Assalamualaikum wth,
Lama juga aku tak update. Hampir seminggu. Aku tiada di rumah. Ke Casablanca. Bunyi macam gah bila sebut metropolitan nih. Dulu aku hanya terbayang Casablanca adalah seperti Las Vegas atau Paris. Malamnya ibarat siang. Ada semua yang kita mahukan. Syurga dunia. Semuanya meleset bila aku menjejakkan kaki kali pertama 2 tahun dulu. Besar lagi Seremban. Seronok lagi Bazaar Taman Tun Dr. Ismail. Makan aiskrim tepi gerai nasik lemak Cik Nab kat taman perumahan aku lagi syok. Huh! Owhh..pandangan secara perbandingan antara dua darjatnya, Casablanca adalah gambaran bagi Malaysia era 80-an. Nak tengok kereta Saloma pegi buat show datanglah sini.
.........
Siapa tidak kenal Cik Khinzir? Lubang hidung beliau sahaja sudah mengundang trauma yang cukup dahsyat di dalam sejarah susur galur masyarakat Melayu sejak dahulu. Traumatism terhadap haiwan berwarna seakan pemerah pipi gadis moden kini yang diperturunkan nenek moyang kita dahulu begitu menebal. Suatu traumatism yang bernas buat komuniti Melayu. Dan sekali lagi haiwan ini menjadi pencetus virus berbahaya yang mengancam dunia. Manusia tidak pernah mengambil pengajaran, kan?
.........
Bila gadis arab mula ber'bikini',
bila berkemban jadi fashion,
bila 'barut gantung' diperagakan,
.
.
.
itu tanda summer dah datang.
p/s: untung aku takde baju kemban, kalau ada naya kena sambar petir aku pakai..ngahahaha..
5 comments:
aku kalu sebut casa aku pikir gelek2 doh hahaha
inilah hikmahnya ALLAH haramkan b*b*.
dia bnyk kuman spesel.
cik "b" neyh mmg dok bwak banyak dah pon pnyakit.
2 pown negara kita bg lg rakyat dia bela cik "b".
contohilah new zealand.
sekor pon xda:]
wah..
slmat hari summer ya!
:p
Hahaha...kelakar betul la Chidan neh. Trauma lubang hidung babi sememangnya telah lama bertapak dijiwaku...huhuhu
Summer, mesti banyak pemandangan best neh...hehehe
jangan tak ambik gambar. eh, silap nasihat. jangan ambik gambar. hehehehehehe.. ko tau email aku kan? hahahahaha
endofday,
itu aku x sebut dalam entri nih unutk menjaga maruah bandar tersebut. tapi sebab ko dah ingat camtuh, memang adalah tu..kekeke
miss gaza,
kita lupa sejarah.
bahay summer² nih..huhu
kak lela,
banyak pemnadangan yang mata menarik summer nih kak. pemandangan bahaya pong ada..ngehngehngeh..
kamitaken,
nanti aku forward keh! jgn sampai kantoi ngan najwa beb. kakakakka..
Post a Comment