Friday, July 10, 2009

Yoshhh!!! 2 weeks to go!!

Assalamualaikum wth,

Korang tau, aku betul-betul mahu mengepost entri kat blog ini. Tetapi anda pasti hampir membunuh diri jika loading homepage Google menyamai tempoh 3 waktu sembahyang!

.........

Owhh..tahniah kepada diri aku dan mereka-mereka yang berjaya dalam Exam Finale. Perasaan ketika menonton movie²s, Naruto, One Piece, makan nasik pada waktu tengahari dan malam serta lumba tidur paling lama sejurus selepas berjaya dalam peperiksaan amat sukar digambarkan walaupun ianya sudah diamalkan secara istiqomah sebelum peperiksaan lagi.

........

Minggu depan, ada job. Tangkap gambar konvokesyen kali kedua untuk yang dah genggam segulung ijazah. Kena asah dah D50 itu. Haihh..siyes..malas! Ingat nak sabotaj majlis itu nanti. Apa pendapat korang? ngahahaha...owhh..lupakan bayangan anda tentang majlis konvokesyen yang dihadiri oleh ribuan manusia disebuah dewan yang agam. Juga, sila padamkan khayalan festival konvo kami diadakan selama seminggu. Itu mungkin sekadar mimpi basah indah bagi kami disini.

........

HOh. Masih berbaki 12 hari lagi untuk aku fly to Egypt . Insya4jj1, flight 22 Julai 2009. Iberia Airlines baru forward notis supaya penumpangnya memakai topeng otromen mulut bila transit di Madrid nanti. Aiyakk..aku pasti kesunyian dan bosan dalam flight nanti. Owhh..buat Abang Fear dan Abang Bob, saya sampai Cairo International Airport pukul 10.30 malam, 22 Julai 2009. Cuba check kat sini.

p/s: Sedang gigit keyboard sebab tidak sabar..

.......

Perhatian : Sudah 2 entry aku tulis dalam mode syok sendiri. Hontou ni, sumimasen deshita!

........


Jom klik!Ads Portal Diyalna.com

7 comments:

ekramhakim~ said...

2 minggu lagi ke flight??

knape tak awl lagi..?

oh morocco amanlah cepat..

=P

Syahiddmilikku said...

keram,
orang menipu memang takut ngan org yang benar lagi amanah nih, kan?...miahahahah...

war-g-ya said...

g mesir lg ke?best rrr ko,mklum la duit dh byk kn,ko bli tiket bpe wei?

aku rse mcm nk tmpah brg kt ko,agk2 boleh x?

landaklaut said...

uuu bestnye gi jalan2.. kemsalam kat pyramid ye.. hehehe.. *ayat2 jeles dari org tak penah pegi mesir*

pu3 balqis said...

wah.. da nak pi mesir pon dia..
kita nih lambat g ar..bulan 9..
haha56.. da2.. toksah la dok gigit keyboard tuh.. lagi 12 ari ja pon..
kita ni yang lagi 2 bulan nih..
*hancur la keyboard dibuatnya..
;D

Syahiddmilikku said...

wargya,
aiyakk..banyak duit? ikat perut aku nak beli tiket. Nak kirim bleh jer, tapi kena bagi awal kat aku la, asal jgn berat sesangat dah la yer kak..kekeke.

cempaka,
kan senang hantar sms at piramid itu? eheheh..takoe, nanti kita apdet okeh..

pu3,
selamat datang ke sorga donia, Mesir. eheh..jummpa kat sana nanti keh.

MissGAZA (FasihahAdnan) said...

so antum ni kira b4 n after exam xdak bezalah yer?
haha
=P



er,
nak gi mesir dah?
waaa
sangat jeles!!
x sabaq gak nak p sana..

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...