Wednesday, May 20, 2009

Hakikat Pak Arab

Assalamualaikum wth,

Apa persepsi korang bila aku sebut tentang arab? Bagaimanakah masyarakat Melayu kita melabel bangsa yang sinonim dengan unta dan fadang fasir ini? Ketika aku belum mengenali secara detail tabiat dan habitat bangsa arab, gambaran pertama yang menerjah di ruang kepala hotak adalah Pashcale Masy'alani, ganas, kaki lempang budak, 18SG, bernafsu kuda belang, hangin satu perut, kuat mengketedarah(rujuk kalimah ini di dalam Kamus Dewan Bahasa edisi keeempat)1 dan berkata-kata dalam bahasa Arab. Begitu dahsyat dan sadis sekali bangsa ini dipandang dari hukum 'syarak' Melayu. Bukan itu sahaja, masyarakat marhaen kita cukup angkuh mendabik dada bahawa manusia spesis arab ini tidak beradab apatah lagi bersimpuh kaki ketika makan seperti bangsa yang takkan lenyap kononnya didunia, bangsa Melayu.

Owhh..entri ini bukan ingin menafikan kegahan bangsa aku sendiri. Kesopanan dan peradaban timur yang lemah lembut orang Melayu tak pernah aku pertikaikan. Cuma aku berhasrat membuka sedikit pintu minda bangsa aku di Malaysia dan di seantero dunia tentang bangsa Arab yang menjadi mangsa tohmahan melulu 'segelintir' orang kita. Tapi, kalau korang marah, berhentilah membaca hakikat yang ingin aku ceritakan nanti. (Mesti korang nak tau jugak kan? ngehngehngehngeh.....)


Situasi 1

Malam minggu lepas, aku dan Iskandar turun bandar Rabat. Penampilan aku agak ranggi dengan t-shirt biru navy berkolar V yang kelihatan beropol-ropol kehausan getah. Dengan topi jogging tidak pernah disentuh air selama 2 bulan menambah lagi gaya rock kapak tumpul sekitar 70-an. Seluar hitam semi-denim bercorak di kepala lutut kesan tumpahan susu Nespray seminggu lepas sedikit menonjolkan identiti 'succes in laziness' aku. Hajat aku hanya satu, mencari gunting gigi aka gunting layer. Sukar sungguh jumpa menatang2 tersebut disini. Aku beralih ke satu kedai kepunyaan seorang pak Arab berusia lingkungan 35 -40 an. Aku bertanya,

"syuf sidi, 3indaka miqossul asnan?"
"Ni encik, hang ada gunting bergigi tak?"

"Ismah liya wildi, ma3indish dzalik"
"Sori la nak, aku takde la mende alah tuh"

Selang beberapa ketika, beliau mengarahkan aku pergi ke kedai sebelahnya. Mungkin ada. Setelah mengucapkan terima kasih, aku berlalu. Hampa. Aku kembali lalu dihadapan pakcik tersebut. Seolah-olah mengadu tiada barang tersebut di kedai jiran beliau. Tanpa menunggu, tangan aku pantas ditarik dan diarah pula ke kedai dihadapannya. Setelah bertanya, ternyata juga tiada. Tapi hati aku cukup mengagumi 'Pak Arab' itu. Sekalipun tiada rezki buatnya, tapi alasan itu tidak pernah membenihkan seulas hasad pun untuk menutup menutup pintu rezeki saudara sebangsa dan seagamanya. Sampai kini, aku kagum dengan seorang pak cik berbangsa Arab itu.


Situasi 2

Pengalaman. Lokasi di Kajang, Selangor, Malaysia.

"Assalamualaikum kak", sapa aku penuh bertatasusila.

"Waalaikomsalam!" lontarnya agak keras dari sifat dirinya seorang wanita

"Kak, ada jual simkad3 012 lagi tak?" Aku cuba merendah diri.

"Takde. Dah abes dah!" Jawapan
kasar dari seorang wanita berwajah Melayu Nusantara.

"Kat mana ye ada jual lagi?" aku cuba bermain tarik tali 1 sebelah.

"Tak tau. Cari sendiri! Kat sini memang dah abes!" Sudah lebih.

Sebelum jalan,

"Ke ni kedai haiwan, kak?", aku pantas melempar paku buah keras ke mukanya.
Aku puas! Ngahahaha...

....................

Biarpun jiwa bangsa Arab keras, tetapi kerasnya adalah seperti ais. Mudah dicairkan. Lembut Melayu,
diam-diam, mati kena santau.

Bersambung...

___________________
Nota kakimu cagu ;

1 Kamus dewan Undangan Negeri Perak pun takde perkataan nih.
2 Merujuk asal kalimah haiwan/binatang. Juga digunakan apabila marah kepada seeorang.
3 Simkad, sila pakai henpon untuk mengetahui fungsinya. Pesanan buat gadis-gadis sahaja(gadis jadian tidak akan dilayan), hantarkan nombor henpon anda kepada saya jika tidak keberatan. Terima kasih .

.......


Jom klik!Ads Portal Diyalna.com

14 comments:

ekramhakim~ said...

hampeh punye entri..wat ilang ngantuk saya jer bang baca ni malam2..daa takleh nak tido daa..aduss..

satu lagi,arab xde dendam2 mcm genetik melayu nih..ngeh3..

"Ke ni kedai haiwan, kak?"-->best giler ayat2 cenggini..

bau kaki la kat buku nota!

IdaAnuar said...

kakak tu datang bulan tu alang...sebab tu dia mcm tu....

Lynda said...

kdg2 apa yg kita dgr tak sama dgn apa yg kita alami kan ..

Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid said...

Apa beza gunting ni dengan gunting tuh??
lantas arab tersebut berkata:
" Gunting ni ada gigi".huahua.
Sekasar2 arab pon pandai buat lawak ngan pelangan.

munawwar said...

bukan main lagi dressing nak kuar gi bandar.

nak pikat gadiss arab ka?ehemm..

best la 'ammu2 kedai kat morocco sane..tapi memang camtu la hakikat bangsaku Melayu..

:: Alif :: Dal :: Mim :: said...

itu la kebaikan arab...payah nk jumpa..tak de nk dengki2..kagum!

kimmy_ky said...

'akak' kedai & 'akak2' nurse kt malaysia ni mmg dtg bulan ari2..dah penah alami situasi yg ntah pape mcm tu..
tp
pak arab kat malaysia ni pon leh tahan gak..(mgkn dh terpengaruh kot?hahaha) kedekutnya pak arab ni kemain lg..umah dia juta2 harga,nk suh aku decorate cantik2..tp nk byr mcm buat gerai tepi jln?adehh laa...kodokut betui!

miss GAZA said...

"Biarpun jiwa bangsa Arab keras, tetapi kerasnya adalah seperti ais. Mudah dicairkan. Lembut Melayu, diam-diam, mati kena santau"
pedasss ayat ni..
nmpak sangatla org Melayu ni kuat brdendam smpy tahap santau mnyantau!
tngok jela drama2 kita..
Sdar2lah sapa rasa dia org melayu..

alfannani said...

Sib baik aku seorang brukistan bukan melayu. Tu fasal aku seorang yang suci murni.

(sedang masuk bakul dan berusaha untuk angkat sendiri)

en_me said...

teringat peribahasa 'kuman diseberang lautan nampak, gajah depan mata tak nampak' kannns.. salamms abang syahid itteww

mshafie said...

Sebenarnya syahidd bukan semuanya itu baik dan tak semua juga buruk..

Kita tahu apa kelemahan bangsa arab dan juga menyedari kelemahan bangsa kita sendiri...pokok pangkalnya pada integriti diri itu sendiri..tidak kiralah apa bangsa pun kalau diri tidak diasuh dengan nilai murni maka hati akan mudah diselubung kelam yang jika tidak dibendung akan melahirkan sifat negatif..

Yang baik jadikan teladan..yang burok itu sempadan buat kita meniti perjalanan hidup di muka bumi ini...

admin said...

"keras keras arab, hati macam ais mudah cair, lembut lembut melayu, mati kena santau.."

mmm.. :)

Wan said...

"Ke ni kedai haiwan, kak?"

wakaka..

Anonymous said...

Memang moroccan bagus2......bakal suami saya moroccan.

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...