Friday, August 3, 2012

Projek Besar Bulan Ramadhan


Ya Salam, dah dua belas hari puasa rupanya. memang tak sedar langsung aku. Minta ampun la menunggu. Menunggu ke? Ke aku yang perasan glemer? kahkahkah...Astaghfirullah, harus jaga kesopanan dan kesusilaan di bulan apa hadik-hadik, habang-habang dan hakak-hakak sekalian? Ketuk-ketukkk...??? Ramadhan! katanya akak Sheila Rusly. Memang dah aku kabarkan, bulan puasa ni aku busy. Lagi busy dari imam terawikh. Tak terkejar aku dibuatnya. Ingatkan boleh la ada masa sikit-sikit nak update blog. Harom takde. Malam ke dua belas penuh barokah nilah aku dayakan jugak menaip. 

Ini semua projek bulan puasa yang aku bagitau kat korang tu. Lagi besar dari BR1M, lebih nilai dari saham Felda tu. Projek tu adalah, berniaga di bazaar Ramadhan dengan penuh YAKIN!! hahaha... Sangat yakin aku menjual kuih-muih dan laksa. Ini semua Mak Uda aku punya hal. Dia lah yang menjebakkan aku dan akak ipar aku dalam kancah penuh nafsu nih. Mana tak kancah nafsu. Orang datang bazaar beli makanan penuh dengan nafsu je. Kalau penuh keimanan dan ketaqwaan kompem kuih ngan laksa aku tak laku. kahkahkah... 

"Nasi kangkang kami tak buat kak bulan puasa nih, bulan depan insyaallah" ujar peniaga yang sangat
pemalu dan ramah itu.

Dua minggu sebelum puasa haritu, mak uda aku bagitau yang dia dah sewa dua tapak bazar. Satu untuk dia dan satu untuk masa depan aku berdua. Dia jual ikan bakar ngan mee kari. Sebab tak nak kecewakan dan boleh la temankan dia, aku dan akak ipar pun setuju nak jual laksa Penang dengan kuih-muih. Laksa Penang akak ipar aku orang Penang tu buat dan kuih-muih aku yang buat. Aku buat apam kampung ngan kuih keria. Itu pun naik athritis jari runcing aku menguli. Nasib baik sira kuih keria tak makan masa. Pastuh nenek aku buat kuih lepat pisang, labu dan ubi. Kuih koci dia tak payah cakap. Letak atas meja habis.

Jadi, rutin harian aku sepanjang bulan puasa start lepas terawikh jam 10.30 malam untuk tolong akak ipar aku buat kuah laksa. Mudah je pun buat kuah laksa. Yang renyah nye tang asingkan isi ikan dengan tulang je. Paginya pulak lepas sahur, jam 8 pagi aku kukus keledek untuk keria. Selalunya jam 11 dah siap goreng dan sejukkan keria tu. Senang nak sira nanti. Pukul 11 aku start bancuh apam kampung. Kalau ada masa, ibu aku tolong buat buah melaka. Pukul 2 petang kukus apam dan pukul 3 petang sira kuih keria dengan gula. Jam 4 petang pegi la aku ke bazaar Ramadhan yang jauh nye selang sekentut dua dari rumah. Kira kalau kentut tu, bau dia tak habis lagi dah sampai la ke tapak bazar tu. Punya kaya bahasa Melayu, perumpamaan kentut aku pakai. Saitonnnirrojim betul. Meh tengok aktiviti aku setiap hari.


Keria Lembut. Bukan tuan dia, tapi sifat kuih keria tu sendiri okeh. 

Apam tepung gandum atau apam kampung. Memang dasar kampung! Baru puji sikit dah kembang! Tak pasal.
Resipi asal : Nenek aku

Sira kuih keria.  Tempoh masa sira 200 biji : 236 batu per saat.  Kau ada?

Kali pertama aku bisnes kecik macam ni pun dah mengah jantung aku pam oksigen. Aku tak tahu macam mana mak cik sebelah aku jual 16 jenis kuih, depan aku lauk 20 jenis, nasik ayam selang dua tapak dua periuk besar. Tak carik nahas ke diorang? Aku syak diorang bela saka lah. Tak mungkin jugak. Sebab setannirrojim kena ikat. Dan tak mungkin jugak diorang manusia mutan berjantung empat. Tapi bila fikir, aku yang jual laksa 40-50 bungkus sehari, keria 200 biji, apam 2 talam pun boleh untung keje sehari eksekutif syarikat minyak, diorang mesti lagi riban-riban sehari punya. Carik rezeki weh. Sape nak bagi anak makan? Duit nak raya lagik. Tabik spring buat peniaga-peniaga yang gigih. 

Sebut pasal prinsip aku meniaga ni tak lah sampai tahap recycle makanan semalam tak habis. Kalau laksa tinggal dua bungkus, kuih 6-7 biji, aku sedekah je kat peniaga lain. Setakat nih Alhamdulillah, laksa dan keria memang laku tiap hari. Kesian sampai orang datang lambat jam 6.45 dah habis. So, pendapat aku, memang bulan puasa pesta ibadah dan makan. Tapi, ibu ayah aku dah pesan, meniaga jangan sekali tipu dua kali takpe. Harus jujur. Tepung keria jangan lebih dari keledek. Buat marah orang makan keras. Kuah laksa jangan cair takde isi ikan. Nak bagi orang makan, biar bersih. Kalau tak naya kalau orang datang esok bagitau bini dia arwah sebab rupanya laksa kita semalam tu dah hijau berkulat bervirus antrax bagai. Taubat nasuha aku sepanjang hayat. Jadi, memang aku mindset mende tu since diorang amat supportive.

The kesimpulan is (Oh my English!), aku sangat-sangat suka berniaga kat bazaar Ramadhan ni. Untung tu satu lah. Sebab lainnya aku dapat jumpa ramai orang, varieties of  fi'il manusia dan ramai kawan lama yang dah berkurun tak jumpa. Ada yang beli kat gerai aku, tup-tup muncul sebagai mak buyung anak ketiga. Dah jadi laki orang lah. Baru balik Moscowlah. Hujung tahun kawinlah. Bulan depan ikut bini mengajar Sarawak. Aiyo, syukur kat Allah aku dapat peluang ni. Bila lagi kan? Nanti aku update suasana bazaar ramadhan dari kaca mata peniaga kecik macam aku nih dan perangai orang yang aku jumpa. Silap-silap, orang buat fi'il tu korang. ngahaha..!  See you next post bebeh!

22 comments:

nuramirahshahrin said...

wowowowwowo(nyanyi cam shinee)
wah daebak ar shiddan..
peniaga berjaya gitu..
kat mana bazaarnya? as in lokasi dalam selangor ni..
mana tau free2 boleh menyelinap ke sana ke??

kucingorengemok said...

ko yang buat kuih, dik? berpeluh² i membacanya (baru baca, lom cuba lagi...) haha

doc said...

kat mana.. kat mana.. kat manaaaaa......??

ko masih petik anggur lagi eh dik?
macam ful taim kat dapur je..
sila berniaga bersungguh sungguh ... untuk masa depan .. eh.. bulan bulan depan..

Kakzakie said...

Hebatlah dik!! Salute kakak bila income boleh kalah executive. Kakak ingat kakak nak berhenti kerjalah tapi nak belajar dulu buat kuih resepi nenek...

Tahniah dari kakak sebab dalam memberitahu berbusiness tapi ada tazkirah juga dlm N3 ini...

Reen Tart Nenas said...

ahkak dulu penah la tolong bakal mak mertua (now dh mak mertua dah) meniaga kat bazar 2 tahun berturut2. tp ahkak tolong niaga je. dok depan, feel2 cun sket. hehehe tp bab tolong di dapur tu idok le, pasal ahkak keje. tahun nie dh jadi menantu, nasib baik die x niaga lagi. kalau x, harus ahkak kena amik cuti sebulan la pasal kena tolong di dapur plaks :)


niaga nie seronok kalau full time. pls fokus. mcm best jer kau punyer kueh keria nie. baik ko ckp ko niaga kat mana. ahkak nak g!

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam kenal, KGG yang bawa daku ke mari.. teringin nak merasa keria itu, seronok baca coretan syahid. Nanti akak dtg lagi.. pasar ramadan tu nak datang jauh.. harus 300 kali kentut baru sampai baunya, keh keh keh.

m.u.l.a.n said...

syabaaassss..!!! teruskan usaha murni ini.. nak pi tapi amatlah beribu2 kentut jauhnya.. ahaks.. tanda ukur baru kini...

semua tu feveret.. laksa penang & keria & apam..!! kalo dekat 2-3 kentut, wajib pergi petang nnti..

Lya Colours said...

wahh gebu elok apam tu

eLL said...

saya hop dari KOG.
semoga laris jualannya.
bulan depan nak singgah beli nasi K.
haha

Fadzli Amir said...

Salam....wah best la ngko...kat mana meniaga, sebab kalu macam nimentaliti peniaga memnag aku carik la, tak macam kebanyakan peniaga, nak untung je, beli n=balik umah kalu makan lewat sikit dah basi..tu belum tau lagi yg sakit perut, kueh keras...hehehe...papun respek ngko...nanti jgn lupa ulur2 duit raya kat anak aku...ada 3 org...nak bagi ngan aku sekali pun ok...hehehe

PUTUBAMBU said...

salam!
nice blog..nice entry.. kelakar!

blog hop from blog KOG..

selamat berpuasa!

Jenn Syafiqa said...

salam ramadhan =)

tabik spring kat tuan punya belog

.:nhalilah:. said...

tabik spring toing toing ahkak tgk apam kampung ko.. ahkak pun tak reti buat...

hop from KOG blog..

geraugebang said...

ha ha ha...kuat akak ketawa dikkkk macam saitonnorrajim noooo...pandai ko gentel kuih keria ekkk

catz said...

congratsss!
dah jd businessman.
kagummm tgk ko gentel kuihhh...
btw, selamat berpuasa!!

Nur Shafiqah Mazlan said...
This comment has been removed by the author.
Nur Shafiqah Mazlan said...

argghh !! homesick !! nak kuih koci nenek !!

Syahiddmilikku said...

Put your hensap! Put your hensap! Kata 2pm. Kekeke.. I kat bazar tasik kesuma, beranang. Meh le. Tak payah menyelinap, bawak je keta pegi bazar ni. Uhhu

Syahiddmilikku said...

Saya dah takde peluh bawah kulit buat kuih ni kak. Nasib kak ipar tolong skali, kalau tidak bukan peluh je keluar, nyawa pun ikut sama.

nuramirahshahrin said...

andai bisa bawak kereta confirm dah sampai sana... kui3..

eh3 buka sampai bila?? weekend ni mungkin akan berenang ke baranang huhu...

Syahiddmilikku said...

mokasih acik-acik sumo. i lap u!

Sha My heart said...

best juga bila berniaga kan

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...