Wednesday, July 1, 2009

Berita Terkini

Assalamualaikum wth.

Selamat bertemu kembali. Maaf, jari aku masih agak keliru dengan identitinya, kesan menulis jawapan peperiksaan dalam situasi tekanan yang begitu tinggi.

........

Aku baru berpindah rumah sejurus exam berakhir.

Surat layang buat tuan rumah,

Terima kepada Puan Fatimah Buaydhat atas sikap anda yang begitu tamakkan duit dan tidak memikirkan susah dan senang pelajar seperti kami yang jauh dari tanah air sendiri serta terpaksa hidup atas ehsan masyarakat lain. Dengan ucapan 'Selamat Berjaya' yang anda ucapkan setiap kali meminta duit sewa yang tidak pernah lewat sehari pun itu ibarat topeng sahaja bagi kami. Kami ingin anda tahu bahawa kami amat membenci serta meluat akan anda sekeluarga tatkala anda menuding jari ke batang hidung kami bahawa pintu rumah yang dirosakkan oleh anai-anai sejak sekian lama itu adalah dibawah tanggungan kami. Kami juga amat bersimpati kepada anda yang dibutakan mata dan hati untuk melihat perkara sejelas itu. Jika kami membantah, anda akan mengungkit bahawa segalanya ada didalam kontrak 'kayu dan kaku' seperti anda itu. Tambah pula, bayaran sewa rumah yang mahal adalah tidak seimbang dengan rumah zaman kolonial sewaan ini. Dan jika anda memahami apa yang kami luahkan, ketahuilah, kami akan menuntut segala cost penganiayaan anda terhadap kami dibayar di akhirat nanti. Itu adalah sesuatu yang pasti! Kami juga amat berharap anda yang berfikiran sedangkal kambing gurun itu bukanlah simbol masyarakat Maghribi yang terkenal dengan keramahan dan saling bantu-membantu. Dant sekian kalinya, buat Puan Fatimah Buaydhat sekeluarga, biarlah sikap dan sifat buruk yang anda miliki itu tidak diwarisi oleh Zainab, cucu anda yang manis senyumannya agar Maghribi terus hidup dengan manusia yang punya sifat mahmudah dan paling penting, tidak sekeji anda!

Jumpa di akhirat!

...........

Maaf, aku sedikit emosi kerana aku tidak pernah bertemu dengan manusia dan situasi diatas. Tapi aku masih waras dan mampu berfikir bahawa cendol itu sangat sedap bila dicampur dengan santan dan jagung tin.

...........

I'm speechless now. Kita 'mengeteh' entri lain okeh. Pray for my result, ameen....


........

Jom klik!Ads Portal Diyalna.com

8 comments:

- eina natalie- said...

alahaiii... siannya korg.. dah la merantau.. camtu plak eh.. xpe2.. bykkan bersabar..
tp kan, surat tu sopan btol eh.. =p

Muhammad Haidar said...

sabar syidan istighfar bbnyak....hehe

miss GAZA said...

huh!
emo nampak..
sabar banyak2 ye!



so..
camna umah baru?
=p

IdaAnuar said...

pidah rumah?..jangan lah emo.maklong plalk bz cari umah jugak ni.kesian kat ibu yang merayu cepat pindah

ekramhakim~ said...

Ade brani terjemah dalam bahasa arab? pastu lempar dalam kawasan umah dye..ekeke...

-orang dah de kat mlysia-

pu3 balqis said...

wah...sabar3
insyAllah, pu3 doakan...

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

keh keh keh.. klako sungguh. lenkali ejaslah ank pompuan dia, pastu bila dah baik, suruhlah ank pompuan dia cakap kat mama kasi diskaun. hehehe..

tapi surat layang ko memang best!

syahiddmilikku said...

deqna,
kesian kitorang kan?? kekeke..
kita kan org melayu, mesti beradab sopan walaupun dalam keadaan amarah sekalipun...ngehngehngeh..

haidar,
astaghfirullahala'zhiimmm...18x..syukran..

miss gaza,
sangat selesa dan jauh dari ex-tuan rumah yang kerek itu..heheh..

maklong ida,
betul, maklong kena cepat pindah supaya boleh masak resipi paprik mak long yang amat menggiurkan itu bila alang balik mesia nanti..ngehngehngeh...

ekramhalim,
hish..x baik buat camtu, kita kan pelajar agama..(harharhar..rasa cam kena penampar ghaib tak?)

p/s:orang rabat suka menipu eh? kehkehkehkeh....

pu3 balqis,
ameenn....syukran jazilan ya ustazah..eheh..

lotpi,
anak beliau semua jantan dan tidak hensem..adakah wajar saya berbuat demikian? kakakakka...
saya belajar menulis surat layang ketika sekolah rendah dulu..masih terkesan sampai skrg..hohoh...

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...