Sunday, January 1, 2012

Salam Tahun 2012

Assalamualaikum wth.

Pertamanya, aku ucap salam tahun baru 2012 kepada semua yang nak baca blog ni. Sekejap sungguh aku rasa 2011 pergi. Macam angin sendawa. Sekali keluar. Buruk betul bunyinya. 2011 boleh oleh aku sifatkan tahun yang mencabar jugaklah. Banyak benda berlaku tapi taklah menggembirakan sangat. Tapi sekurang-kurangnya meningkatkan kematangan aku yang tak seberapa nak matang ni. "Sekurang-kurangnya" lah. Kalau tak matang langsung kang, masuk sotkabar Utusan muka depan "Pelajar Malaysia di Maghribi Main Batu Seremban Depan Pasaraya Sorang-sorang". Itu bukan tak matang namanya. Itu gila meroyan.

Tahun baru azam baru. Siap gantung azam tepi katil letak bling-bling lagi, kan? Kertas tulis azam tahun lepas memang konyok-konyok dah bawah katil. Aku? Azam? Jauh panggang dari api! Sebab kalau aku berazam, alamat azam tu bak ikan pekasam. Buat hari ni, perap, hujung tahun nanti boleh goreng, makan dengan nasi putih panas-panas. Lepas try and error , dapatlah aku simpulkan bahawasanya azam tahun baru is not my thing. Penat cuba. Hari pertama berAZAM, minggu depan tiba-tiba jadi alzheimer. Azam? Apa tu? Lagu baru Najwa Latiff kat youtube eh?

Akan tetapi, aku bukanlah skeptikal sangat bab azam tahun baru ni. Walaupun ianya tak berkesan kepada diri aku, tidak semestinya ia tidak berkesan dan positif kepada diri orang lain. Aku sokong je sesiapa yang nak berazam. Itu petanda dia manusia yang bermotivasi dan ada keinginan untuk majukan diri.  Apa yang penting, kesungguhan korang ke arah yang lebih baik dari diri yang lama. Ikut cara sendiri. Korang selesa, mission accomplished, full stop. Next mission. 

Okey, ini bukan azam . Ini niat. Aku sangat berharap dan berdoa kepada Allah supaya bermula 2012 dan seterusnya adalah waktu permulaan untuk aku devote kepada keluarga. Aku sangat berhutang kepada ibu ayah yang dah berkorban terlalu banyak untuk segala-galanya diri aku sekarang. Aku nak buat diorang gembira dan merasa apa yang mereka dah "bayar" selama ni. Buat adik-beradik aku yang lain juga. Aku nak minta maaf kat diorang sebab banyak bersabar dengan perhatian yang ibu ayah aku berikan lebih sikit untuk aku sepanjang kat luar negara. I wanna pay that 'debt' too. Seriously. InsyaAllah. Disamping tu juga, dengan bertambahnya umur akan menjadikan aku lebih refleks dengan personaliti dan peribadi muslim yang lebih positif. Aku doakan korang semua serupa. Ameen Ya Rabbal Alameen.

Baiklah, selamat berhujung minggu dan berawal tahun. Jangan buat maksiat kat KLCC malam tahun baru okeh! Pesan kat sedara-mara, anak buah, anak sendiri, abang, kakak, cucu, tok ngah, pak andak jiran semua. Baik tengok Ustaz Azhar. Ada pekdah.

Wassalam.




4 comments:

Hafizi Tajuddin said...

Syidut... apa habaq?
Nak Komen apa ya?
Cuma nak pastikan saiz pinggang hujung tahun nanti?
Takut berpinggan-pinggan...

Arena said...

Salam, lama saya tak singgah. Tengok gambar kat banner tu, tergelaksendiri. Saya pon ada gambar pakai payung depan aya sofya. Payung see thru gitulah, hahaha.

nurleeta said...

salam.......bulan dua baru akak nk wish..happy new year..hehe

DrSinga said...

sawangnyaaaaaaaaaaa

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...