Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya hoi..hoi..!



Cepat betul Ramadhan berlalu kan? Mana tak cepat..bangun tido lagi 5 minit nak azan maghrib! Kekeke..So, macam mana persiapan raya korang tahun ni? Baju kebaya kain sarung membelah halilintar korang dah ambik belum kat tukang jahit? Tutup kedai, alamat pakai baju tahun lepas lah. ahaha.. Seperti biasa, raya bagi aku taklah into sangat. (aku rasa ramai dah buat ayat camni) Konon raya tak bermakna la, sambut ala kadar la, tak buat persiapan lagi la. Sedar-sedar lepas raya, hutang Court Mammoth berjela. Sofa mesti tenggelam leher kalau duduk, tibi wajib lebih besar dari dinding. Belum cakap pasal kuih kaler oren, biru nila, belang-belang patbelas jenis tapi satu rasa lagi. Ramai je golongan sedemikian rupa di kalangan masyarakat M_L_Y_ kita, betul tak adik-adik? Ikut merekalah, janji diorang ingat tuhan cukup. Full stop ceramah sempena malam tujuh likur ni ye.

Lepas sahur tadi, teringin pulak dengar lagu anuar zain masa kecik-kecik pakai samping singkat. Memang lagu hot raya. Lebih sejuta viewers. Aku syak, ini semua angkara budak oversea yang desperate tak balik raya. Kalau Gaga keluar album time raya, aku yakin kerat kuku, album dia tak laku sebab semua orang nak dengar lagu Sudirman, Saloma dengan Ahmad Jais. Apa pendapat kalian yang bijaksana?Aku dah merepek. Barangkali kerana tidak dapat beraya di Malaysia lalu menyebabkan hormon estrogen aku terganggu? Makin terjejas hormon aku nampaknya. Baiklah, aku teruskanlah dengan ucapan raya untuk kali ini.

Bismillahirrahmanirrahim. Saya, selaku pemegang nickname Syahiddmilikku dengan penuh rendah diri, terharu, sadis, pilu dan malu-malu ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pembaca yang membaca blog ini, tidak kiralah pembaca lama, baru, acik nony dan sesiapa sahaja diluar sana. Saya juga menyusun sepuluh jari tangan, sepuluh jari di kaki, dua lutut dan satu kepala dengan harapan agar anda dapat memaafkan saya andai tersilap kata, mengguris jiwa sepanjang perkenalan kita di alam maya ini.Saya juga amat berharap dan mendoakan anda semua bergembira disamping keluarga serta mudah-mudahan Allah melimpahkan berkat dan rezeki yang melimpah-ruah kepada anda hendaknya. Ameenn. Oleh itu, sambutlah lebaran ini dengan penuh kesyukuran kepada Allah Yang Esa dan mulakan diri kita dengan peribadi yang baru. InsyaAllah.

Apa kata korang buka TV1, 30/8/2011 jam 6 petang. Mesti korang nampak scene macam kat atas ni. Baju Melayu aku tu very the Warisan Johor kan? keskeskes...Feeling zapin kau. Jangan lupa okeh. Wassalam.

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...