Suhu di Rabat agak suam sekarang tapi berangin. Jadi, puasa kali ni takdelah mencabar sangat berbanding bulan-bulan Ramadhan yang lepas. Aku lebih banyak duduk rumah daripada bersidai-sidai dekat luar. Lagipun dekat Maghribi ni gadis-gadis dia boleh tahan tahap dedahannya. Bulan Ramadhan tapi baju tetap nak style akak Katty Perry. Bulan Zulhijjah, Muharram atau Safar apatah lagi. Memang berlambak-lambak Kim Kardashian dengan Pamela Anderson lalu lalang jalan kucing gedik. Elok fuel tank pahala aku penuh, keluar rumah terus kelip-kelip merah. Oleh yang demikian, adalah lebih baik memerap dalam rumah beramal ibadat. Tidur pun ibadah apa! Tiba-tiba rasa insecure. Ahahah..
Sebenarnya, aku nak cerita pasal trip aku ke Marrakech sebelum puasa hari tu. Yelah, mesti korang teruja nak tahu antara tempat wajib pergi sekali seumur hidup tu kan. Kalau teruja lah. Kalau tak teruja, aku nak cerita jugak. Ngehngehngeh.. TAPI, adalah lebih baik aku mulakan dahulu dengan bagaimana korang semua boleh sampai ke Maghribi. So, mudah sikit nak dapatkan gambaran. Kang tiba-tiba pulak sampai Marrakech, tidakkah tak sopan namanya tu melangkah bendul. Bukan apa, nanti aku pung pang pung pang cerita cara nak sampai Marrakech, nak sampai ke Maghribi pun tak nampak jalan lagi. Apa kejadahnya semua ini? Okeh, to our dear passengers, please fasten your seat belt and enjoy the journey. Cewah, baru ada feel sikit ye tak?
Baiklah, untuk seseorang traveler bajet hardkore dan pelancong kos sederhana ke Maghribi ada beberapa jalan yang korang boleh gunakan dengan kos yang ekonomi dan murah. Di sini aku hanya senarai kan jalan udara iaitu kapal terbang sahaja okeh. Jalan laut atau jalan darat dari Malaysia aku tak tahu. Naik kapal kargo MISC mungkin murah kot. Tapi aku tak rasa Fatt nak save bajet dengan cara terbabit. ahaha.. Lagi satu, kita sebagai pemegang pasport Malaysia hendaklah mengapply visa seblum masuk ke negara ini. Siapa yang nak keluar Morocco dan nak masuk balik kenalah apply double visa. Ada faham? Baiklah, here we go :
1. LCCT – Stansted, London – Marrakech/Fez
Korang boleh naik Air Asia (AA) terus ke Airport Stansted di London kemudian naik Ryan Air ke Marrakech atau Fez. Inilah jalan yang aku gunakan untuk balik Morocco tahun lepas dengan harga yang super duper MURAH iaitu dengan harga tiket bernilai RM 1060 sahaja. Ini kerana aku beli tiket bila AA buat Merdeka Fairs tahun lepas. Jauh lebih murah dari airlines komersial yang lain seperti MAS, Turkish Airlines, Saudi, Qatar ataupun Etihad. Fo yo infomesyen, harga RM 1060 itu termasuk harga AA dan Ryan Air ye. Siap makan 2 kali, comfort kit dan lebih kilo untuk barang kargo. Murah kan? Lagi murah dari gelang Rosmah Mansor jota-jota rengget tu. Astaghfirullah, puasa. Maaf Kak Ros. Setakat ini, jalan inilah yang terbaik buat kita traveler nan ado ni ye Kemang. Kakakka… Kejap, ada khabar-khabar kentut tersebar disini mengatakan Ryan Air tidak lagi mendarat di Fez. Korang boleh check balik, okeh.
2. Kuala Lumpur - Istanbul – Casablanca
Dari Malaysia ke Istanbul korang akan naik MAS. Boleh tapau kacang masin MAS kat stewardess kalau korang nak. Serius sedap. Back to the point. Daripada Istanbul ke Casablanca pulak korang akan naik Turkish Airlines. Harga untuk route ini bagi aku masih berpatutan dan selesa bagi yang nak melancong dengan kos sederhana. Harga tiket pergi balik adalah sekitar RM 3500. Itu harga paling maksimum. Lebih dari harga tu jangan beli. Pegi Pasar Payang kat Terengganu beli kain batik 5 helai bagi mak korang lagi baik. Macam tahun lepas, ada tiga famili student sini yang datang Morocco melalui jalan ini dengan harga tiket return RM2000 per kepala. Diorang beli kat Matta Fair menurut pak cik terbabit. Oleh yang demikian, sila lah ke Matta Fair PWTC untuk merebut peluang tersebut. Plus, kalau korang ikut Turki, korang boleh transit 2-3 hari macam yang aku buat nak balik Malaysia tahun lepas. Syiok oo Turki. Orang dia baik-baik. Kepada Akak Kucing, akak boleh buat review restoran kat Morocco pulak. Asyik Restoran Nasik Arab je. Keskeskes..kite bakor!
3. Kuala Lumpur – Doha/Abu Dhabi – Casablanca.
Jalan ni sama macam jalan kedua diatas. Harga pun lebih kurang sama dan boleh dapat murah sekitar RM 2000 tiket return masa Matta Fair. Penerbangan yang available adalah seperti Qatar Airways dan Etihad Airways. Tapi Doha dan Abu Dhabi adalah transit paling tak best. Paneh! Buat penat nak jalan kat sana. Rugi pakai Fair and Lovely empat botol, balik kulit rentung macam mumia.
Okeh, aku dah pun senaraikan pintu masuk ke Morocco aka Maghribi. Jadi sesiapa nak datang, boleh la contact aku sementara aku ada kat Morocco sampai bulan 3 tahun depan. Boleh kita berfoya-foya sesama. Jangan risau la, takde aku nak ngap duit nye. Aku pun bukan otak bisnes punya orang. Bila lagi nak jumpa korang kat obersi kan?
Owh..aku lupa. Ada benda aku nak bagitau kepada sesiapa yang minat lowest budget trevel dan minat nak kenal budaya masyarakat sedunia, ini aku bagi link laman social CouchSurfing. Bagus web ni. Daftar dulu dan korang boleh la request nak duduk rumah kenalan dalam web tu dalam tempoh tertentu. Diorang boleh tolong bawak jalan-jalan sekali kat town diorang. Best kan? Jangan risau, kita boleh tahu yang mereka sangat boleh dipercayai dengan baca review dan recommendation dari orang yang pernah tumpang tinggal sebelum ni. Macam shopping kat E-bay lah. Minggu lepas baru je diorang buat Iftar ramai-ramai user couchsurfers dari Rabat kat McD. Tapi aku tak pegi la sebab ada Iftar tempat lain.
Apapun, aku ucapkan Ahlan wasahlan ,Marhaban Bikom dan selamat datang ke Tanah Andalus, Maghribi. Jumpa entry lain. Aku nak tidur jap. Mengantuk lepas-lepas subuh ni. Demi korang aku sanggup tau. Ececeh..okeh, aku dah macam cipan kena tembak ubat pelali dah ni. Aku nak tidur kejap barang sedas dua ni. Bye and assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
13 comments:
- bila la nak sampai morocco nih...kalo la tersampai boleh syahidd jd tour leader? hehe
kat couchsurfing tu , mesti dkenekan byran kan?
my bro! ahaha, x sangke ko sebut name aku ye, toce toce..
kalo aku nak pegi, aku ikut route no 1.. murah gilossssss weh! dari aku naik mas or etihad or whatever lah yg ribu raban tuh baik aku spend duit len nak jalan2 kat sane..ye tidok ??..ngehngeh..
ish kan bagus kalo AA bukak route direct pi sane...
cik hana,
cs takyah bayau...mutual trust. tp jgn pulak disalahguna, sbb mementang free jadi ramai yg dah abuse. tp dorg pun bkn senang2 nak bagi, at least build relationship dgn dorg dulu...dia tgk profile kita...dorg tak random terima jgk..
syahidd,
kapal MISC ko...ko jgn..kang aku naik kapal tu ko pitam. hahaha. tp aku nak cuba try overland..mana lah tau ada option lagi murah...hehehe..ko kan tau aku ni gile sikit. hehehe :P
tapi cepat benau ko nak balik..aku ingt ko ada lagi 3thn kat sana...iskk...
Great entry~~ Leh wat rujukan ramai ni.. Shukran :D
salam....syahidd
nak tanya....kat morocco banyak ke peluang pekerjaan utk expat(engineering)?
salam,
saya aini dari barcelona, spain, saudara tahu, if nak apply visa untuk ke magribi di malaysia perlu apply di morocco embassy ke or kat mana? then, kalau kes saya, saya dari barcelona nak ke morocco, adakah saya perlu apply visa di malaysia embassy kat sini (di madrid?) atau bagaimana? any suggestion? fyi, saya ada NIR (resident card spain)
tq ya
ainiazman@gmail.com
Assalamualaikum
Boleh tak bagi emel sbb saya nak banyak tanya pasa Moroko dan Spanyol.Saya beradang nak pergi dengan family pada bilan disember ini. sekian Wassalam
Assalamualaikum Shahid! Boleh bagi email address ? Lebih senang nak bercerita..hehe. Shahid tak FB account ke ?
salam, nak tahu harga visa morocco?
thanks.
terima kasih atas maklumat dan perkongsian. Berkenaan dengan Visa, perlu apply di Embassy Morocco di KL la kan? Boleh apply for group Visa tak?Ambil berapa lama masa untuk settlekan Visa ye? Lawatan bulan December 2014 nanti.
Menarik .. Saya dapat tiket promo saudi airlines RM 1300 dri KUL - Jeddah - Casablanca return all in.. kira ok la kan.. insyallah bulan 10 ni akan menjejak kaki ke sana.. :D
Salam,
Tunang saya orang Morocco dan kami ada merancang untuk berkahwin Di Malaysia pada ogos ini.
Pihak embassy Morocco ada mencadangkan cara mudah bagaimana untuk mendapatkan surat kebenaran berkahwin iaitu dengan membawa dua orang saksi untuk sign bagi mengesahkan status tidak berkahwin bujang (duda) tunang saya.
Di sini tak perlu risau kami ada semua dokumen untuk pengesahan.
Jadi saya ingin meminta bantuan kenalan atau kawan yang dapat membantu.
Sila hubungi email atau no hp saya 0133309531 sitinadhirahabakar@gmail.com
Sekian terima kasih
Post a Comment