Assalamualaikum wth,
Korang tau, hanya selang dua hari saja aku menjadi duda sejak kehilangan isteri pertama aku, Datin Seri Paduka Fuji minggu lalu. Kerana tidak dapat menahan gelodak nafsu, aku bernikah sekali lagi. Cik Puan Nikon d50. Hantaran sama mahal macam bini pertama aku dulu, DH 3500. Kaler lawa, sharpness menggiurkan dan beberapa hal dalam kain yang tidak aku ungkapkan dengan bicara manis dan rias kata.
.........
Sabtu. 2.30 p.m. Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia Ke Maghribi. Aku sorang je datang tanpa pakai baju batik dan berlalu penuh macho serta tidak merasakan apa itu emosi malu. Majlis resepsi keputeraan YDP Agong hari ni kat Rabat. Hampir semua rakyat Malaysia di Maghribi ada sama. Sebelah petang diadakan majlis cukur jambul 3 bayi
hasil mahsul keluaran rakyat Malaysia di Maghribi. 2 baby kacukan Malaysian-Morroccan dan seorang Malaysian-France. Semangat 'One Malaysia' sungguh. Kagum aku. Dan kali pertama d50 aku beraksi. Powerful. Elegant. Sexy.
And it was just nice and clean. Walaupun sekadar
available light, gambar d50 hampir kepada perfect, bagi akulah..kekeke.. Kali pertama aku rasa begitu terbakar dengan fotografi sampai 2 pinggan aku lantak laksa ngan pulut kuning. Fuuhh..
p/s : aku nak cukur jambul d50 aku tadi, tapi mati² diorang tak kasi. Huh..jeles le tu d50 aku baru lagi.
Enjoy the d50's photos.
Bon Appetitto!
Ostat Mad Noor, First Stage Iron Chef of PMMM
Madamme Ana
Datuk Osman Samin, orang kuat Persatuan Rakyat Malaysia Maghribi
Gambar standart wedding photography
Team Marhaban El-Meraban
Team leader
Senior Mama
Gambar standart wadding photography version 2
One Malaysia-Morocco 1
Nurul Huda One Malaysia-Morocco 2
Safwan, One Malaysia-Morocco
Maaf bebanyak, One Malaysia-France baby aku tak dapat
chance nak
capture. Ada peluang aku
capture okeh.
.........
Yoshhh....
get ready for Speedlite SB-600.
I'll catch you up soon!!..ngahahah..
........