Wednesday, February 23, 2011

Charlie's Angels

Assalamualaikum wth,

Beberapa minggu lalu, sahabat saya, Abdul Halim Abd Hamid telah tiba di Maghribi. Sungguh SPM mukaddimah entry aku. Sahabat aku ni merupakan BFF la sebab aku teramat la baik dengan beliau sedari kami tingkatan 4 di Maahad Ahmadi Negeri Sembilan. Dia datang ke Morocco atas tujuan menghadiri International Youth Gathering(IYG) yang diadakan kat sini. Selain tu ada jugak student UIA dan UM yang ikut sama sebagai wakil delegasi Malaysia. Subuh-subuh aku dah keluar pegi airport Muhammad V kat Casablanca sebab tak sangka yang aku akan jumpa dia kat sini. Last aku jumpa dia masa puasa kat Malaysia tahun lepas masa cuti summer. Memandangkan dia dua minggu kat sini, seminggu program IYG tu, dan seminggu lagi tu berfoya-foya.

Aku dengan dia memang banyak pengalaman. Ekceli aku bertiga. Kira Charmed One kat sekolah dulu la. Aku dan Fahru kat Morocco dan dia further ke UIA amik senibina sebab dia memang into bidang tu. Apa-apa hal memang kami bertiga. Mengumpat, basuh baju, main bola tampar, outing, lambat balik asrama, buat perpustakaan sekolah macam bapak kitorang punya, makan, semua nak bertiga. Macam Faru ni dia banyak kat bahas bahasa arab, aku dan Halim ni memang otai Forum. Sampai state level wa cakap lu. Dua tahun first runner up in a row. Ponteng kelas pun sebab forum. Ahahah...sampai kene sumpah dapat 'C' ngan cikgu Kamarul yang ajar subjek sains. SPM A1 jugak. Mungkin cikgu Kamarul tu tarik balik doa dia dalam hati gamaknya. Kitorang bertiga ni boleh kata popular jugak dikalangan cikgu cikgi dan student Maahd time tu. Ada program sekolah, muka tiga jahanam ni la yang menyumbat-nyumbat jadi AJK. Persatuan ngan kelab, komfem dah aku bertiga pegang jawatan. Kira sape tak kenal memang malu la. Keji abes statement! Betul beb. Ada satu hari, aku ngan Halim pegi bilik guru nak buat apa ntah. Masuk je, cikgu tanya, "aik, mana sorang lagi?" aku ngan Halim pelik. Eh, kenapa? Berdua kan lebih baik? Cikgu pun respon, "Charlie's Angles sekolah tak cukup sorang. Mana lagi sekor?(1)" Ahahah..sampai hari ni lekat Charlies Angles kat mulut cecekgu(2).

Disebabkan Halim datang sini, jadi lengkaplah gathering Retired Charlies Angles buat kesekian kalinya. Aku memang tahan pundi kencing je lah bila tiga ekor nih jumpa. Gelak sampai nak tercabut nyawa. Disamping tu, aku berpeluang jumpa kawan2 dia yang lain, macam Fahmi, Wasif, Adli, Kamil dan lain-lain. Aku pun join diorang jalan-jalan kat sekitar Rabat. Bila diorang balik rasa macam sunyi pulak. Takpe, hidup kita, kalau bertemu tanpa berpisah umpama lauk tak bergaram kan? So, it's normal babe. Jangan susah-susahkan hidup ok. Garnier Take care!

(1)~Seorang
(2)~Guru-guru
Halim

Retired Charlies Angles

Rabat Medina


Jumpa entry akan datang OK. Challoo bette!

3 comments:

LORD ZARA 札拉 said...

Retired pun ok lagi.
XD

Syahiddmilikku said...

zara,
ahlan wasahlan,
ok? kekek..rasa dah cukup kertu dah..ahahah~

Anonymous said...

cet..malu gile aku..baru bace entry ko..sbb da bsawang laman sesawang aku tuh

hurayra naqeesha
gile ar, feminin abes name tuh..

xpun qittoun sumiatoun..
ko kenal aku sape kn? hihihi

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...