Showing posts with label morocco. Show all posts
Showing posts with label morocco. Show all posts

Saturday, December 17, 2011

Hujan Meteor Geminids

Assalamualaikum wth,

Setelah meneliti semua sindiran neraka dan juga unsur-unsur partikel MAKIologi yang menerobos ruang komen mahupun serangan secara langsung terhadap diri, maka aku dengan penuh keimanan senipis kain baju artis Malaysia, tergeraklah untuk menghapdate blog ini. Toyyiibb.. Okeh, aku tak bagi alasan kali ni sebab kalau bagi pun, banyak nak cerita. Lagi panjang berjela dari teks Najib kat perhimpunan agung UMNO kang. Chop! Tiada politik disini. Aku terus jelah masuk tajuk ye.

Tajuk diatas berkisarkan sekitar minat aku terhadap astrologi atau astronomi. Ceritakan. (45 markah) Kehkehkeh... karangan SPM sungguh!...(takde org gelak)... Rileks la beb, nak buat lawak sikit pun tak boleh ke? Kasi Disney World blog rumah hantu aku ni. Baik, dulu aku pernah bercita-cita nak jadi ahli falak atau dalam BM, ahli kaji bintang. Ketika darjah 4 jika tak silap, cita-cita tersebut menghuni ruang minda aku. Namun sampai sekarang jugaklah cita-cita tu jadi penghuni je.

So, setiap kali rombongan sekolah ke Pusat Sains Negara dengan Planetarium memang aku letak nama dulu. Tiga tahun mengulang 2 tempat yang sama. Bagi aku adalah satu kepuasan bila dapat tengok teropong besar aka teleskop nan besar lubang hidung Ahmad Nisfu terbabit. Cita-cita aku nampaknya tersemai sejak sekolah rendah lagi. Aku pun baru perasan.

Akan tetapi, sejak aku ke Morocco, perhatian dan perasaan terhadap bidang astrologi makin pudar jugaklah. Tak ambik cakne sangat. Suam-suam kentut. Mungkin disebabkan tiadanya pendorong dan pembakar semangat dalam menerajui bidang ni. Ibu aku baca ayat ni pasti dia jadi pembakar diri aku pakai minyak petrol. Kahkahkah...Bila dah takde yang bakar, takdelah apinya, kan? Begitulah serba-sekepit kisah ternoda cita-cita aku yang lampau.

Nak dijadikan cerita, 3 hari lepas aku baru balik dari Fez bawak tetamu dari Malaysia. Drive dengan kawan aku ni. Bertolak pukul 8 malam dari sana ke Kenitra. On the way tu, aku keluar dari highway masuk jalan kampung. Saja nak tengok pemandangan desa kan walaupun gelap tak nampak apa. Kampung sini bukan macam kat Malaysia. Ada lampu jalan, pekan bagai. Terang. So, aku dengan kawan aku nampak langit tak berawan je lah. Bintang bertaburan, bulan terang. Subhanallah cantik. Tiba-tiba...(bersambung) Memang nak kena lempang!

Weh, sambung kat sini weh! (Jerit lambai-lambai tangan suruh datang) Muzik saspen sambung balik. Tiba-tiba, aku nampak taik bintang kat langit. Aku terkesima. Kawan aku apatah lagi, siap gigit dashboard. Tak sampai beberapa saat, ada lagi satu jalur taik bintang. Lepas tu, ada lagi. Terang dan panjang. Ada lagi. Ada lagi. Ada lagi. Eh, berapa punya ada lagi daa..? Tapi siyes, memang banyak falling stars boleh nampak ketika tu. Menjerit-jerit aku dengan kawan aku tu. Teruja beb! Sape tak eksaited kan tengok taik bintang banyak macam tu. Aku naik high hairan, kenapa banyak sungguh meteor boleh nampak dalam satu-satu masa? Apakah maksud disebalik hujanan tahi bintang ini? Akan berakhirkah ketamadunan manusia? Atau diorang tengah shooting filem Armageddon 2? Aku lekas-lekas meneliti satu persatu kemungkinan itu dalam wikipedia. Okey, empat ayat terakhir aku tambah bagi sedap. Sumimasen!

Sampai la ke Kenitra dan depan rumah, aku masih boleh tengok meteor/taik bintang jatuh di dada langit. Perghh..ayat Usman Awang. Masuk rumah, letak beg terus google Meteors Rain Shower. Baru la aku tahu, malam tu merupakan salah satu fasa hujan meteor Geminids dalam tahun 2011. Tapi Hujan Meteor Geminids ni berlaku 13 dan 14 Disember setiap tahun, jadi, malam tu malam last dan malam akhir jugak untuk tahun 2011. Sambung balik fasa akan datang pada 3 dan 4 Januari 2012. Check jadual sepanjang tahun di sini.

Alhamdulillah, kejadian 3 malam lepas agak memberi perangsang kat aku untuk aktif balik dalam lapangan cerap bintang , walaupun bukan lah sebagai pro tapi cukuplah sebagai hobi yang bagi banyak pengetahuan. Korang pun kat Malaysia boleh join kelab2 falak dan aktiviti diorang lebih menarik. Kat facebook pun ada. Test keyword FalakOnline. Setiap perkembangan fenomena berkaitan astronomi dia akan update. Aku ingat, untuk hujan meteor akan datang, nak camping dengan member-member yang lain. Bawak air panas, blanket, ridsect semua pegi berkelah malam-malam. Mesti indah malam tu. Tengah teruja ni okeh. Siap leleh-leleh air liur kat keyboard.

Aku ada letak video dari pakcik youtube untuk korang. Hujan meteor geminids yang dapat dirakam. Happy watching!


Wednesday, August 17, 2011

Bagaimana anda ke Morocco/Maghribi


Suhu di Rabat agak suam sekarang tapi berangin. Jadi, puasa kali ni takdelah mencabar sangat berbanding bulan-bulan Ramadhan yang lepas. Aku lebih banyak duduk rumah daripada bersidai-sidai dekat luar. Lagipun dekat Maghribi ni gadis-gadis dia boleh tahan tahap dedahannya. Bulan Ramadhan tapi baju tetap nak style akak Katty Perry. Bulan Zulhijjah, Muharram atau Safar apatah lagi. Memang berlambak-lambak Kim Kardashian dengan Pamela Anderson lalu lalang jalan kucing gedik. Elok fuel tank pahala aku penuh, keluar rumah terus kelip-kelip merah. Oleh yang demikian, adalah lebih baik memerap dalam rumah beramal ibadat. Tidur pun ibadah apa! Tiba-tiba rasa insecure. Ahahah..

Sebenarnya, aku nak cerita pasal trip aku ke Marrakech sebelum puasa hari tu. Yelah, mesti korang teruja nak tahu antara tempat wajib pergi sekali seumur hidup tu kan. Kalau teruja lah. Kalau tak teruja, aku nak cerita jugak. Ngehngehngeh.. TAPI, adalah lebih baik aku mulakan dahulu dengan bagaimana korang semua boleh sampai ke Maghribi. So, mudah sikit nak dapatkan gambaran. Kang tiba-tiba pulak sampai Marrakech, tidakkah tak sopan namanya tu melangkah bendul. Bukan apa, nanti aku pung pang pung pang cerita cara nak sampai Marrakech, nak sampai ke Maghribi pun tak nampak jalan lagi. Apa kejadahnya semua ini? Okeh, to our dear passengers, please fasten your seat belt and enjoy the journey. Cewah, baru ada feel sikit ye tak?Link

Baiklah, untuk seseorang traveler bajet hardkore dan pelancong kos sederhana ke Maghribi ada beberapa jalan yang korang boleh gunakan dengan kos yang ekonomi dan murah. Di sini aku hanya senarai kan jalan udara iaitu kapal terbang sahaja okeh. Jalan laut atau jalan darat dari Malaysia aku tak tahu. Naik kapal kargo MISC mungkin murah kot. Tapi aku tak rasa Fatt nak save bajet dengan cara terbabit. ahaha.. Lagi satu, kita sebagai pemegang pasport Malaysia hendaklah mengapply visa seblum masuk ke negara ini. Siapa yang nak keluar Morocco dan nak masuk balik kenalah apply double visa. Ada faham? Baiklah, here we go :

1. LCCT – Stansted, London – Marrakech/Fez

Korang boleh naik Air Asia (AA) terus ke Airport Stansted di London kemudian naik Ryan Air ke Marrakech atau Fez. Inilah jalan yang aku gunakan untuk balik Morocco tahun lepas dengan harga yang super duper MURAH iaitu dengan harga tiket bernilai RM 1060 sahaja. Ini kerana aku beli tiket bila AA buat Merdeka Fairs tahun lepas. Jauh lebih murah dari airlines komersial yang lain seperti MAS, Turkish Airlines, Saudi, Qatar ataupun Etihad. Fo yo infomesyen, harga RM 1060 itu termasuk harga AA dan Ryan Air ye. Siap makan 2 kali, comfort kit dan lebih kilo untuk barang kargo. Murah kan? Lagi murah dari gelang Rosmah Mansor jota-jota rengget tu. Astaghfirullah, puasa. Maaf Kak Ros. Setakat ini, jalan inilah yang terbaik buat kita traveler nan ado ni ye Kemang. Kakakka… Kejap, ada khabar-khabar kentut tersebar disini mengatakan Ryan Air tidak lagi mendarat di Fez. Korang boleh check balik, okeh.

2. Kuala Lumpur - Istanbul – Casablanca

Dari Malaysia ke Istanbul korang akan naik MAS. Boleh tapau kacang masin MAS kat stewardess kalau korang nak. Serius sedap. Back to the point. Daripada Istanbul ke Casablanca pulak korang akan naik Turkish Airlines. Harga untuk route ini bagi aku masih berpatutan dan selesa bagi yang nak melancong dengan kos sederhana. Harga tiket pergi balik adalah sekitar RM 3500. Itu harga paling maksimum. Lebih dari harga tu jangan beli. Pegi Pasar Payang kat Terengganu beli kain batik 5 helai bagi mak korang lagi baik. Macam tahun lepas, ada tiga famili student sini yang datang Morocco melalui jalan ini dengan harga tiket return RM2000 per kepala. Diorang beli kat Matta Fair menurut pak cik terbabit. Oleh yang demikian, sila lah ke Matta Fair PWTC untuk merebut peluang tersebut. Plus, kalau korang ikut Turki, korang boleh transit 2-3 hari macam yang aku buat nak balik Malaysia tahun lepas. Syiok oo Turki. Orang dia baik-baik. Kepada Akak Kucing, akak boleh buat review restoran kat Morocco pulak. Asyik Restoran Nasik Arab je. Keskeskes..kite bakor!

3. Kuala Lumpur – Doha/Abu Dhabi – Casablanca.

Jalan ni sama macam jalan kedua diatas. Harga pun lebih kurang sama dan boleh dapat murah sekitar RM 2000 tiket return masa Matta Fair. Penerbangan yang available adalah seperti Qatar Airways dan Etihad Airways. Tapi Doha dan Abu Dhabi adalah transit paling tak best. Paneh! Buat penat nak jalan kat sana. Rugi pakai Fair and Lovely empat botol, balik kulit rentung macam mumia.


Okeh, aku dah pun senaraikan pintu masuk ke Morocco aka Maghribi. Jadi sesiapa nak datang, boleh la contact aku sementara aku ada kat Morocco sampai bulan 3 tahun depan. Boleh kita berfoya-foya sesama. Jangan risau la, takde aku nak ngap duit nye. Aku pun bukan otak bisnes punya orang. Bila lagi nak jumpa korang kat obersi kan?

Owh..aku lupa. Ada benda aku nak bagitau kepada sesiapa yang minat lowest budget trevel dan minat nak kenal budaya masyarakat sedunia, ini aku bagi link laman social CouchSurfing. Bagus web ni. Daftar dulu dan korang boleh la request nak duduk rumah kenalan dalam web tu dalam tempoh tertentu. Diorang boleh tolong bawak jalan-jalan sekali kat town diorang. Best kan? Jangan risau, kita boleh tahu yang mereka sangat boleh dipercayai dengan baca review dan recommendation dari orang yang pernah tumpang tinggal sebelum ni. Macam shopping kat E-bay lah. Minggu lepas baru je diorang buat Iftar ramai-ramai user couchsurfers dari Rabat kat McD. Tapi aku tak pegi la sebab ada Iftar tempat lain.

Apapun, aku ucapkan Ahlan wasahlan ,Marhaban Bikom dan selamat datang ke Tanah Andalus, Maghribi. Jumpa entry lain. Aku nak tidur jap. Mengantuk lepas-lepas subuh ni. Demi korang aku sanggup tau. Ececeh..okeh, aku dah macam cipan kena tembak ubat pelali dah ni. Aku nak tidur kejap barang sedas dua ni. Bye and assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Monday, June 27, 2011

Khabbazat Dos

Minta maaf semua. Baru tadi sampai dari Rabat. Biasa lah, berfoya-foya kat sana best sikit dari Kenitra ni. Okeh, boleh kita sambung sikit lagi entry Khabbazat numero uno yang lepas? Kali ini, kita tengok details pulak.



Thursday, June 23, 2011

Khabbazat Uno

Murid-murid, jom kita buat lawatan sambil belajar di Khabbazat! Nama khabbazat diambil sempena banyaknya peniaga roti disini dimana diambil kata asal dalam bahasa arab iaitu "khubzun"= roti.

Student Malaysia di Kenitra nak beli barang dapur, beras thailand, baju, baju dalam pakai buang, seluar, seluar dalam cepat hilang getah yang murah mesti pergi tempat ni. Lorong-lorong yang sesak dengan manusia, peniaga, muda-mudi dan golongan senjakala nak masuk isyak pun berkumpul disini.

Sesiapa bukan kaki sosial, tempat ini bukan dunia anda.

Tengah jalan pun dia sapu.

Chow Kit Road..chow kit road..

Lorong ibu-ibu, gadis-gadis, wanita, dan wanita jadian.

Rempah-ratus, biji-ratus, dan pelbagai ratus lagi.

Atuk pakai topi, brader baju takde lengan dan wanita bertudung.

Jus Lemon. Sedirham secawan. Dua cawan dua dirham. Kalau 4 cawan, 10 cawan, 34 cawan, tak sejuta?


Baik murid-murid, pi amik nasik lemak makan dulu ye. Esok cikgu sambung okeh.

Sunday, June 19, 2011

Shinua


Petang tadi, saya teman kawan ke Khabbazat. Nanti saya buat entri pasal tempat ni. Mahu cari dompet katanya. Alang-alang, saya pun teringin nak membeli Al-Quran baru. Sejuk perut orang tua saya baca statement tersebut, kan? Siap bergegar tiang Arashy. Bukan apa, Quran yang saya biasa pakai baca sejak form 3 hilang lepas pindah rumah tempoh hari. Korang baca quran tak? Marilah kita baca serta hayati kandungannya. Mudah-mudahan terang kubur kita nanti, Ameen ya Rabb. Jangan tunggu orang mati baru nak baca. Itulah mentaliti Melayu kita. Al-Quran panduan orang hidup untuk bekal akhirat esok. Sejuk perut ibu aku lagi. Siap beku-beku.

Sedang sibuk pilih-pilih, tengok tulisan, lawan tarannum bagai dengan brader jaga kedai tu, "shinua", satu suara kelat-kelat pahit berbunyi di belakang saya. Mahu sahaja saya menyiku barang sesiku dua pemilik suara terbabit. Mama arab rupanya. Kalau gadis, mahu sahaja saya pinang disitu juga. Orang Morocco memang kuat terkesan dengan Kung Fu, Jet Li, Jackie Chan dan segala macam unsur berkaitan China. Sampai semua orang asia macam kita akan digelar Cina/Shinua. Baik kulit kuning langsat, kuning raja, sawo matang, coklat, kelabu, penghabisan kaler, hitam, asal mata sepet sikit, shinualah anda. Asalnya dalam French, Chinois. Bunyinya shinua lah. Bahasa kedua disini bahasa Peranchis.

Dan mama bertayar spare lori balak diperutnya itu siap tanya, saya nak masuk Islam kah? Dah fikir nak baling kasut macam kat muka Bush, tapi oleh kerana adat ketimuran saya masih menebal setebal perut mama itu, gelak pun cover bau mulut pakai tangan, satu persatu saya perjelaskan yang saya adalah orang Malaysia yang beragama Islam dan ingin membeli Al-Quran sahaja serta tidak akan membunuh insan lemah seperti mama arab itu. Mama arab itu mengangguk lantas membayar harga minyak atarnya. Bagi laki dia agaknya. Kasihan laki beliau, pakai minyak atar bau Batu Caves.


Next entry, Khabbazat!

Wednesday, June 15, 2011

Empat tahun dulu

Empat tahun dulu, tak terbayang di kepala hotak bahawa saya akan pakai kasut FILA beli dekat bundle Kajang, di Morocco. Tetapi, setelah empat tahun disini, saya tersedar..

I Love Morocco!


Add Image

Tengah terbayang nak buat rumah Mediterranean Concept kat Malaysia. Kang tak kawin pulak.

Friday, June 3, 2011

Ekoley

Assalamualaikum wth.

Korang tahu, sekarang ada virus Ecole (sila baca "e-koley" dan bukan e-COLI). Virus ni terhasil daripada sayur-sayuran yang berpenyakit dan telah merebak ke beberapa negara eropah bermula dengan Germany. Kira food-borne bacteria la. Setakat yang saya dengar berita di Aljazeera International (sumber tak nak kalah..kekek), 15 orang mati dan ratusan jatuh sakit. Suratkhabar cakap virus ecole tersebut datang dari Spain. Sebelah Morocco je beb. Kalau virus tu mengamuk datang naik tongkang menyeberang selat Gibraltar dan buat kacau kat sayur-sayur kat Morocco ni, tidakkah saya terpaksa berhenti makan timun Sepanyol yang manis dan lazat itu?

Inilah timun Sepanyol terbabit. Rangup, manis dan lebih sedap kalau dapat free.
Sumber : curi di Google


Saya harap entry diatas dapat melupakan korang semua yang saya tak update blog selama sebulan. ahaha.. maafkan kami..maafkan kami..maafkan kami..maafkan kami... eh, berapa banyak punya maaf daaa...

............................
Saya rasa internet rumah saya pun dah dijangkiti ecole. Upload sekeping gambar dua kali Jumaat baru habis. Mereka yang tak pergi sembahyang Jumaat mungkin rasa sekejap kot. Entahlah.

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...