Petang tadi, saya teman kawan ke Khabbazat. Nanti saya buat entri pasal tempat ni. Mahu cari dompet katanya. Alang-alang, saya pun teringin nak membeli Al-Quran baru. Sejuk perut orang tua saya baca statement tersebut, kan? Siap bergegar tiang Arashy. Bukan apa, Quran yang saya biasa
Sedang sibuk pilih-pilih, tengok tulisan, lawan tarannum bagai dengan brader jaga kedai tu, "shinua", satu suara kelat-kelat pahit berbunyi di belakang saya. Mahu sahaja saya menyiku barang sesiku dua pemilik suara terbabit. Mama arab rupanya. Kalau gadis, mahu sahaja saya pinang disitu juga. Orang Morocco memang kuat terkesan dengan Kung Fu, Jet Li, Jackie Chan dan segala macam unsur berkaitan China. Sampai semua orang asia macam kita akan digelar Cina/Shinua. Baik kulit kuning langsat, kuning raja, sawo matang, coklat, kelabu, penghabisan kaler, hitam, asal mata sepet sikit, shinualah anda. Asalnya dalam French, Chinois. Bunyinya shinua lah. Bahasa kedua disini bahasa Peranchis.
Dan mama bertayar spare lori balak diperutnya itu siap tanya, saya nak masuk Islam kah? Dah fikir nak baling kasut macam kat muka Bush, tapi oleh kerana adat ketimuran saya masih menebal setebal perut mama itu, gelak pun cover
7 comments:
- betullah tu...sekali pandang mcm shinua...hehehe
komfom mama tuh rabun. tak pun mesti mata dia sebelah kanan ataupun sebelah kiri, buta kan? shinua kunun. sebenarnya saudara nak puji diri sendiri kan? macam tak tahu helah saudara. ceh.
kau terangkan dalam bahasa Arab kah?? Inglish kah?? French kah??
sejukkk perut mak kalau fasih berbahasa Arab...
akak al,
akak dtg pon derang kompem panggil shinua tau..kekke..
abg keyrel,
walaupun muka abg kerel macam sa_ _ V_ll_, kalo bang kerel kat sini, merasalah jadi shinua walau searang mana pun kulit abg kerel. larik!!
kak singa,
bahasa isyarat. ahaha...saya x pandai sgt bahsa arab nih, kak. bagi salam pandailah..ahaha...
tak sangka bile beli quran kita dikata nak masuk islam.. huhu
1/2 mentaliti orang arab mmg camtuh..
orang2 arab kat sni ade yg anggap kitorang semua ni baru peluk islam
-_-
kalau camtu macam ne leh cakap arab plak adehh..
lama tak kaco belog nih. haha. jauh perjalanan da sekarang ya. salamat salamat :)
shanaszeid,
madumti fil maghrib....haa..pepandai la hang sambung...kekek..pepon, tengkiu sudi singgah..uhhu~
sis lynda,
lama x hai-hai kan? pasnih, hai2 lagi keh..uhhuhu~ selamat to you too, sis..
Post a Comment