Saturday, October 20, 2012

Post Entry : Bazaar Ramadhan Highlight


Assalamualaikum wth,

Walaupun puasa dan raya dah tutup buku, aku memang nak highlight beberapa perkara masa berniaga di bazaar Ramadhan bulan lepas. Banyak yang aku belajar dari pengalaman ini. Ada masa rasa seronok, menyakitkan hati, berbelah-bagi, terbelah-belah, pelik serta macam-macam lagi.


1. Akak jual 16 jenis kuih sebelah gerai aku sangat baik dan motivated. Tak lokek ilmu meniaga. Dia ajar cara nak buat kuih banyak jenis sehari. Dia tak pakai saka tapi gajikan dua pekerja Indonesia. Dua kali dapur terbakar. Kali pertama brader jual air kat depan tolong padam. Kali kedua puasa ke-18, aku yang padam. Rasa hero sangat. Aku syak wasangka cikaro jual nasik ayam dara depan aku tu ushar kegentelmenan aku padam kebakaran itu. Hidung pun tak abes kempis sampai skang nih.

2. Ada regular customer untuk setiap kuih dan laksa yang kami jual. Siap pesan simpankan untuk dia esok. Akak keje bank HSBC Kajang drive Exora beli kuih keria mesti RM4 asing dua plastik. (kau, siap stalk!) Nak bagi jiran dia katanya. Tak pastilah dia balun sensorang. Kekeke...yang pasti pukul 4.30 aku dah siap bungkus untuk dia. Dia datang terus bagi. Sangat efektif.

3. Ada pakcik setiap hari beli laksa. Pakai spek hitam bulat. Jalan tangan kebelakang. Siap tawar harga. First dia datang, memang hangin. Laksa RM3 tapi dia nak dua RM5. Dia siap cakap kalau RM6 dia tak nak beli. Kerek kot. Ingat laksa kami ada harga ahli ke pakcik? Malas nak cakap banyak, kak ngah aku bagi je. Sejak dari tu, setiap hari dia jelah dapat dapat harga ahli seumur hidup. Ahaha...

4. Paling seronok, panggil orang beli. Gile. Bila aku buat macam tu kali pertama, seolah-olah aku menggadai maruah korang tau. kahkahkah...tapi bila dah jerit, orang datang hilang terus perasaan tak bermaruah tu. I'm feelin' good, bebeh. Jerit lagi. Lepas tu, jerit lagi. Laksa..laksa..laksa.. Penaaaaannnnggg...!! Kuih keria, koci, lepat pisangggg...!! Paling tak tahan, brader jual air tepi aku siap pantun lagi. Suara punya kuat. Askar katakan. 

Abang pulang dari kerja,
Adik pulang tengok wayang,
Abang pulang bawak benda
Itu tanda kasih dan sayang! 

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga boleh kucari,
Mana nak sama ayaq tiga blas balang!

Siap kira balang air warna warni  dia jual tuh. Tak boleh blah. Budak bujang depan aku pun jual air jugak. Lima balang je. Ayat dia jerit, "Yang lawa bagi free, yang lawa bagi free!" Gile racist. Kesian mana pompuan yang sendu kan? Tapi, tips jerit panggil orang kat sini, jangan jerit sebelum pukul 6. Kesat tekak jerit awal-awal. 

5. Ini part best. Ada sorang makcik bawak Herrier hitam ni, setiap hari datang gerai kami. Beli kuih dan laksa. Kalau tak beli pun dia datang datang tegur ok ke tak bisnes. Something fishy here. Pelik sebab gerai pertama dan terakhir dia singgah, mesti gerai aku! Tibalah satu hari dia datang dengan anak pompuan dia. Aku berborak kat belakang dengan pak Uda aku, dia tengah beli laksa. Kak Ngah pot pet pot pet konon nak berbual sambil masukkan laksa, rupanya dia dok bisik dengan anak dia, "tu lah dia, pakai baju biru tu" sambil pandang aku. Kak Ngah aku perasan dan siap dengar sekali. Diorang mungkin tak sedar yang Kak Ngah aku tu perasan dia buat cenggitu. Dia pergi je, kak ipar aku cerita. Aku seram sejuk okeh. Yang lain pakat gelak aku dah. Sejak hari tu, nampak je keta Herrier dia aku dah start buat-buat masukkan kuah dalam plastik tak pun larik ke belakang. Segan. Ibu aku lagi kejam. Dia suruh aku kawen dengan anak dia, pastuh kikis rete mak dia. Mona Fendi betul idea ibu aku tu. Bila seminggu nak raya, aku stop berniaga. Akak yang sebelah aku siap bagitau yang makcik tu carik aku. Kalau makcik terbaca blog saya nih, sila komen ye. saya nak mintak ampun. ngehngehngeh...

6. Satu-satunya gerai yang selalu datang lewat tapi balik cepat sebelum pukul 7 p.m. Kadang-kadang pukul 5.30 baru bukak. Kesian customer yang datang cepat, tengok-tengok tak bukak lagi. Kepada gerai lain, sori ye, kami ni peniaga kecik-kecik je. Income tak riban-riban serupa kome. Tapi kualiti kami tetap terpelihara. 

7. Ada sekali, dua brader Pakistan datang beli kuih. Sepupu aku form 1 offer nak tolong layan. Bahasa Inggeris brader tu sangat menakutkan. Tak paham langsung. Sampai sepupu aku tu tak tau nak balas apa. Aku ke depan bila tengok keadaan tu. Dia MUNGKIN tanya berapa harga kuih tu, agak akulah. Aku sebut "Price?" Dia terus "yes!". Ceh! Aku pun cakap RM2 for five pieces. Dia boleh tak faham. Aiyak, masalah betul. Dia ni boleh ke tidak cakap omputih? Last option, aku gamble cakap URDU! Ko ada? ahaha...berkat tengok hindustan, aku test. "Panch, Do ringgit" (lima, dua ringgit) siap geleng-geleng kepala. Mak uda aku dah gelak-gelak dengan kak ipar aku. Brader tu senyum. Syabbas! Dia cakap camtu kat aku. Suka pulak dia. Tadi beriya tak paham. Hantu betul. Akhirnya dia beli 10 bijik. Nasib aku paham sikit bila dia sebut ''das" maksud sepuluh.Kalau dia balun urdu lebih, memang aku balun mata se"das" balik. Sekati jugak peluh aku petang tu. 

8. Ni yang tak berapa best sangat aku nak citer. Bila meniaga ni mesti ada masalah. Tak kita buat masalah mesti orang lain bagi masalah. Antara masalah di bazar Ramadhan, kat pasar malam aku tak pasti adalah orang lain makan kawasan/tapak yang kita sewa. Mak Uda aku sewa dua tapak. Awal-awal 3-5 hari meniaga ok lagi tapi bila masuk hari keeenam something happened. Kami datang petang tu dan khemah kami tersekat dan meja menyesak ke arah meja akak baik sebelah kanan kitorang. Selalunya memang ada lebih kurang sehasta lebih ruang untuk keluar masuk depan belakang tapi petang tu, tak sampai sejengkal. Akak tu tak cakap apa-apa. Tengok air muka dia macam nak bagitau sesuatu. Memang sahlah. Orang sebelah kiri kami masuk tapak kami sesuka hati pacak payung baru, bukak meja satu lagi untuk kuih dia. Tak cukup ke 4 tapak dia jual air tu? Petang itu, kedaan tegang je. Kami tau dia dah 5 tahun berniaga disitu, tapi hormat la orang kan. kita sama-sama cari rezeki. Mak Uda aku tak bersuara. Semua panas je. Sabar sebab puasa. 

Esoknya, Mak Uda dan Pak Uda aku datang lagi awal dari "atuk kebayan jahat" tu. Dia selamba alihkan meja payung atuk tu keluar dari tapak. Bukak payung, tarik balik meja kami balik ke tempat asal. Barulah bernafas balik. Mak Uda siap letak batu berat kat kaki payung seolah-olah bagitau, "Hello grandfather! Kawasan ni gua yang pegang lu tau!" Atuk tu datang nak bukak gerai, dia tengok kawasan dia ceroboh semalam dah kena rampas balik. Payung dia pulak menyesak. Rasain loh! Sejak haritu, dia pun macam paham je. Nasib anak perempuan dia baik dengan kitorang.

9. Highlight paling keji sepanjang aku berniaga bazaar Ramadhan dituju-tujukan kepada peniaga yang TAK PUASA. Korang jangan tak tau, ramai peniaga yang TAK PUASA hampir SETIAP HARI! Ini yang buat aku sangat-sangat terkejut. Aku pun perasan benda ni hari kedua bila tengah syok aku kacau kuah laksa, mata aku tertangkap seorang brader jual ayam bakar/percik selang satu gerai bawak masuk air dalam kereta. Aku ingat dia nak bawak balik untuk bini dia tup-tup sumbat mulut sendiri. Pergghh...neraka betul perangai. 

Ingatkan setakat haritu aje. Sangka baiklah dulu kan. Mana tau dia penat sangat baru balik dari Kelantan ke pagi tadi. Bila esok, dia kunyah burger pulak. Alamak mambang, kau tak puasa lagi mambang. Yang pelik, bukan dia je, empat lima orang lagi budak gerai dekat-dekat situ pun sama jugak saitonnirrojim. Depan orang okeh, aku ulang, DEPAN ORANG! Sampai hari seterusnya, mata aku dah detect muka-muka jembalang yang tak puasa. Merokok paling mudah nak tengok. Lebih sepuluh orang ye tuan-tuan puan-puan. Orang yang sama dan semua adalah peniaga dan paling memalukan semua adalah LELAKI! Sorry, aku pakai caps lock banyak sangat. Bengang weh. Buat malu kaum. Kalau tak malu ngan Tuhan, paling kurang malu lah dengan manusia. Jadi, hati-hati bila nak beli kat bazaar Ramadhan. Pilih dengan mata hati, bukan nafsu. Tapi tak semua peniaga macam tu. Ramai juga yang baik. No offense.


10. Adakah anda kenal dengan wakil rakyat anda sendiri? Mengikut statistik, 40 peratus pengundi tidak mengenali wakil rakyat mereka sendiri. 20 peratus aku dan 20 peratus lagi akak ipar aku. Punya tak tahu petang tu wakil parlimen Hulu Langat, YB Dr. Che Rosli Che Mat turun bazaar tempat aku berniaga. Tengah sibuk-sibuk susun kuih, kacau kuah laksa tiba-tiba  ada PAK CIK ni tanya khabar. Kak ipar aku penuh kompiden promote laksa penang dia. Aku pulak pegi promote lelaki sebelah PAK CIK tu, "Keria, lepat labu, lepat pisang, koci ada pakcik". Muka sorang-sorang innesen abes. Pelik, apasal penuh semacam gerai aku nih? Semua berkopiah. Malaikat nak tolong aku beli semua kuih laksa ke? PAK CIK tu hulur tangan kat aku nak salam. Aku sambut. Dia tanya aku, "duduk mana?" "XXXXX" jawab aku. "Bisnes ok?" "Alhamdulillah PAK CIK". Pak cik sebelah PAK CIK ni mencelah, "Ini YB Dr. Che Rosli, wakil parlimen kita. Kami buat tinjauan di sini." Tak tersembur air ketuban kau dengar? Apalagi, kepala senget gentel hujung baju aku malu. Apa khabar Dr? hikhikhik..menggeletis aku berdua. Kahkahkah..tak boleh ingat mende tu. Rasa mau tutup payung gerai, pehtu bawak lari periuk belanga tinggalkan tempat kejadian secepat mungkin.   

YB. Dr. Che Rosli
Lu tak kenal wa ha? Hulu Langat wa pegang lu tau!
 Apapun, pengalaman bazaar Ramadhan memang takkan aku lupa sampai bila-bila. Dan aku ok kalau dapat peluang ni di masa depan. Korang bila lagi?

Sori. Aku bizi. Bisnes lagik. wohoo..! Alhamdulillah.
Wassalam

2 comments:

kucingorengemok said...

kah kah kah, kena usyar! tolong pm untuk saya bagi alamat nak hantar kad jemputan nanti ye ;)

makcikkantin said...

syabas bro, entrepreneur in the making

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...