Assalamualaikum wth,
Fuuhh..dapat jugak aku menulis? menaip? balik kat blog nih. Minta maaf banyak kepada korang yang 'mengomen' . Sepatutnya aku exam minggu depan, tapi disebabkan akan berlangsung intikhobat (pilihanraya) daerah, exam akhir ditangguhkan dua minggu akan datang. Jadi, aku punya masa untuk beronggeng barang sehari dua..hohoho..
.........
Secara jujur, banyak perkara yang aku kagumi akan spesis manusia berhidung paruh dan berbulu lebat ini. (Kini anda sedang membaca tentang bangsa Arab, bukan membaca artikel alam flora dan fauna, harap maklum). Sifat dan cara hidup yang unik bagi aku sangat menarik. Berbanding orang kita, Melayu, masyarakat Arab lebih cenderung untuk mempamerkan sifat mereka dengan lebih terbuka. Maksudnya disini, jika mereka menyanyangi ibu dan bapa, mereka tidak teragak² memeluk dan mencium dahi hatta di tengah khlayak ramai sekalipun bagi melahirkan ekspresi 'sayang dan cinta' mereka. Anda bolah bayangkan jika bagaimana mereka memadu kasih sesama pasangan? Macam kena gam gajah. Owhh, Melayu pun begitu, cuma dengan cara kita tersendiri.
Arab memang ganas. Cara pergaulan mereka sudah melambangkan kekerasan dalam kehidupan seharian. Bayangkan, di Mesir, 30 peratus punca keretakan rumah tangga adalah kerana kes isteri mendera suami! Pernah aku diberitahu seorang sahabat berbangsa Arab Maghribi yang beliau begitu inginkan seorang isteri Melayu. Alasannya, dia begitu kagum dengan budi pekerti pelajar Malaysia yang lemah lembut. Bukan selembut sutera okeh! Dia menambah, sekeras² keras pelajar lelaki Melayu, sama macam selembut² perempuan Arab! Tentu korang tak boleh bayangkan bagaimana keras perilaku bangs Arab ni. NAMUN, perlu diingat, sekeras² lelaki Arab, tidak pernah kes seumpama Nurin Jazlin berlaku di negara Arab sebagaimana berlaku dinegara berbudi pekerti tinggi, Malaysia! Bukan aku bersifat berat sebalah dalam menjustifikasi bangsa aku sendiri, tapi sifat dan perilaku tidak langsung menggambarkan apa yang berlaku.
Apa yang aku tulis ini adalah secara ringkas, padat dan sendat jer. Malas nak tulis panjang². Aku takut, ada orang terasa hati. Banyak perkara indah dan baik yang tidak terdapat dalam jiwa bangsa Malayu tetapi tertanam didalam diri bangsa Arab. Aku faham, mereka yang tidak pernah merasai sendiri pengalaman bersosial dengan mereka agak kurang memahami norma² hidup Arab. Aku hanya mampu ceritakan sahaja sebagai pengajaran buat kita semua. Jika korang rasakan tiada sesuatu yang boleh korang pelajari dari apa yang aku tulis, terpulanglah. Kita bukanlah terbaik dan jauh sekali juara dalam dunia ini.
..........
Kenapa aku bercerita tentang arab? Sebab kawan aku yang pergi Malaysia cakap, dia bagi salam kat orang tepi jalan, diorang tak jawab..hahahah....
p/s : Orang kita anggap pelik kalau orang tak dikenali bagi salam. Jika di negara arab, angkat tangan dari jauh pun meraka akan jawab salam.
.......
8 comments:
alaa yeke.. malang betol saya dah tak available lagi! hahahaha.. kalo tak musti dah dapat laki arab dah... kehkehkeh! melawak je. :)
lain lain tempat lain lah cara nya...kalau perancangan maklong jadi...kita buat aje lah cc tu alang..okey tak
Haha syahidd..lain padang lain belalangnya...
Sebabtu Tuhan jadikan kita hidup berpuak-puak, bersuku-suka dan juga berbangsa-bangsa supaya kita dapat berkenal-kenal antara satu dengan yang lain..
Kalaw kwn syahidd yang pergi MAlaysia tu tegur org kita tp tak berbalas mugkin orng kita tu yang takut jap lagi nak kena ckp omputih+arab...hahahahahahaha
bagus. satu ekspresi jiwa yang menerangkan arab dari skop berbeza. Arab dan Melayu sangat berbeza. Teruskan menulis. Err. gambar skali lah. baru syok. Ko punya gambar pon tangkap maut jugak bro.
shidan satu lagi perangai Arab yg smpai sekarang aku terikut...
ko perasan tak..kalo diaorg salam..baru je nk hulur tgn salam..mesti diaorg akan bangun tanda hormat if yg sorang lg tu dduk la kan...tak kira la muda ke tua..kan?ka?
org mlysia takut tgor org tak dikenali sbb takut kena samun,taku kene santau,takut kene rogol,takut kene colek, dan takut..takut dan takut lagi...
malaysia oh tanah airku...
shidut jgn lupe..org melayu sgt pemurah..sampai sgala2 nye tergadai..
tapi kite punye budaya yg hebat. klu bce novel fT manikam kalbu, ketupat cinta..busana melayu ngn juadahnye memang hebt,
tu blom aspek senibina melayu..
stiap inci struktur sume kait ngan Tuhan..sampai alang pun dpanggil tunjuk langit bawak mksud keesaan Tuhan..
cume melayu yg ko sbutkan tu melayu yg xkenal sejarah melayu, asal usul mlyu..
Terima kasih atas pandangan anda,
pandangan² sebegini saya sudah jangkakan dari awal. Teruskan memberi respon supaya saya dapat belajar dengan lebih maju. Terima kasih sekali lagi. Allah yubarik fikom.
Post a Comment