Monday, March 7, 2011

Musibah yang berbunga

Assalamualaikum wth,

Lebih kurang jam 3.45 petang waktu Maghribi atau jam 12.45 waktu Malaysia, saya dikejutkan dengan berita yang dimaklumkan oleh ibu saudara saya melalui facebook mengatakan adik lelaki saya ditimpa kemalangan jalanraya. Agak lewat saya dikhabarkan tentang kejadian itu. Mujur tergerak saya membuka facebook. Sejurus itu, saya bergegas menghubungi ayah saya yang berada di Hospital Seremban. Ayah yang bersuara agak sugul memberitahu bahawa adik saya dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh pemandu berketurunan India sekitar jam 5.30 petang waktu Malaysia. Ceritanya, adik yang membonceng motosikal sedang dalam perjalanan pulang dari hotel tempat beliau praktikal di Port Dickson ke rumah di Beranang melepasi lampu isyarat hijau simpang empat betul-betul berhadapan hospital Tuanku Jaafar Seremban. Namun pemandu kereta tersebut bukan sahaja melanggar adik saya tetapi turut 'melanggar' lampu merah di salah satu simpang itu lantas menyebabkan kemalangan itu berlaku. Saya yang mendengar ayah bercerita redha dengan kejadian itu, tetapi saya cukup tidak berpuas hati apabila diberitakan pemandu gila itu melarikan diri sebaik merempuh adik saya yang menyebabkan bibirnya terkoyak, patah dua rahang dan dagu serta mengalami bengkak otak. Adik saya sempat dihantar ke Hospital besar Seremban oleh seorang pemandu juga berbangsa India. Sebab itu saya tidak menyalahkan sesiapa atas dasar bangsa atau anutan tetapi moral manusia itu sendiri!

Adik saya masih dihospital dan saya di SMS oleh abang saya yang mengatakan adik kami telah stabil cuma masih belum sedar kesan anesthetic dose. Syukur Alhamdulillah. Tujuan saya bercerita di blog ini hanyalah sekadar melepaskan galau di hati yang berjauhan dari tanahair. Ini sahaja yang mampu saya lakukan selain berdoa dan berdoa agar dipanjangkan umur adik saya serta selamat semuanya. Saya tiada masalah langsung untuk berjauhan dengan keluarga dan tanahair seberapa lamapun kerana sudah biasa begitu sejak bersekolah asrama dari ting. 1 hingga terbang ke maghribi 4 tahun lalu. Tetapi keadaan sebegini yang meluruhkan sedikit perasaan saya tatkala orang tersayang ditimpa musibah. Tak mengapalah, kerana saya fikir semua ini terkandung hikmah di baliknya. Antaranya yang saya lihat perkara sebegini merapatkan semula tali ikatan kekeluargaan. Saya tahu, adik saya ini tidaklah begitu baik hubungannya dengan Along(abang pertama). Bukanlah bergaduh cuma tidak rapat atas faktor tertentu. Ketika berhubung dengan ayah tadi, saya agak tersentak apabila Along sayalah yang bersungguh-sungguh menemani adiknya untuk malam ini di bilik pembedahan. Saya mula merasakan musibah ini sudah memutikkan buah yang cukup manis. Bukan sekadar musibah yang kosong tetapi ianya mengandung banyak hikmah yang kadangkala kita tidak mengerti dari arah mana ia berputik.

Saya sekeluarga berharap para pembaca blog saya sudi mendoakan kebaikan buat adik saya, Mohamad Shaziman bin Mazlan agar dipulihkan seperti sediakala dan diberkatkan umurnya, InsyaAllah. Hanya syurga buat kalian dan keluarga mampu saya doakan. Terima kasih. Wassalam.

Adik saya(kanan)
..............................

Juga Alfatihah dan takziah kepada keluarga sahabat blogger saya yang telah meninggal dunia 3 hari lalu. Wan Ahmad Fadzil atau nafastari telah dijemput menemui Allah kerana terbabit dalam kemalangan ketika perjalanan pulang menemui keluarga di Malaysia. Moga roh beliau diangkat dikalangan hamba2 Allah yang soleh. Ameen. Alfatihah.
Berita penuh boleh dibaca disini

3 comments:

DrSinga said...

hoh ??!!
apa khabar adik sekarang?
hope he is okeh!!
.
.
al-fatihah untuk kawan awak itu..

Syahiddmilikku said...

kak singa : He's recovering, alhamdulillah. innalillahiwainnailaihiraji3uun..

yanabaudin said...

semoga adik syahiddan cepat sembuh!ameen!

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...