Thursday, June 16, 2011

Usah kau siksa orang tua itu

Assalamualaikum warahmatullahitaalawabarakatuh.
Dua minit saya nak taip salam bahasa rumi tersebut. Saya harap anda semua sihat walafiat hendaknya. Saya? Alhamdulillah, dah makan tadi. Baru lepas basuh tangan ni. Bau sardin kat jari ni pun tak hilang lagi. Baik, sekarang bukanlah masa untuk membincangkan bau jari saya atau peri pentingnya basuh tangan lepas makan.

Begini, ketika saya berada di Malaysia tahun lepas, ada la satu kali ayah saya sedang duduk lepak-lepak minum teh sambil hisap rokok sedas dua dekat dapur. Posisi duduk persis tok imam lepas makan kenduri tahlil arwah. Kapak habis ayah aku nih, desis hati kecil saya. Tiba-tiba, lagu Kebahagian Dalam Perpisahan yang Shahir AF nyanyi berbunyi kat henset ayah saya. Makhluk jibraun mana la yang godam henset orang tua tu. Nyaris kat rumah, kalau kat masjid time khutbah Jumaat berbunyi, tak ke 40 hari ayah saya tak keluar rumah? Ringtone SMS rupanya. Ayah saya baca. Yelah, takkan dia nyanyi sama lagu Shahir tu kan?

Muka ayah saya berubah. Berkerut-kerut. Makin berkerut-kerut. Mata dia kejap kecil kejap besar. Ayah saya rabun dekat. Tapi dia pakai spek power 120 dia tuh. Takkan tak boleh baca. Macam P. Ramlee baca jawi saya tengok. Tak bunyi langsung, kata Sudin. Ayah saya lantas menyuruh saya membaca SMS tersebut. Adik saya yang baru lepas SPM tu rupanya. Study kulinari kat Johor. Kemas dapur malas. Saya baca SMS terbabit.




"Asekowm ayh. Abg at lam buz neyh. Abg cmpi lebey kuwrunk k0l 8 kang at semban. Jgn lupeww jempowt eyh. Mntk towlong along kew jempowt an. Masih."





Kepada golongan remaja yang membaca mesej ini, janganlah diazab mental orang tua kalian dengan bahasa loji kumbahan itu. Terima kasih.

Hello, Syarikat Nokia ke? Bagi anak saya tipon keypad Jawi boleh?

...............

Bahasa jiwa bangsa, hilang bahasa, meranalah bangsa.

8 comments:

AI said...

Salam,

- haha...kalo DrSinga yg dpt camtu mmg dia x jwb!

eeziaf11 said...

hoho :D

en_me said...

smpi bersilang kaki tewww.. ehehe

kucingorengemok said...

bahasa loji kumbahan, hahaha, kalau saya cikgu bm saya kasi awak A!

eh chup, adik awak yang eksiden tu dah sihat dah?

Syahiddmilikku said...

puan al,
kalo saya pun dah lempar henset tu kat dinding..kekek

eezief,
ingat santa klaus ke? ahah..

en_me,
mesti, kalo bersimpuh buruk bebenor pulak nampaknya..ahaha..

akakkucing,
sebab tu kot BM saya A dulu..eheh..owhh..alhamdulillah, dia dah sihat..just cam trauma2 sket..bese la tu..terima kasih sebab tanya...

Dr Singa said...

konferem saya lempar ke atas tilam!!

( kalau lempar ke lantai.. bodo lah saya..)

Fatt said...

salam,

geli perut bc entry ni. tp mmg betul la bdk2 zmn skrg suke benor rosakkan bahasa..berpinar nak paham kekadang tu..hehe :)

kemang~ said...

haha..lawak betoll :D

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...