Tuesday, July 5, 2011

Tips mengawal gementar di khalayak ramai.

Assalamualaikum wth.

Saya rasa saya belum pernah lagi berkongsi sebarang tips sejak berblogging. Bernas lagi jitu juga kalau berkongsi ilmu pengetahuan ni kan? Simpan sendiri pun tak kemana. Dividen pun tak dapat. Kita dapat pahala orang dapat ilmu. Orang berbudi kita berbahasa. Macam tak into je peribahasa tu. Lantak lah, bukan masuk ISA pun.

Baik, ramai manusia kalau bagi mikrofon pada dia mintak bagi ucapan depan audiens macam bagi pisau paksa tikam orang 25 kali kat perut. Takut woi. Tulang kaki automatik jadi gel aloe vera, lembik. Lantai marmar jadi selut, tenggelam kaki. Badan dah sampai depan, nyawa empat nautika tinggal belakang. Peluh kalau tadah, dua kolah melimpah. Gigil tak payah cakap. Lagi scala richter dari enjin Air Asia. Sunat tak macam tu.

Saya dahulu mula berdiri depan audiens ketika darjah empat apabila dilantik jadi pengawas. Masuk pulak syarahan, pertandingan bercerita, nasyid. Sampai lah ke sekolah menengah. Pidato dan forum memang tak tinggal. Tapi, setiap kali di depan pentas, benda yang sama berulang. Cuak mesti ada. Nervous. Rileks, itu alami. Adrenalin je tu. Perkara ni memang korang tak boleh ELAK bila berhadapan dengan ramai orang. Tapi, boleh di KAWAL dengan beberapa teknik vokasional :

1. Buat persedian beberapa hari sebelum hari kejadian.

Kaji lebih awal audiens anda dari segi umur, profesyen dan lain-lain. Takkan korang nak ajak nyanyi sekali "ba ba black sheep" depan pegawai gomen gred gaji 48 kan? Berlatih depan cermin amat membantu. Mimik muka, tone suara, falsetto, soprano, pitching dan body language sangat kritikal. Saya dulu berlatih dalam bilik air. Kira bilik air tu jadi bilik audition jugak lah. Believe me, it helps a lot! Muka yakin Oprah Winfrey.

2. Datang seawal mungkin.

Bila datang awal, kita boleh kenal pasti kedudukan audiens, arah mana nak halakan pandangan dan paling penting kita boleh serap energy tempat kejadian. Feel kena ada beb, baru layan. Nasi beriyani gam tak sama makan kat Australia dengan kat Muar. Tak faham? Pergi Mekah mandi air zamzam. Hilang sikit saitannirrojim di kepala tersebut.

3. Kawal pernafasan, bukan perut.

Ramai salah mempraktikkan teknik pernafasan. Tarik nafas terus ke perut bukan ke dada. Baca surah "Alam Nasyrah" ayat pertama dan tarik nafas ke perut dan hembus perlahan tetapi padat. Insyaallah keyakinan akan bertambah. Lain lah nama korang Saravanan a/l Nallakarupan. Itu kasi Batu Caves pigi pecah kelapa la.

4. Yakin! Lu sangsi lu mati bro!

Kebiasaannya, kita mesti berfikir, "kalau aku jatuh tergolek mulut kat tangga kang...", "mati la kalau salah cakap..", "buat aku lupa teks, naya aku!". Buang awal-awal benda negatif tu. Itu macam menyerah kalah sebelum bertarung kau tau. Yakin adalah kunci. Korang hanya perlu set dalam otak, "Aku keluar, Aku buat!" Jadikan audiens adalah golongan manusia yang perlu korang pengaruhi pemikiran mereka dan seolah-olah idea korang merupakan idea bernilai 3.5 billion pound sterling! Ana kaya la..ana kayaaa...

5. Senjata rahsia!

Setiap orang sebenarnya wajib ada senjata rahsia yang boleh menyimpan semua perasaan menggelabah beruk, menggigil tenuk dan gemuruh di dalamnya. Senjata rahsia saya adalah sebatang pen! Sebatang pen yang saya genggam erat di tangan mampu menyerap segala tekanan yang saya alami ketika berada di situasi melibatkan adrenalin memuncak. Banyak benda lain yang mampu korang guna sebagai senjata rahsia antaranya buku, laser(untuk presentation la), kertas A4 bergulung, gentel cincin, dan sebagainya. Janganlah bawak peti ais 3 pintu Panasonic rumah korang kan, itu bukan senjata rahsia dah. Baik korang masuk dalam tu dan mintak audiens campak tepi gaung Gunung Kinabalu.

6. Tenang. Cool. Macho. Gaya. Mutu. Keunggulan. Perrylis.

Selagi kita bertenang, selagi itu audiens TAKKAN tahu betapa nervousnya korang. Percayalah. Malah diorang akan respect dengan korang. Sembunyikan gemuruh jiwa korang sebaik yang mungkin. Senyum dan tembusi mata audiens semasa bercakap. Eyes bebeh, eyes! Juga mesrakan tubuh anda dengan keadaan sekeliling. Rasakan diri anda adalah paling hebat. Ghairahkan diri kita untuk bercakap seolah-olah detik itu adalah peluang paling baik dan bersejarah untuk membunuh musuh utama kita iaitu, TAKUT! Kuasai minda sendiri, arahkan mereka bekerja dan bukan sebaliknya. Diri anda adalah hak milik anda, bukan orang lain! Siapa bela hantu raya lainlah. Suruh je dia transform dan berucap sebagai ganti diri anda. Mudah kan? Take a chill pill meh! Apa gelak-gelak? Ingat hantu raya tak nervous ke bila kena public speaking?

7. Hadamkan teks.

Korang perlu tahu la apa yang korang rapikkan. Ceramah Maal Hijrah bantai korang buat review Merong Mahawangsa, melampaulah kan? Pastikan anda tahu dan faham apa isinya. Jika kita faham dan hadam, pendengar juga tidak akan terkemut-kemut anus untuk memahami penyampaian anda tersebut. Andai tidak menggunakan teks dan bimbang jika terlupa isi penting ketika berucap, buatlah peta minda dalam saiz sederhana. Peta minda itu apa? Tempah dua batu nesan tulis nama lu balu gua kasi tau la! Takut kah amoi manis?

8. Enjoy the moment.

Rehatkan bahu kita, biarkan tubuh terbuai dengan ucapan, bawa audiens ke dalam dunia ucapan korang dan tanggungjawab korang adalah membuat penonton menerima dengan selesa serta berlapang dada dengan penyampaian yang diberikan. Kalau anda mampu melaksanakan sehingga ke peringkat terakhir ni, nescaya peluang untuk dilantik sebagai jurucakap Anwar Ibrahim dalam PKR milik anda menjelang Wawasan 2020.


Semoga tips saya tak seberapa ini mampu membantu anda walaupun sedikit. Tak nak pakai pun, ada saya kesah? errr...terasa la jugak sikit, tapi sikit je. Tak banyak pun. Camne nak cakap eh? Alaahh..camni, terasa geram tapi tak la terasa sangat .......tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu------Negaraku, Tanah tumpahnya......----tuuuuuuuuuuuuuuuttttttttttttttttt......................

8 comments:

Fatt said...

teringt pule kisah bercakap dpn public masa skolah & kat u dulu. tp zmn skola dulu mmg otomatik jadi butter legs bila nampak kelibat my parents. dari lantang terus gugup. pelik jgk kenapa.

tp zmn uni dah slalu sgt ckp sbb kengkawan sume kecut nak ckp dpn org everytime buat presentation so myself la yg tpksa ckp. i akui benda ni buat diri seseorang tu berani berdepan dgn sesiapa pun. its about self-confident.

good tips!

kucingorengemok said...

gaya mutu keunggulan bukan benson & hedges ke? apalah peryllis (komen spoil)

AI said...

- macam cikgu tusyen jek...hehehe

daunkuchai said...

perrylis tu zaman ana tuh..ingat enta yek!

Syahiddmilikku said...

fatt,
macam kita depan lovers la kan, elok2 perangai ganas2 tetiba gelak tutup mulut, kepala senget2 malu..gitula konsepnye..kekke..

patut la you kompiden je redah travel sensorang kan.....

kakkucing,
teeetttttt!!!! sama la kita salah...kakkaka...gaya mutu keunggulan Dunhill la kak oi..ngahahah...nampak bebenor kita bukan smokers kan? semangat cintai alam sekitar betul.

kak al,
agak2 kalo saya bukak kelas akak nak masuk x? ngan akak saya cas 10 inggit sejam termasuk 40 peratus interest..ahahah..

daunkuchai,
dah itu yang ayah saya sedut tiap hari, mana x ingat ustat. Siap game takraw pon peryliss sapot. ingat gii..

Unknown said...

Perasaan gementar nie mmg kne buang dripade diri...sy pemain gitaris dlm 1 band...dlu ade prasaan nie...smpai kelaut solo gitar jdinye...last skali tnam dlm diri org yg hdir bkn nk tgok kite buat salah..dorg nk enjoy..so kne la buang prasaan mcm nie...buat ape nk pkir bkn2..kite yakin kite bleh buat..pape pn tip kt atas mmg terbaek

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Lawak habislah.. terkeluar air mata gelak masa bab peti ais tu...btw tq so much..bab pen tu sy akan sentiasa bawa..sy pernah buat sekali masa present English masa f3..huhu

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...