Saturday, May 14, 2011

Puan Zairiyah Othman

Assalamualaikum wth.

Saya rajin pula ber'blogwalking' sekarang. Semua tulis? taip? post? pasal ibu mereka bersempena Mothers Day. Takkan saya nak ketinggalan juga kan? Nanti mesti ada mulut sinis cakap "aku sayang mak aku, kau je yang tak" Well, it hurts me a bit but a word won't let me down eh. Ter'speaking' pula.

Ibu saya bernama Zairiyah binti Othman. Saya letak nama penuh beliau ni dan tolong la jangan bomohkan dia ye. Sebab dia baik dan terlalu baik. Dia cantik, awet muda dan Alhamdulillah kecantikan beliau turun kat anak dia yang tak tahu dia hensem ni. Ehe~ Mungkin kerana ayah beliau aka datuk saya berdarah Thailand. Tak pasal.

Ibu saya sangat kuat bekerja demi keluarga. Tapi dia bukanlah ibu tunggal kerana ayah saya masih hidup dengan kacaknya. Saya fikir, buku jingga Anwar Ibrahim pasti dapat dilaksanakan kurang seratus hari jika ibu saya diangkat sebagai pakar strategi PKR.

Untuk ibu, terima kasih kerana melahirkan saya dengan penuh jayanya dan memberikan kami apa yang terbaik. Ketahuilah, tulisan ini bukanlah kerana Hari Ibu, tetapi kerana kaulah ratu.

Maaf kerana saya sedang terbayang seorang kanak-kanak perempuan bergaun putih sedang menyanyi lagu 'Ratu hatiku' sambil minum susu Nespray di sebuah ladang lembu.

Hargailah ibu dan bapa sementara mereka masih ada. Jangan salah faham, Ibu ayah saya masih hidup. Terima kasih.

6 comments:

ali imran abd rahman said...

So Sweat...

rykhel hyunsu said...

terasa nak komen. kalau mak ko baca nih dut, tak tau la beliau hepi ke tak. sebab nampak macam tak eklas jer. haha kidding.

DrSinga said...

Thailand!!?
:)



Jangan lupa sedekahkan al fatihah
Walaupun kita belum kehilangan mereka

Syahiddmilikku said...

ali,
sweat sgt kan? kkekke

encik rykhel,
ibu saya cakap jgn layan og macam abg kerel...ahahaha...apapun, welkam to my condo..eheh..

akaksinga,
akak memang truly ibu la..ehehe..tengkiu kak...

kucingorengemok said...

saya takde entri khas hari ibu, mak saya dah meninggal... hehe, spoilkan mood orang je kan?! hehehe >:)

Syahiddmilikku said...

akakkucing,
eh, mane de spoil. Yang penting doa anak soleh/solehah sampai kat mak ayah kita. Semua org akan pergi jugak, kan?

Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fu'anha..ameenn...Alfatihah untuk mak akak.

Stay cute ye kakkucing..! :)

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...