Macam tahun-tahun sebelumnya, dah jadi perkara biasa, awal tahun mesti ada azam baru. Kalau takde tu kompem kena keji la! Semua nak kutuk beliau beramai-ramai kan. Sedangkan tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Apakah? Secara teknikalnya, aku nak bagitau yang aku takde azam dan tidak biasa untuk berazam setiap tahun. Oleh kerana sifat Succes in Laziness yang telah sebati dalam jiwa sanubari, keAZAMan bagi mencapai sesuatu cukup dipandang enteng makhluk seperti aku.
Namun! (Apahal ko nih? kau fikir cerita Ju On kah nak saspen-saspen!?)
Namun! Sekali lagi. Aku dah senarai
1. Nak beli biola. Faktor tengok lelaki main biola adalah sangat cool merupakan faktor sepunya terbesar bagi wishlist pertama ini. Tetapi saya pasti disula dan dibakar secara kejam dan ngeri oleh ibu saya andai beliau mengetahui hasrat sadis sebegini lahir dari lubuk hati nurani anak beliau sendiri.
2. Handset Nokia 5310 Express Music. Menurut kajian, aku adalah manusia paling lama memiliki top up 50 hinggit dalam jangkamasa 3 bulan. Ini kerana faktor tiada syahwat terhadap budaya SMS apatah lagi ketiadaan teman wanita untuk bergayut menambahkan lagi suasana pilu dihati. Oleh kerana itu juga handset saya tidak pernah berharga lebih dari RM 100. Tapi atas dasar suka dengar lagu-laguan, saya kunci wishlist ini Aznil!
3. Europe Tour. Banyak tempat aku nak pegi kat Eropah antaranya yang tertera dikaca televesen anda. La tour Eiffel France, Belgqiue, Germany,
4. Berhajat belikan ibu saya sekalung
5. Spring/Summer belted grey jacket. Sila rujuk gambar rajah berikut :
To die for. Fullstop.
Itulah wishlist yang saya inginkan pada 2011 ini. Saya berharap agar ianya dapat dicapai oleh agama, bangsa dan negara. Adalah menjadi satu hasrat, agar kita semua mampu merealisasikan azam yang telah disematkan di dada mahupun di kaki ataupun di telinga, selagi mana ia boleh menganjakkan paradigma kearah insan yang lebih maju dan berdaya saing juga berpotensi besar sebagai masyarakat cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan itu, sambutlah salam 1Malaysia, salam tahun baru, wabillahitaufiq walhidayah, Assalamualaikum wth.
(Sorry, malas nak taip penutup, aku copy je ucapan Najib. Larikk!).
6 comments:
tersontap paklong baco bahaso ekau dan...hahah apo2 pun selamat tahun baru..semogo tercapai lah azam2 tu..insyallah
wah.. makin maju yer.. laju update.
jeles2
pak long,
tersontap? ahahah...jangan tersantau da la pak long, muntah darah kang...uhu~
Pu3 balqis,
kita nunggu dia nak update la nih..
psstt..beli henset kat atas tu ok dah, ganti enset lama tuh..ohoho~
panas wehhh Malaysia ni nak ber 'Spring/Summer belted grey jacket. '
disebabkan aritu ko da lame xhapdet, baru arini aku pasan yg blog ko da terhapdet..huh~
veri de kongret aku ucapkan :-p
Drsinga,
sebab tu jaket tersebut 'to die for'.
mati pun takpe asal dapat pakai..ahahah..
faru,
menagku dulang paku serpih, ko tu bila nak update?
Post a Comment