inginkan kali yang keduanya.

Flight bertarikh 22 Julai 2009 dengan Iberia Airlines. Aku akan berseorangan sahaja. Tanpa ada teman tapi mesra. Kalau ada sesiapa warga Mesir yang terbaca entri aku kali ni, bagi hint okay. Boleh kita jumpa. Korang juga akan berkesempatan belanja aku Shawarma dan Nasi Pattaya Ayam Lebih kat Restoran Nile Hayyu Sabi' nanti. Aku mesti doakan korang berjaya dalam exam sebab doa orang musafir mustajab.


Bila masa pulak polis salah tulis nama aku nih?

.........

Aku cukup sakit perut dengan tuan rumah aku ni. Memang kepala putar alam. Paip bawah tab mandi ala-ala Spa-Q rumah aku pecah. Bukan nak bertanggungjawab. Sewa rumah serupa rumah Datuk K kat Bukit Antarabangsa. Bila berlaku hal macam nih, kata dah perjanjian. Dia tinggalkan rumah ni dalam keadaan yang baik dan sempurna. Sempurna apa? Cat baru boleh tutup paip karat ke? Nasib baik ada sorang mamat arab yang pasang paip kat bangunan under-construction sebelah rumah aku ni tolong betulkan. Kalau tidak, mau badan buaya-buaya peliharaan rumah aku nih bau kambing gurun. Huh. Memang aku tak puas hati. Kalau tak puas hati, aku suka tidur 8 jam. Itu tak termasuk 8 jam tidur rutin harian. Bangun tidur je, mesti aku lapar. Lepas makan baru hati aku tenang.

10 comments:

Sulela said...

Chidan, nanti jangan lupa snap gambar menarik ek...hahaha (dera, dera...jangan tak dera)...kekekeke

Aimakkkkk...dasat tuuuu...Tidur 8 jam kalau tak puas hati? hohoho

Kak kalau tak puas hati selalu bertukar jadi resaksa je...kekekeke

IdaAnuar said...

maklog tak nak gambar...nak jubah kaler merah jambu..hehehehe.
bukan setakat chidan sorang jer tido 8 jam..hero pn zariyah yang lain pun cam tu.asal aku datang jer kat umah dia sume tak bangun lagi tido...selalu aku gi gegar..

Anonymous said...

salam alaik
lama tak dengar khabar kawan2 lama...
mesti dah tak igt aku lg kan???

jaga diri k?
kensalam all our mahadians mates..

Anonymous said...

Salam.Nak mai mesir k?Bila nk mai nanti ym la aku.Boleh aku belanja tokmiyah yang mahal dr syawarma.Huhuhu

Anonymous said...

8 jam? oh tidak, dengan tilam yang empuk berlapis-lapis, dan katil yang terletak indah di sudut keselesaan, sebenarnya lebih dari 8 jam.

Tension dengan tuan rumah? Dorang memang begitu, baguslah tuan rumah datang, daripada penghuni rumah tetouan kat tingkat 2 tuh, yang di sisihkan, selama 5 tahun sekali je tuan rumah pernah datang. Duit sewa? tepat masa dah minta, lambat membebel macam minah sewel.

Baik korang pakat ramai-ramai, korang patahkan paip tuh, lepas tu korang kikis karat-karat kat paip tu. Peram. Esok dia datang minta duit sewa, korag ajak minum, buat kopi hitam-hitam, lepas tu masukkan karat yang terkikis tadi. Biar dia rasa kemanisan paip berkarat. Lepas tu sepak kepala dia sampai pengsan. dah terbaring, seme berbaris 'dari kiri pijak kepala manusia ni!' Biar hidung ke dahi, dahi ke kaki. huh!

- Uhhu~ komen thriller plak jadinya, teremosi sket. ahha~

Anonymous said...

seronoknye nak pegi mesir! *jeles giler!*

Syahiddmilikku said...

Kak lela,
Dah kompem snap gambar priority utama. Bahaya ni kak lela, akak boleh bermutasi! kekkeke...

Mak Long Ida,
Gambar jubah warna pink x leh ke? hahah..mana tak bangun kul 12, tidor pong kul 4 5 pagi..kuikuikui..

Extraordinarydesign,
lama x dgr citer kawan aku sorang nih. Keep in touch ye. Mana bleh pegang² kan? x pe, kita sms dah le..huhu..

Wahyusuci,
wahyu dari kau ini yang aku nantikan..hahahah..InsyaAllah, kita jumpa.

Alfannani,
kalau tak jumpa lagi bagus bang. Tengok dia pun dah sakit ati..huh..
errr...sape yang patot emosi skang nih? heheh..

kak landaklaut,
saya doakan akak murah rezki nak keliling dunia ngan family. ameenn..

pu3 balqis said...

pengalaman di mesir nnti, jgn lupa kongsi dalam blog tau...
lamanya di mesir..sampai oktober..?

Syahiddmilikku said...

pu3 balqis,
ye, sampai oktober. InsyaAllah.
Tak lama lah tu. sekejap je rasanya nanti.

pu3 balqis said...

wah..bestla.selamat bercuti yer..
dokanlah rezeki ana di sana nnt.
semangat berkobar-kobar nih nak ke sana..(dapat ke tidak pun taktau lagi..huhu)

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...