Sunday, May 31, 2009

Gersang

Aku dah pegang dia,
Body memang mantap!
Walaupun hitam, tapi menawan.
Cantik.
Macam Naomi Campbell.
Siap aku raba ngan gomol² lagi.
Fuuhh..tak tahan.
Menggeletar tangan aku bila sentuh dia kali pertama tadi.
Tapi sebab kena goda, aku usik jugak.
Dia yang paksa aku.
Makin aku pandang, makin dia memanggil-manggil nama aku dengan penuh manja.
Dalam sekelip mata sahaja, aku terjerumus dalam kancah penuh racun.
Aku tewas lagi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sape nak beli kamera Fuji aku? Sebab aku nak tukar kamera Canon EOS 400d yang Iskandar beli pagi tadi. Cilakak ko Iskandar!


........

Jom klik!Ads Portal Diyalna.com

Friday, May 29, 2009

Hakikat Arab 2

Assalamualaikum wth,

Fuuhh..dapat jugak aku menulis? menaip? balik kat blog nih. Minta maaf banyak kepada korang yang 'mengomen' . Sepatutnya aku exam minggu depan, tapi disebabkan akan berlangsung intikhobat (pilihanraya) daerah, exam akhir ditangguhkan dua minggu akan datang. Jadi, aku punya masa untuk beronggeng barang sehari dua..hohoho..

.........

Secara jujur, banyak perkara yang aku kagumi akan spesis manusia berhidung paruh dan berbulu lebat ini. (Kini anda sedang membaca tentang bangsa Arab, bukan membaca artikel alam flora dan fauna, harap maklum). Sifat dan cara hidup yang unik bagi aku sangat menarik. Berbanding orang kita, Melayu, masyarakat Arab lebih cenderung untuk mempamerkan sifat mereka dengan lebih terbuka. Maksudnya disini, jika mereka menyanyangi ibu dan bapa, mereka tidak teragak² memeluk dan mencium dahi hatta di tengah khlayak ramai sekalipun bagi melahirkan ekspresi 'sayang dan cinta' mereka. Anda bolah bayangkan jika bagaimana mereka memadu kasih sesama pasangan? Macam kena gam gajah. Owhh, Melayu pun begitu, cuma dengan cara kita tersendiri.

Arab memang ganas. Cara pergaulan mereka sudah melambangkan kekerasan dalam kehidupan seharian. Bayangkan, di Mesir, 30 peratus punca keretakan rumah tangga adalah kerana kes isteri mendera suami! Pernah aku diberitahu seorang sahabat berbangsa Arab Maghribi yang beliau begitu inginkan seorang isteri Melayu. Alasannya, dia begitu kagum dengan budi pekerti pelajar Malaysia yang lemah lembut. Bukan selembut sutera okeh! Dia menambah, sekeras² keras pelajar lelaki Melayu, sama macam selembut² perempuan Arab! Tentu korang tak boleh bayangkan bagaimana keras perilaku bangs Arab ni. NAMUN, perlu diingat, sekeras² lelaki Arab, tidak pernah kes seumpama Nurin Jazlin berlaku di negara Arab sebagaimana berlaku dinegara berbudi pekerti tinggi, Malaysia! Bukan aku bersifat berat sebalah dalam menjustifikasi bangsa aku sendiri, tapi sifat dan perilaku tidak langsung menggambarkan apa yang berlaku.

Apa yang aku tulis ini adalah secara ringkas, padat dan sendat jer. Malas nak tulis panjang². Aku takut, ada orang terasa hati. Banyak perkara indah dan baik yang tidak terdapat dalam jiwa bangsa Malayu tetapi tertanam didalam diri bangsa Arab. Aku faham, mereka yang tidak pernah merasai sendiri pengalaman bersosial dengan mereka agak kurang memahami norma² hidup Arab. Aku hanya mampu ceritakan sahaja sebagai pengajaran buat kita semua. Jika korang rasakan tiada sesuatu yang boleh korang pelajari dari apa yang aku tulis, terpulanglah. Kita bukanlah terbaik dan jauh sekali juara dalam dunia ini.

..........

Kenapa aku bercerita tentang arab? Sebab kawan aku yang pergi Malaysia cakap, dia bagi salam kat orang tepi jalan, diorang tak jawab..hahahah....

p/s : Orang kita anggap pelik kalau orang tak dikenali bagi salam. Jika di negara arab, angkat tangan dari jauh pun meraka akan jawab salam.


.......


Jom klik!Ads Portal Diyalna.com

Wednesday, May 20, 2009

Hakikat Pak Arab

Assalamualaikum wth,

Apa persepsi korang bila aku sebut tentang arab? Bagaimanakah masyarakat Melayu kita melabel bangsa yang sinonim dengan unta dan fadang fasir ini? Ketika aku belum mengenali secara detail tabiat dan habitat bangsa arab, gambaran pertama yang menerjah di ruang kepala hotak adalah Pashcale Masy'alani, ganas, kaki lempang budak, 18SG, bernafsu kuda belang, hangin satu perut, kuat mengketedarah(rujuk kalimah ini di dalam Kamus Dewan Bahasa edisi keeempat)1 dan berkata-kata dalam bahasa Arab. Begitu dahsyat dan sadis sekali bangsa ini dipandang dari hukum 'syarak' Melayu. Bukan itu sahaja, masyarakat marhaen kita cukup angkuh mendabik dada bahawa manusia spesis arab ini tidak beradab apatah lagi bersimpuh kaki ketika makan seperti bangsa yang takkan lenyap kononnya didunia, bangsa Melayu.

Owhh..entri ini bukan ingin menafikan kegahan bangsa aku sendiri. Kesopanan dan peradaban timur yang lemah lembut orang Melayu tak pernah aku pertikaikan. Cuma aku berhasrat membuka sedikit pintu minda bangsa aku di Malaysia dan di seantero dunia tentang bangsa Arab yang menjadi mangsa tohmahan melulu 'segelintir' orang kita. Tapi, kalau korang marah, berhentilah membaca hakikat yang ingin aku ceritakan nanti. (Mesti korang nak tau jugak kan? ngehngehngehngeh.....)


Situasi 1

Malam minggu lepas, aku dan Iskandar turun bandar Rabat. Penampilan aku agak ranggi dengan t-shirt biru navy berkolar V yang kelihatan beropol-ropol kehausan getah. Dengan topi jogging tidak pernah disentuh air selama 2 bulan menambah lagi gaya rock kapak tumpul sekitar 70-an. Seluar hitam semi-denim bercorak di kepala lutut kesan tumpahan susu Nespray seminggu lepas sedikit menonjolkan identiti 'succes in laziness' aku. Hajat aku hanya satu, mencari gunting gigi aka gunting layer. Sukar sungguh jumpa menatang2 tersebut disini. Aku beralih ke satu kedai kepunyaan seorang pak Arab berusia lingkungan 35 -40 an. Aku bertanya,

"syuf sidi, 3indaka miqossul asnan?"
"Ni encik, hang ada gunting bergigi tak?"

"Ismah liya wildi, ma3indish dzalik"
"Sori la nak, aku takde la mende alah tuh"

Selang beberapa ketika, beliau mengarahkan aku pergi ke kedai sebelahnya. Mungkin ada. Setelah mengucapkan terima kasih, aku berlalu. Hampa. Aku kembali lalu dihadapan pakcik tersebut. Seolah-olah mengadu tiada barang tersebut di kedai jiran beliau. Tanpa menunggu, tangan aku pantas ditarik dan diarah pula ke kedai dihadapannya. Setelah bertanya, ternyata juga tiada. Tapi hati aku cukup mengagumi 'Pak Arab' itu. Sekalipun tiada rezki buatnya, tapi alasan itu tidak pernah membenihkan seulas hasad pun untuk menutup menutup pintu rezeki saudara sebangsa dan seagamanya. Sampai kini, aku kagum dengan seorang pak cik berbangsa Arab itu.


Situasi 2

Pengalaman. Lokasi di Kajang, Selangor, Malaysia.

"Assalamualaikum kak", sapa aku penuh bertatasusila.

"Waalaikomsalam!" lontarnya agak keras dari sifat dirinya seorang wanita

"Kak, ada jual simkad3 012 lagi tak?" Aku cuba merendah diri.

"Takde. Dah abes dah!" Jawapan
kasar dari seorang wanita berwajah Melayu Nusantara.

"Kat mana ye ada jual lagi?" aku cuba bermain tarik tali 1 sebelah.

"Tak tau. Cari sendiri! Kat sini memang dah abes!" Sudah lebih.

Sebelum jalan,

"Ke ni kedai haiwan, kak?", aku pantas melempar paku buah keras ke mukanya.
Aku puas! Ngahahaha...

....................

Biarpun jiwa bangsa Arab keras, tetapi kerasnya adalah seperti ais. Mudah dicairkan. Lembut Melayu,
diam-diam, mati kena santau.

Bersambung...

___________________
Nota kakimu cagu ;

1 Kamus dewan Undangan Negeri Perak pun takde perkataan nih.
2 Merujuk asal kalimah haiwan/binatang. Juga digunakan apabila marah kepada seeorang.
3 Simkad, sila pakai henpon untuk mengetahui fungsinya. Pesanan buat gadis-gadis sahaja(gadis jadian tidak akan dilayan), hantarkan nombor henpon anda kepada saya jika tidak keberatan. Terima kasih .

.......


Jom klik!Ads Portal Diyalna.com

Tuesday, May 19, 2009

Resakse Gaban

Pastinya anda ingin menggantung diri, jika seorang kanak-kanak perempuan yang memandang anda, menuduh ibunya menipu bahawa tiada raksasa didunia ini.
Tentu ianya suatu pengalaman yang memberi kesan negatif sehingga hari tua anda.
.
.
.
Ini bukan kisah saya, tapi cerita kawan lama. Marilah kita bersimpati dengan beliau.

.........

Entry ini tiada sangkut-paut mahupun bau-bau bacang dengan virus selesema khinzir. Hanya sekadar penghias blog yang sudah lama tidak update sahaja. (Lawa sangat ke entri nih sampai nak hias-hias?) Kekekek...

........

Esok aku update! Terima kasih.

.......


Jom klik!Ads Portal Diyalna.com

Friday, May 15, 2009

Pondok

Assalamualaikum wth,

Lama jugak aku tak update. Bukan apa, ada masalah yang perlu aku selesaikan. Tambah dengan masalah jami'ah (Universiti) yang agak serius. Kalau virus H1N1, dah tahap 5 jugak la. Minta maaf kat mereka yang tak berbalas komen atau shoutbox kat sebelah nih. Aku bukan sombong dan masih mesra. Kalau korang ajak bergambar, tentu aku ambik dari posisi atas sambil gelembungkan pipi serta membuat peace.

.........

Jika aku sebut sekolah pondok, tentu korang akan membayangkan suatu keadaan yang serba daif seperti perkampungan setinggan. Pelajarnya pula sentiasa memakai jubah putih kusam dan berserban persis Tok Guru Nik Aziz. Jika korang membayangkan gambaran seperti itu, aku akui ketepatan 90 % dari fakta tersebut. Kerana apa? Kerana aku dah lalui semua pengalaman di sekolah pondok. Tentu ada yang tak percaya, kan? Yelah, dengan identiti yang aku miliki sekarang, tak mustahil perbezaan personaliti bekas 'budak pondok' seperti tidak terkesan. Owhh..jangan cakap aku lupa diri, tidak. Nauzubillahiminzalik. Apatah lagi digelar ustaz rock, sebab aku minat lagu balada. Tapi tak pernah orang gelar aku 'ustat balada'!

Aku menjadi warga pondok ketika di tingkatan 1 ketika di Sekolah Menengah Rendah Agama Gemencheh, Negeri Sembilan. Pondok dan sekolah adalah berlainan. Sekolah hanyalah tempat untuk aku menduduki PMR. Manakala ketika di pondok, aku belajar kitab kuning. Kitab kuning bermaksub kitab² lama yang mengandungi silibus asas didalam bahasa arab, kaedah-kaedah bahasa arab, nahu, atau ilmu fekah. Dan jangan ditanya ilmu² tersebut kepada aku. Aku takkan jawab. Pengalaman mandi air sungai, memakai jubah putih lengkap berserban untuk setiap waktu solat antara pengalaman manis aku. Setakat kena rotan sebab lewat seminit masuk musolla macam makan karipap pusing je. Dan disini jugalah, kali pertama aku face to face dengan 'makhluk dunia sebelah' live macam menonton Siti Nurhaliza kat ABPBH. Seingat aku, demam panas aku seminggu lepas peristiwa manis tuh. kakakkaka.....

Mudir (Principal) pondok ketika itu, arwah Ustaz Hamzah rahimahullah memang banyak mendidik aku. Setiap petang Jumaat kelas Bahasa Arab berjalan. Rindu betul aku nak urut kaki dia petang². Tolong kemas kitab² dia. Minum air kelapa lepas gootng-royong Hari Sabtu. Ahhh...nostalgia sungguh. Hatta sehingga hari ini, aku terkilan bila tak dapat jumpa Ustaz Hamzah kali terakhir sebelum dia meninggal dunia. Semoga dia ditempatkan dikalangan para solihin. ameen.

Lagi sayu aku bila 2 tahun lepas, pondok yang meninggalkan seribu satu memori buat aku dah dirobohkan kerana tiada lagi pelajar. Ditambah dengan ketiadaan mudir dan kebimbangan pondok-pondok usang kami dihuni makhluk² tidak sepatutnya menyebabkan keputusan merobohkannya terpaksa diambil. Balik Malaysia nanti aku akan jejakkkan semula kaki aku di pondok, InsyaAllah. Yang penting, aku punya pengalaman untuk aku ceritakan kepada anak² aku nanti. Doakan aku juga agar gagah membawa panji agama walau di mana juga aku berada. Pasti aku akan doakan kau jua nanti, InsyaAllah.

Satu pondok muat dua orang. Privacy, kan?

Musolla. Di bangku itulah kami akan lepak² sebelum waktu Maghrib.

Pondok keempat dari kanan adalah pondok aku. Kredit untuk Bro Adam. (Insan innesen didalam gambar ini adalah Bro Adam tersebut)

Sayang betul, banyak gambar² di pondok kat Malaysia. Nantilah kalau aku dah sampai Malaysia, aku upload okeh..kakakka....


........

Jom klik!Ads Portal Diyalna.com

Sunday, May 10, 2009

Kan aku dah kata!

Assalamualaikum wth,

Gambar-gambar sekitar Sambutan Hari Pekerja sedunia 1 Mei 2009 yang lepas di Casablanca. Kosongkan minda korang dari sebarang gambaran kemeriahan berwarna-warni, pameran kereta berhias mahupun menteri-menteri melambai-lambai dari atas pentas. Ianya tidak ubah seperti gerakan mansuhkan PPSMI. Cuma tiada FRU!







........

Petang tadi aku berjalan ke Hyper Market Aswak Salam. 10 minit je dari rumah dengan kereta. Tidak..teksi. Iskandar dan Mujahid ikut sama. Selesai beli barang, aku timbang berat badan. Harap-harap turun dari 73 kilo minggu lepas.
.
.
Tinggi 175 cm, berat 71.3 kg. Body mass index aka BMI, 23.2. Berkat jogging 6 km 3 kali seminggu. Huh! kan aku dah cakap. Jangan cabar aku jadi kurus!

........

Jom klik!Ads Portal Diyalna.com

Saturday, May 9, 2009

K.U.S.K.U.S

Assalamualaikum wth,

Aku boleh tahan dengan orang berfikiran pra-matang.

Aku boleh tahan dengan manusia pra-sangka.

Aku boleh tahan dengan lelaki pre-judis.

.
.
.
.
.
Tapi, aku tak boleh tahan dengan gadis pra-san!

.........

Kuskus. Bukan angin kuskus yang berkemampuan membunuh 14 ekor nyamuk dalam satu masa itu. Ini nama makanan tradisional masyarakat arab Maghribi. Sangat sedap bila lapar. Berbentuk seakan-akan dedak ayam. Diperbuat dari gandum. Pelbagai jenis. Ada kuskus dengan ayam, daging ataupun sayur-sayuran. Masyarakat Maghribi akan makan kuskus pada hari Jumaat sahaja iaitu selepas Solat Jumaat. Hari lain korang takkan jumpa benda nih. Aku antara manusia sejagat yang gilakan kuskus. Dan mungkin aku akan kawen dengan gadis arab disini untuk memaksa beliau memasak kuskus setiap Jumaat. Manakala hari lain aku akan suruh bini Melayu masakkan tempe goreng cili padi.


Kredit kad untuk Tajuddin untuk kuskus beliau.

Imej Kuskus sebelum hilang sifat sempurnanya.

Kuskus ini mengambil masa 2 jam untuk disiapkan namun mengambil tempoh kurang 5 minit untuk dihadam perut jin bertopeng manusia-manusia diatas (kecuali saya).


.........

Jom klik!Ads Portal Diyalna.com

Friday, May 8, 2009

Perutusan Datuk Othman Samin

Assalamualaikum wth.
Berikut adalah perutusan dari TYT Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Datuk Othman Samin berkenaan pandemik selesema khinzir. Baca la ye.

........

Ruj. E-mel: RBA 136/2009
7 Mei 2009


Kepada Semua Pelajar
Melalui :
Setiausaha Kehormat
Persatuan Pelajar Malaysia di Maghribi

dan

Kepada Semua Rakyat Malaysia
Melalui :
Setiausaha Kehormat
Persatuan Rakyat Malaysia di Maghribi



WABAK SELSEMA KHINZIR

Saya dengan hormatnya merujuk kepada wabak selsema khinzir yang sedang menular ke pelbagai negara dan saya faham bahawa semua orang tahu akan bahaya wabak ini. Kerajaan meminta semua perwakilan Malaysia diplomatik di luar negeri memantau wabak ini dari menjangkiti rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negeri. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengingatkan semua rakyat Malaysia di Maghribi supaya berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga dari terdedah kepada bahaya wabak ini. Sebagai garis panduan, saya sertakan bersama-sama ini nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri kepada rakyat Malaysia di Mexico dan juga beberapa buah negara Amerika Tengah. Jika tuan berhadapan dengan tanda-tanda itu, sila hubungi segera persatuan atau Kedutaan Besar bagi mendapatkan nasihat segera.

2. Setakat ini Kerajaan Maghribi telah mengesahkan bahawa kes wabab selsema khinzir ini masih belum lagi dikesan. Mungkin tuan telah mendengar bahawa sudah ada kes-kes seperti ini dikesan di Sepanyol termasuk di Sebta (Ceuta). Ini bermakna kemungkinan kita terdedah kepada bahaya wabak ini kian membesar. Jadi berhati-hatilah dan jangan memandang ingatan ini sebagai rengan.

Terima kasih.

......tt……..
(DATUK OTHMAN SAMIN)
Duta Besar

Tuesday, May 5, 2009

Selesema Bab1

Assalamualaikum wth,

Lama juga aku tak update. Hampir seminggu. Aku tiada di rumah. Ke Casablanca. Bunyi macam gah bila sebut metropolitan nih. Dulu aku hanya terbayang Casablanca adalah seperti Las Vegas atau Paris. Malamnya ibarat siang. Ada semua yang kita mahukan. Syurga dunia. Semuanya meleset bila aku menjejakkan kaki kali pertama 2 tahun dulu. Besar lagi Seremban. Seronok lagi Bazaar Taman Tun Dr. Ismail. Makan aiskrim tepi gerai nasik lemak Cik Nab kat taman perumahan aku lagi syok. Huh! Owhh..pandangan secara perbandingan antara dua darjatnya, Casablanca adalah gambaran bagi Malaysia era 80-an. Nak tengok kereta Saloma pegi buat show datanglah sini.





.........

Siapa tidak kenal Cik Khinzir? Lubang hidung beliau sahaja sudah mengundang trauma yang cukup dahsyat di dalam sejarah susur galur masyarakat Melayu sejak dahulu. Traumatism terhadap haiwan berwarna seakan pemerah pipi gadis moden kini yang diperturunkan nenek moyang kita dahulu begitu menebal. Suatu traumatism yang bernas buat komuniti Melayu. Dan sekali lagi haiwan ini menjadi pencetus virus berbahaya yang mengancam dunia. Manusia tidak pernah mengambil pengajaran, kan?

.........

Bila gadis arab mula ber'bikini',
bila berkemban jadi fashion,
bila 'barut gantung' diperagakan,
.
.
.
itu tanda summer dah datang.

p/s: untung aku takde baju kemban, kalau ada naya kena sambar petir aku pakai..ngahahaha..

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...