Friday, February 25, 2011

Duit fulus ongkos money

Assalamualaikum wth,


Saya malas nak berbincang berforum bagai pasal duit ni.
Sebab pandangan kita mesti tak sama kan. Konon-konon
sama sepakat bila masing-masing cakap, Money is not everything, babe.
But still, kita masih berlumba-lumba macam orang gila nak kejar duit.
Seolah-olah duit dah jadi satu sumpahan dalam hidup.
Takde duit, ok mati lagi baik.
Owhh..kalaulah saya dapat buang fikiran sebegitu,
saya rasa cukup wali songo dah.

Nak pulak student macam saya,
waktu paling neraka bila ongkos dah out.
Lebih sadis dari kena rotan kat perhimpunan sekolah.
Lagi menyayat hati dari kambing kena taun.
Tengok budak lain yang baru masuk biasiswa,
seperti dia tuan akulah hamba yang dina.
Kenapa perlu rasa macam tu?
Arghh..serabut benak pasal duit!

Nak dikata duit bukan segalanya,
nak beli spender Crocodile pun pakai duit.
Nak bayar pengundi pun kena hulur sepuluh ringgit dua.
Berak kat KL pun bayar singgit skang ni!
Duit takde, kemut-kemutlah anus menahan najis.
Kalau kau kata duit tak penting,
dalam Islam ada fikh Muamalat(1).
Ada hukum hutang piutang.
Takde duit dugaan Allah.
Banyak duit lagi besar cobaan.

Sejauh mana saya nak lari dari tulah(2) wang ringgit,
akhir jalan,
saya akan tetap patah balik tempat yang sama.
AKU NAK DUIT!


.................................................

(1) ~ Pecahan ilmu Fiqh yang merangkumi aspek kewangan dalam Islam dan perhubungan sesama manusia.
(2)~ Sumpahan atau sial

Thursday, February 24, 2011

Aku dah cakap!


Assalamualaikum wth,
Sebelum ni aku pernah bagitau,
yang aku memang susah nak berazam.
Apa yang aku azam mesti mesti jadi 'karam' singh walia.
Bukan susah ataupun mustahil untuk dilaksanakan,
tetapi ianya seakan retorik Iluminati yang berjaya menyusup ke
dalam masyarakat zaman sekarang.
Wah, yang buruk-buruk kat kau semua salahkan Iluminati,
freemasonry, US terkutuk tu kan?!

Ok, ok.
Aku dah berjaya beli henset
baru pertama buat seumur 22 tahun hidup aku.
Tapi bukan macam wishlist 2011 aku tu mahukan,
Nokia 5530 Express Music,
tapi..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku beli
Nokia C3!

Warna? Aku ni senang sesat, jadi satelite
boleh trace aku melalui kedudukan warnanya yang meriah.
(Tak payah tanya la woi!)
Bengang aku!
Tak penahnye nak tercapai azam, hatta wishlist
mudah tu pun aku tak boleh ikut.
Aku dah cakap kan!

Wednesday, February 23, 2011

Charlie's Angels

Assalamualaikum wth,

Beberapa minggu lalu, sahabat saya, Abdul Halim Abd Hamid telah tiba di Maghribi. Sungguh SPM mukaddimah entry aku. Sahabat aku ni merupakan BFF la sebab aku teramat la baik dengan beliau sedari kami tingkatan 4 di Maahad Ahmadi Negeri Sembilan. Dia datang ke Morocco atas tujuan menghadiri International Youth Gathering(IYG) yang diadakan kat sini. Selain tu ada jugak student UIA dan UM yang ikut sama sebagai wakil delegasi Malaysia. Subuh-subuh aku dah keluar pegi airport Muhammad V kat Casablanca sebab tak sangka yang aku akan jumpa dia kat sini. Last aku jumpa dia masa puasa kat Malaysia tahun lepas masa cuti summer. Memandangkan dia dua minggu kat sini, seminggu program IYG tu, dan seminggu lagi tu berfoya-foya.

Aku dengan dia memang banyak pengalaman. Ekceli aku bertiga. Kira Charmed One kat sekolah dulu la. Aku dan Fahru kat Morocco dan dia further ke UIA amik senibina sebab dia memang into bidang tu. Apa-apa hal memang kami bertiga. Mengumpat, basuh baju, main bola tampar, outing, lambat balik asrama, buat perpustakaan sekolah macam bapak kitorang punya, makan, semua nak bertiga. Macam Faru ni dia banyak kat bahas bahasa arab, aku dan Halim ni memang otai Forum. Sampai state level wa cakap lu. Dua tahun first runner up in a row. Ponteng kelas pun sebab forum. Ahahah...sampai kene sumpah dapat 'C' ngan cikgu Kamarul yang ajar subjek sains. SPM A1 jugak. Mungkin cikgu Kamarul tu tarik balik doa dia dalam hati gamaknya. Kitorang bertiga ni boleh kata popular jugak dikalangan cikgu cikgi dan student Maahd time tu. Ada program sekolah, muka tiga jahanam ni la yang menyumbat-nyumbat jadi AJK. Persatuan ngan kelab, komfem dah aku bertiga pegang jawatan. Kira sape tak kenal memang malu la. Keji abes statement! Betul beb. Ada satu hari, aku ngan Halim pegi bilik guru nak buat apa ntah. Masuk je, cikgu tanya, "aik, mana sorang lagi?" aku ngan Halim pelik. Eh, kenapa? Berdua kan lebih baik? Cikgu pun respon, "Charlie's Angles sekolah tak cukup sorang. Mana lagi sekor?(1)" Ahahah..sampai hari ni lekat Charlies Angles kat mulut cecekgu(2).

Disebabkan Halim datang sini, jadi lengkaplah gathering Retired Charlies Angles buat kesekian kalinya. Aku memang tahan pundi kencing je lah bila tiga ekor nih jumpa. Gelak sampai nak tercabut nyawa. Disamping tu, aku berpeluang jumpa kawan2 dia yang lain, macam Fahmi, Wasif, Adli, Kamil dan lain-lain. Aku pun join diorang jalan-jalan kat sekitar Rabat. Bila diorang balik rasa macam sunyi pulak. Takpe, hidup kita, kalau bertemu tanpa berpisah umpama lauk tak bergaram kan? So, it's normal babe. Jangan susah-susahkan hidup ok. Garnier Take care!

(1)~Seorang
(2)~Guru-guru
Halim

Retired Charlies Angles

Rabat Medina


Jumpa entry akan datang OK. Challoo bette!

Tuesday, February 22, 2011

PEREKSE

Assalamualaikum wth,

Lama jugak aku tak update blog rupanya. Patut roommate aku asyik perli je setahun dua(1) nih. Aku tak berniat pun nak melukakan hati readers(sebatalion pembaca kau sampai letak 's'!) yang cukup setia singgah tapi takde new entry kan. Sorry from head to toe la kawan-kawan. Betul ni, lahir dari hati aku yang suci kudus lagi seri murni dan ditapis dua kali. Exam memang tak dapat nak elak punya. Take it or leave it. Oleh kerana itu, aku terpaksa meninggalkan seketika blogging. Kepada mereka yang meninggalkan komen, terima kasih banyak2 dan aku akan reply komen-komen anda semua ok! Muahss..oh silap, lelaki mana boleh muah-muah pakai font merah jambu. Lelaki kena ganas born to kill punya tagline, gua salute lu bai! okeh, aku tidur dulu memandangkan kat Morocco dah pukul 2 pagi. Malam nanti aku update. opp..kasik tagline ganas sket. Gua blah dulu! nanti ibu gua marah balik masa maghrib.

(1) ~ Satu tempoh yang panjang

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...