Assalamualaikum wth. Baiklah, entri kali ni saya tujukan khas kepada blogger-blogger pemangsa yang ghairah memburu hotspot bagi makanan eksotik, erotik, dan patriotik di serata tanah air. Jom ikut saya ke Restoran Ikan Bakar Terapung Fort Supai, Kuala Linggi, Melaka Bandaraya Warisan Dunia.
Saya dapat tahu restoran ni dari kawan ayah yang datang rumah satu pagi Ahad ni. Dia cakap kalau nak makan seafood fresh, murah dan sedap cuba pegi restoran terapung Fort Supai. Ayah ibu saya memang pantang dengar tempat-tempat begini. Lepas menggugel, petang tu jugak kitorang berlima pegi. Adik-beradik tak semua ada rumah. Ada yang kat asrama, kolej dan bekerja. Tinggal saya paling besar, adik kecik saya dua orang dan ayah ibu. Itu yang bosan duduk rumah. Jangan cakap sikit, mesti jalan punya. Ketika saya pergi ni, orang tak ramai, sebab malam tu ada final World Cup Spain lawan Germany. Kira untung la, tak sesak. Pekerja situ cakap malam Sabtu memang ramai.
Tempat ni lebih kurang 20 minit dari Port Dickson. Kalau jalan kaki, empat hari kot. Dari pekan PD, korang terus je ke arah Melaka. Korang akan jumpa simpang tiga, satu terus ke Masjid Tanah satu lagi ke Tanjung Agas, masuk ke Tg. Agas sebelah kanan dan terus je. Apa? Kanan tu belah mana? Boleh tuju lagu? Okey, lepas itu dah takde masalah. Terus drive dan korang akan lalu jambatan tapak sanctuary Kuala Sungai Linggi. Tempat, Subhanallah, damai. Boleh la kalau nak bergambar, memancing. Nak buat maksiat pun boleh jugak, tapi masuk neraka esok jangan cakap yang korang baca kat blog saya.
Dah
Bagi saya, tempat ni saya rate 4 bintang. Tempat cozy, suasana tenang, memang feel terapung habis. Siap ada kemudahan asas seperti tandas, musolla yang bersih, dan kawasan bersejarah kubu lama bagi sesiapa yang nak tambah pengetahuan. Owh..tempat ni dulu bekas kubu Belanda kutip cukai bagi kapal-kapal dagang yang masuk ke Sg. Linggi. Nak info lebih, klik website restoran Fort Supai di sini. Makanan kita pilih raw seafood yang kita nak dan dia akan masakkan. Macam kat Bagan Lalang tu, kan Akak Kucing kan? Semua hasil laut datang daripada nelayan-nelayan sekitar muara Sungai Linggi. Sah-sah segar. Itu ibu saya cakap la. Saya main percaya je.
Harga? Ni che nak habaq mai ni. Semua sekali RM83.50. Murah macam pasar malam! Jauh lebih murah dari makan lima orang dekat Tasik Impian Dengkil. Berbaloi-baloi. Murah kan? Mungkin sebab ayah saya yang bayar kot. keskeskes...Ayah ibu saya pesan lauk siakap tiga rasa, siakap stim, sotong dan udang goreng butter, kangkung belacan, pari bakar, kerang bakar, lala bercili, jus segelas seorang, tom yam, sup sayur dan nasi putih.
Adik saya berdua tu makan bukan banyak. Ayah ibu saya, boleh lah. Saya pulak makan tak boleh blah. Dasar usus ada tapak pelupusan sampah. Semua tuang kat saya. Itulah bagusnya jadi pemuda yang sihat. Sambil tunggu order sampai, boleh keluar tangkap gambar tepi restoran tu. Angin menampar-nampar pipi, tengok nelayan balik dari laut, layan sunset. Riang betul hati saya tika tu. Hilang masalah.
Kalau budak kecik,sila la alert. Nanti sedar-sedar dia pulak yang terapung dalam muara tu. Dah la Sg, Linggi banyak buaya. edvencher je kan bunyinya kan? ahaha.. Jadi, kesimpulannya, tempat ni dah jadi tempat "mengeteh" ibu ayah saya setiap bulan. Best and very recommended. Anda? Bila lagi?
Exclusive from Fort Supai
Baru sampai pagi tadi ni kak, ulas akak baik yang pegang ikan itu.
Saya pilih huruf C untuk ikan cencarut, Halim. Err..cencaru.
Akak tu siap kemas sebelum saya tangkap gambar. Bagus betul. Tapi angin kuat sangat.
Lauk tak cukup korum. 65 percent berakhir di perut saya
Kenang-kenangan di Fort Supai.
Sayonara Fort Supai. Gaji masuk, datang lagi.
Okeh, saya nak tipon tokey restoran mintak komisyen promote. Kalau dia tak nak bagi, saya delete entri nih. Hek eleh, ugut tak macho langsung. ahaha..
Baru sampai pagi tadi ni kak, ulas akak baik yang pegang ikan itu.
Saya pilih huruf C untuk ikan cencarut, Halim. Err..cencaru.
Akak tu siap kemas sebelum saya tangkap gambar. Bagus betul. Tapi angin kuat sangat.
Lauk tak cukup korum. 65 percent berakhir di perut saya
Kenang-kenangan di Fort Supai.
Sayonara Fort Supai. Gaji masuk, datang lagi.
9 comments:
- wahhhh...kampung ku...tapi kenapa tidak tahu pon tempat ni...hikhik...
- nanti akan di cari...tungguuu...
alamak, segan... kita tak tiba lagi tempat ni, rasa macam nak tutup blog je pulak, heh
fuhhhh sedapnya....ekau kono belanjo den kek sano tu jangg....
port cantik ambik gambor ni !
thanks Bro...
As always gambar sangattt cantik BerangaN berkepit dgn bini hahaha. Once dah berbini tak berkepit derr..percayalahhhh..
kak al,
orng melake ke kak? yezza, pegi la carik..sedap oo..nak pulak petang2..masyuk!
akakkucing,
jgn tutup blog tu kak. kat sape lagi saya nak komen pasal makan sok? kekek..
ustatfaisal,
ustat kol je saya kat mesia sok, kompem saya bawak....(muka konpiden)
kaksinga,
iya dong. terus, dibawain aja kamera gedabak itu..
arena,
ahlan ke blog saya yang hidup segan mati x nak jugak nih. bini kena ada dlm wishlist. tak esok, sampai ke tua berangan..ahaha..tengkiu ye sudi singgah.
Terima Kasih kerana setia menyokong kami. Kami sentiasa menyediakan servis yang terbaik kepada pelanggan kami. InsyAllah kami akan mengekalkan prestasi restoran kami dan harga yg berpatutan.
Untuk tempahan : Madam Aizan
012-3939324
Lots of LOVE,
RESTORAN IKAN BAKAR TERAPUNG FORT SUPAI,KUALA LINGGI, MELAKA.
Terima Kasih kerana setia menyokong kami. Kami sentiasa menyediakan servis yang terbaik kepada pelanggan kami. InsyAllah kami akan mengekalkan prestasi restoran kami dan harga yg berpatutan.
Untuk tempahan : Madam Aizan
012-3939324
Lots of LOVE,
RESTORAN IKAN BAKAR TERAPUNG FORT SUPAI,KUALA LINGGI, MELAKA.
Baru malam tadi makan kat situ..Memang best..harganya pun boleh tahan....
Post a Comment