Saturday, May 14, 2011

Imaginasi Cemerlang


Assalamualaikum.

Saya telefon ayah saya pukul 1.30 petang waktu Maghribi semalam bersamaan pukul 9.30 malam waktu Malaysia. Saya tanya dah makan ke belum, siapa ada kat rumah, ibu masak apa dan sebagainya.

Kemudian, saya tanya tentang adik saya yang kini bersekolah tadika 6 tahun. Budak ini kurang tahu untuk memberitahu sesuatu nama atau kata khas bagi sesebuah subjek. Tetapi cukup cerdik menggambarkan sifat atau keadaan subjek tersebut. err..faham ke matlamat ayat ni?

Satu hari, ayah saya teringin nak memberi adik saya wang saku sebanyak seringgit walaupun tiada kedai atau kantin di tadika tersebut kerana pihak tadika ada menyediakan makanan.


Ayah saya lantas menyerahkan wang kertas berwarna biru cair siap lipat dua lagi. Adik saya lantas berkata, "alaa, nak duit warna hijau boleh tengok sebelah tu"

Imaginasi cemerlang kadangkala berbahaya. Saya mula risau pendidikan seks di sekolah rendah nanti.

5 comments:

ali imran abd rahman said...

syes x pham...

en_me said...

rindu kat kampong kanns.. ehehe, salamm ziarahh

Syahiddmilikku said...

ali,
saya paham je..kekekek

en_mi,
salam kenal2 encik mi. sangat gembira incik sudi ke rumah hamba. saya suka fotografi macam incik...tapi gambar sgt la vogue..siyes...

DrSinga said...

len kali boleh mintak kaler pepel pulak...

Syahiddmilikku said...

kaksinga,
kalo dia mintak kaler pepel..alamat putih la mata ayah saya..kekeke..

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...