Friday, May 15, 2009

Pondok

Assalamualaikum wth,

Lama jugak aku tak update. Bukan apa, ada masalah yang perlu aku selesaikan. Tambah dengan masalah jami'ah (Universiti) yang agak serius. Kalau virus H1N1, dah tahap 5 jugak la. Minta maaf kat mereka yang tak berbalas komen atau shoutbox kat sebelah nih. Aku bukan sombong dan masih mesra. Kalau korang ajak bergambar, tentu aku ambik dari posisi atas sambil gelembungkan pipi serta membuat peace.

.........

Jika aku sebut sekolah pondok, tentu korang akan membayangkan suatu keadaan yang serba daif seperti perkampungan setinggan. Pelajarnya pula sentiasa memakai jubah putih kusam dan berserban persis Tok Guru Nik Aziz. Jika korang membayangkan gambaran seperti itu, aku akui ketepatan 90 % dari fakta tersebut. Kerana apa? Kerana aku dah lalui semua pengalaman di sekolah pondok. Tentu ada yang tak percaya, kan? Yelah, dengan identiti yang aku miliki sekarang, tak mustahil perbezaan personaliti bekas 'budak pondok' seperti tidak terkesan. Owhh..jangan cakap aku lupa diri, tidak. Nauzubillahiminzalik. Apatah lagi digelar ustaz rock, sebab aku minat lagu balada. Tapi tak pernah orang gelar aku 'ustat balada'!

Aku menjadi warga pondok ketika di tingkatan 1 ketika di Sekolah Menengah Rendah Agama Gemencheh, Negeri Sembilan. Pondok dan sekolah adalah berlainan. Sekolah hanyalah tempat untuk aku menduduki PMR. Manakala ketika di pondok, aku belajar kitab kuning. Kitab kuning bermaksub kitab² lama yang mengandungi silibus asas didalam bahasa arab, kaedah-kaedah bahasa arab, nahu, atau ilmu fekah. Dan jangan ditanya ilmu² tersebut kepada aku. Aku takkan jawab. Pengalaman mandi air sungai, memakai jubah putih lengkap berserban untuk setiap waktu solat antara pengalaman manis aku. Setakat kena rotan sebab lewat seminit masuk musolla macam makan karipap pusing je. Dan disini jugalah, kali pertama aku face to face dengan 'makhluk dunia sebelah' live macam menonton Siti Nurhaliza kat ABPBH. Seingat aku, demam panas aku seminggu lepas peristiwa manis tuh. kakakkaka.....

Mudir (Principal) pondok ketika itu, arwah Ustaz Hamzah rahimahullah memang banyak mendidik aku. Setiap petang Jumaat kelas Bahasa Arab berjalan. Rindu betul aku nak urut kaki dia petang². Tolong kemas kitab² dia. Minum air kelapa lepas gootng-royong Hari Sabtu. Ahhh...nostalgia sungguh. Hatta sehingga hari ini, aku terkilan bila tak dapat jumpa Ustaz Hamzah kali terakhir sebelum dia meninggal dunia. Semoga dia ditempatkan dikalangan para solihin. ameen.

Lagi sayu aku bila 2 tahun lepas, pondok yang meninggalkan seribu satu memori buat aku dah dirobohkan kerana tiada lagi pelajar. Ditambah dengan ketiadaan mudir dan kebimbangan pondok-pondok usang kami dihuni makhluk² tidak sepatutnya menyebabkan keputusan merobohkannya terpaksa diambil. Balik Malaysia nanti aku akan jejakkkan semula kaki aku di pondok, InsyaAllah. Yang penting, aku punya pengalaman untuk aku ceritakan kepada anak² aku nanti. Doakan aku juga agar gagah membawa panji agama walau di mana juga aku berada. Pasti aku akan doakan kau jua nanti, InsyaAllah.

Satu pondok muat dua orang. Privacy, kan?

Musolla. Di bangku itulah kami akan lepak² sebelum waktu Maghrib.

Pondok keempat dari kanan adalah pondok aku. Kredit untuk Bro Adam. (Insan innesen didalam gambar ini adalah Bro Adam tersebut)

Sayang betul, banyak gambar² di pondok kat Malaysia. Nantilah kalau aku dah sampai Malaysia, aku upload okeh..kakakka....


........

Jom klik!Ads Portal Diyalna.com

16 comments:

a.b geldofg said...

smuga agama terus dpelajari walau di mana

::alifdalmim:: said...

shidan..

turn aku plk nk nangis..
ko ingt tak..
tetiap ari isnin ngn rabu mesti ada gotong royong..mlm dgr cik yam n da gang mengumpat..hahahaha
mcmner kita survive hidup dgn manusia kejam [ha*** and da geng..]
lauk kt pondok lg best berbanding asrama punyer..
kene tawaf madrasah lps subuh sbb masuk lmbt..
kene rotan tu jgn ckp la..
berebut pencakar lps asar..
time lauk telur rebus mesti ramai tak mkn..
hahahaha...i miss that day!!

Syahiddmilikku said...

ab,
i'll remember that, TQ.

Abg Adam,
makan wafer ngan air teh lepas asar.
senang dapat pas outing ngan mak cik.
balik pakai baju melayu biru kundang.
bertugas lap meja lepas makan.
tolong kak iseh masak.
time prep petang tido sampai asar kat madrasah.
lepak depan keta volvo ustat hamzah.
duit kena curik ngan 'BUSUK'..kakakaka..
Aiyakkk...very the touching lahh bang....

IdaAnuar said...

teringat budak kecik yang di ambil di tepi jalan gemencheh tampin satu ketika dulu...sekarang ni dah bujang.dah duduk jauh pulak...budak kecik yang sentiasa bersongkok dgn wajah putih bersih itu kini jaunh di rantau orang..wawawa...rindu kat alang.sob!sob!hikh!hikh!

- eiNa - said...

musti seronok kan belajar kat pondok... eina x penah merasa.. masa kecik2 dulu, ada la jugak tgk org gi sekolah pondok.. huhuh... teringin nk rasa pengalaman camtu... :)

munawwar said...

orang nogori rupenye=)

ana tak pernah merasa duk pondok.main pondok2 pernah la..heh

ekramhakim~ said...

'Jika aku sebut sekolah pondok, tentu korang akan membayangkan suatu keadaan yang serba daif seperti perkampungan setinggan. Pelajarnya pula sentiasa memakai jubah putih kusam dan berserban persis Tok Guru Nik Aziz.'-quote.

Alhamdulillah di Morocco dia masih seperti di pondok dulu..kan3..??

kimmy said...

kimmy x penah ada kawan yg belajar kt sekolah pondok apetah lg pengalaman belajar pondok.

well..mesti satu kenangan paling indah dlm hidup belajar ttg 'ibu' sehala hidup kt pondok kan?

::alifdalmim:: said...

nk smbung lg ni..

balik sekolah dduk madrasah bukak buku pastu tido konon2 lelap masa tgh bc buku..
lps solat slgi ustaz hamzah tak mulakan selawat masing2 kecut perut tkut ada yg kene hukuman..
outing kt pekan gemencheh jer..
mandi awal kt kolah reramai tkut bdk yg lps men bola dtg serbu..
11 mlm mesti kene ttup lampu..
ari sabtu mlm mesti ada program like nasyid,kuiz,syarahan dll..
masing2 terpesona dgn mak 'BUSUK' sbb mak dia lawa! ;p

pu3 balqis said...

tumpang sedey mngenang kenangan lalu.. ;-P

Syahiddmilikku said...

maklong ida,
aiyakk..indah sungguh kenangan itu...

deqna,
pondok durian nenek saya ada kat kampung. boleh la dtg nanti..hahahah..

munawwar,
saya bukan org nogori. saya asala selangor. tetapi mampu berbahasa nogori..hahah..

ekramhakim,
sila jaga tatasusila anda sebagai timbalan presiden PMMM. terima kasih..kikikiki..

kak kimmy,
okeh, skang akak dah ada kawan yang penah belajar kat pondok. huhuhu...

alifdalmim,
busuk, sebuah memori luka..kekekek..

pu3,
jom tumpang skali..heheheh..

Shazwani said...

taktau pulak aku pondok sudah dirobohkan.siannyer..dh lame tak dgr crite pasal moncheh nie..

Unknown said...

Ya Alllah ada gambar pondok tu lagi. Aku pernah duduk disana selama setahun setengah. Pastu aku buat hal. Ustaz Hamzah marah betul. Aku keluar ke sekolah biasa. Bila aku dah habis belajar, aku kerja kat gemencheh. Tau tau pondok dah roboh. Ustaz Hamzah meninggal. Isterinya akan jumpa di Klinik Kesihatan Gemencheh. Isterinya kata tiada siapa nak jaga pondok selepas kematian Ustaz Hamzah.

Unknown said...

Siapa kt sini perempuan yg belajar pondok guna kitab kuning...boleh jadi guru saya....teringin nak belajar

ANONUMOUS said...

PENGAMBILAN PELAJAR BARU
BAGI TAHUN 2018/2019

PENGAJIAN ALIM MANHAJ DARUL MUSTAFA

* Manhaj (sistem pengajian) diambil sepenuhnya dari Madrasah Darul Mustafa, Hadramawth, Tarim, Yaman yang telah diasaskan oleh Al-Habib Ali Mansyur Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz & Al-Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz Rahimahullah Ta'aala

•Pengajian Hadith
•Aqidah
•Fiqh
•Tasawuf
•Sirah Nubuwwah
•Nahu sorof
•Bahasa Arab
•Hafazan Al-Quran

* Syarat Kemasukan :-
- Pelajar lelaki beragama Islam
- Berumur diantara 9 hingga 16 tahun
- Sihat anggota tubuh badan
- Boleh membaca Al-Quran
- Mempunyai rekod akhlak & adab yang baik
- Bersedia mematuhi segala peraturan.
- Mendapat keizinan daripada ibubapa
- Mempunyai semangat yang tinggi untuk mendalami ilmu syariat bagi menegakkan & menyebarkan Agama Islam

LOKASI PENGAJIAN & ASRAMA :
Madrasah Tarbiyatul Mustafa
No.10 & 12, Jalan Gapi 2A,Seksyen 2, Antaragapi, 48200 Serendah, Selangor.

Untuk maklumat lanjut / pendaftaran, sila hubungi:-
Ustazah Nurlida
www.wasap.my/60133883132/MasukTahfiz-z

Ustaz Hasan
www.wasap.my/60133993132/MasukTahfiz-z

Jemput Masuk Ke Group Telegram
t.me/madrasahtarbiyatulmustafa

#pondok #madrasah #sekolahpondok #antaragapi #serendah #rawang #selangor #alquran #al-quran #hadith #fiqh #tasawuf #islam #mahad #mahadtahfiz #tahfiz #asrama #hafazan #syariat #hakikat

Unknown said...

Assalamualaikum wbt...
blh x kalau saya nak bertanya serba sedikit tentang ustaz hamzah- mudir pondok hamzah kat gemenceh n9

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...