Sukar menjadi perhatian orang rupanya , getus hati aku.
Gadis arab ber 'eyeshadow' ungu muda itu masih tersenyum kepadaku.
Aku berdehem memperbaiki postur dudukku.
Lantas menyisir sedikit rambut lurusku kebelakang telinga.
Wajahku mungkin semacho Brad Pitt di dalam movie Ocean's Twelve tika ini.
Ah tidak, mungkin sedikit seksi dari Antonio Banderas didalam Zorro?
Gadis mungil itu tersenyum lagi.
Hidangan ayam bersalad dan sedikit nasi telah ku habisi.
Pernafasanku masih terkawal.
Aku bangun sambil memandang penuh kejantanan kearah gadis berblouse polka dot kuning tersebut.
Aku berlalu seakan-akan gaya Rajnikanth dengan dhotinya.
Bayangan gadis itu hilang setelah membayar wang di kaunter.
Sebelum keluar dari restoran, cermin tergantung dihadapan kedai aku kerling.
Menilai samaada wajahku setampan Fahrin Ahmad atau sekacak Aaron Aziz.
.
.
.
.
.
.
.
Ada nasi di hidung kananku.
.
.
.
.
.
Maruahku seakan dirampas oleh hidup yang kejam.
Wednesday, April 29, 2009
Monday, April 27, 2009
G.U.M.B.I.R.A
Assalamualaikum wth,
Lama jugak aku tak update blog nih. Kekeringan idea. Bukan sebab aku sombong atau bongkak apatah lagi seorang yang riak, ujub dan takabbur. Aku masih mempamerkan barisan gigi mancung aku apabila bertemu manusia yang lain dan bergelak cover bila disua humor jenaka. Cuma aku tersipu malu bila di jeling gadis-gadis yang bergentayangan di bahu jalan raya...Tiada apa yang berubah pada diri aku, kan?
.........
GUMBIRA. GEMBIRA. SUKA. Semua manusia inginkan kegembiraan dalam hidup. Owhh..nanti dulu. Ini bukan iklan pencuci muka yang mampu menggebukan kulit anda dalam tempoh 5 minit. Jauh sekali promosi loan bank tanpa faedah. Kegembiraan menjadi impian semua manusia hatta manusia itu seorang pembunuh bersiri atau perogol yang dikehendaki. Cuma perlakuan bertunggangkan nafsu mereka sahaja yang melenyapkan impian itu. Mengapa aku cerita pasal gembira? Kerana orang disekeliling aku sedang mengalami ketidakgembiraan. Masalah dalaman keluarga, impian terhalang, krisis identiti dan bermacam lagi. Disebabkan mereka tidak gembira, aku juga terheret sama dalam kancah krisis hidup mereka. Bukan aku marah, jauh sekali benci. Bahkan aku rasa amat bertanggungjawab jika aku tidak mampu meringankan beban mereka di sekeliling aku ini. Seperti yang aku telah tuliskan dalam entri yang lepas-lepas, ujian inilah yang akn mematangkan pemikiran manusia. Dan ketika itulah, ada ketikanya kita berada dalam kemurungan, tidak gembira dan kesedihan. Tetapi, penawarnya hanyalah sabar dan redha. Masa berlalu, kita akan sedar akan kesilapan atau perbuatan silam. Semua orang akan sedar. Percayalah walaupun kita tidak melihat zahirnya begitu. Cuba ambil pendekatan berdiam diri dan muhasabah. Ibu aku selalu cakap, kalau kita nak marah orang, ingat balik jasa dia kepada kita walaupun kecil. Dan aku selalu praktikkan sampai sekarang, Alhamdulillah berkesan. Hati aku pun tenang. Lawanlah kemarahan anda dengan sifat sabar. Sebab itulah kayu ukur bagi mereka yang menawan kemenangan yang lebih besar dari jihad dijalan Allah. Sabarlah. Gembirakan hati dengan zikrullah. Gembira. Gembira. Gembira.
p/s : Koleksi gambar² tahun lepas. Wajah bapak kanak-kanak riang.
.........
Dah hampir 3 tahun aku pakai Kamera Fujifilm Finepix s9600. Tak pernah mengechiwakan aku. Ianya lagi bermasalah bila aku dah angau kat kamera yang satu ini. Arghh...tak boleh tahan.

Thursday, April 23, 2009
Injuksi Fulus
Assalamaualaikum wth,
Petang tadi aku baru selesai exam subjek Hadith dengan Dr. Binkiran. Antara ilmuan hadith yang dikenali di barat Islam. Mempunyai renungan ibarat sharp shooter serta mahir di dalam mengesan sebarang unsur-unsur TOYOL, penipuan dan kopipes dikalangan pelajar ketika peperiksaan. Kerap melakukan rondaan dan melihat jawapan pelajar ketika peperiksaan sedang berlangsung antara sebab aku terpaksa berlakon sedang bersungguh-sungguh menjawab soalan walaupun bebola mata pen kilometrico aku tidak mencecah pun ke dasar kertas. Malu beb kalau kena marah di khalayak ramai bila jawapan kita ada sedikit slack. Nasib hadith aku hafal 60 peratus masuk. Mesti 20 peratus je yang tepat. Aku gerenti!
.........
Fulus. Ongkos. Wang. Merupakan suatu harta dunia yang menjadi prioriti pertama manusia dizaman kolonial politik wang kini. Usah menipu diri anda mengatakan agama adalah pertama. Itu sudah maklum, jawapan klise. Susah untuk mencari manusia yang meletakkan iman dan rukun Islam yang lima ditangga teratas senarai kepentingan hidup mereka. Kaji diri kita sendiri samaada akidah kita masih utuh atau goyah digodam racun fatamorgana dunia. Masih nak bukti? Mengapa hidup kita masih tidak tenteram, bahagia atau seindah yang kita impikan? Mengapa umat Islam masih jauh ketinggalan dari segenap aspek penting walaupun kita dah boikot barangan Israel, boikot KFC, boikot itu ini. Jawapannya mudah, selagi riba masih berlegar di dalam roda hidup umat Islam, selagi itu, keberkatan dan sakinah dalam hidup keluarga kita takkan tumbuh. Bayangkan bunga ros nak tumbuh di dalam loji buangan. Jika tumbuh sekalipun, pasti bunga ros itu akan dipandang hina. Jadi aku menyeru kepada semua saudara-saudari aku di luar sana, jom kita tinggalkan riba. Gunakan sistem perbankan Islam sepenuhnya. Insyaallah, berkat hidup kita. Ameen.
p/s: Jangan guna kad kredit. Pakai kad debit lebih berkat dan selamat. Riba, menjahanamkan anda sekeluarga. Pesanan ringkas dari aku.
.........
Dirham Morocco
Injuksi Fulus. Alhamdulillah. Ayah ibu aku baru bank-in duit tadi. Rm 3000. Rm 1000 aku dah keluarkan. Habis duit rumah bulan April sampai bulan Jun aku bayar. Masuk duit elektrik, air dan internet untuk 3 bulan akan datang. Terima kasih ibu ayah. Jasamu tak terbalas. Hanya keberkatan dan syurga alang doakan untuk kalian. Time keluarkan duit tadi, rasa betul-betul nak meitik air mata. Terharu dengan pengorbanan ayah dan ibu aku yang selama ini bersusah payah cari rezeki untuk anak-anak. Jalan hidup ayah dan ibu aku yang menelan pahit maung begitu aku rasakan bila berada di luar negara. Aku rasa menyesal bila teringat macam-macam dosa aku buat dengan mereka. Tak dengar cakap, melawan. Seolah-olah jadi macam duri dalam hati aku. Pedih. Dan bila di luar negara nilah, aku rasakan tangan ibu ayah aku begitu bernilai untuk aku cium bila balik Malaysia nanti. Biarkan orang cakap aku homesick, tapi rindu aku nak cium dan minta ampun dengan ayah ibu aku kat Malaysia, saat cukup aku nantikan. Selagi ayah ibu aku masih bernafas inilah aku akan sedaya upaya berbakti kat diorang. Sebab aku tak ingin nak jadi orang yang menyesal bila diorang dah tak ada nanti. Mereka yang masih punya ayah ibu, hiduplah demi kebahagian kedua orang tua kita. InsyaAllah, keberkatan hidup kita adalah di telapak kaki mereka.
Terima kasih ayah dan ibu.
p/s: Kepada Pu3 Balqis , inilah peluang terbaik untuk anda muhasabah diri dan berbakti kepada ibu bapa. Belajar bersungguh-sungguh bila sampai Mesir nanti. Sentiasa perbaharui niat. Ganbatte ne!
Petang tadi aku baru selesai exam subjek Hadith dengan Dr. Binkiran. Antara ilmuan hadith yang dikenali di barat Islam. Mempunyai renungan ibarat sharp shooter serta mahir di dalam mengesan sebarang unsur-unsur TOYOL, penipuan dan kopipes dikalangan pelajar ketika peperiksaan. Kerap melakukan rondaan dan melihat jawapan pelajar ketika peperiksaan sedang berlangsung antara sebab aku terpaksa berlakon sedang bersungguh-sungguh menjawab soalan walaupun bebola mata pen kilometrico aku tidak mencecah pun ke dasar kertas. Malu beb kalau kena marah di khalayak ramai bila jawapan kita ada sedikit slack. Nasib hadith aku hafal 60 peratus masuk. Mesti 20 peratus je yang tepat. Aku gerenti!
.........
Fulus. Ongkos. Wang. Merupakan suatu harta dunia yang menjadi prioriti pertama manusia dizaman kolonial politik wang kini. Usah menipu diri anda mengatakan agama adalah pertama. Itu sudah maklum, jawapan klise. Susah untuk mencari manusia yang meletakkan iman dan rukun Islam yang lima ditangga teratas senarai kepentingan hidup mereka. Kaji diri kita sendiri samaada akidah kita masih utuh atau goyah digodam racun fatamorgana dunia. Masih nak bukti? Mengapa hidup kita masih tidak tenteram, bahagia atau seindah yang kita impikan? Mengapa umat Islam masih jauh ketinggalan dari segenap aspek penting walaupun kita dah boikot barangan Israel, boikot KFC, boikot itu ini. Jawapannya mudah, selagi riba masih berlegar di dalam roda hidup umat Islam, selagi itu, keberkatan dan sakinah dalam hidup keluarga kita takkan tumbuh. Bayangkan bunga ros nak tumbuh di dalam loji buangan. Jika tumbuh sekalipun, pasti bunga ros itu akan dipandang hina. Jadi aku menyeru kepada semua saudara-saudari aku di luar sana, jom kita tinggalkan riba. Gunakan sistem perbankan Islam sepenuhnya. Insyaallah, berkat hidup kita. Ameen.
p/s: Jangan guna kad kredit. Pakai kad debit lebih berkat dan selamat. Riba, menjahanamkan anda sekeluarga. Pesanan ringkas dari aku.
.........
Dirham Morocco
Terima kasih ayah dan ibu.
p/s: Kepada Pu3 Balqis , inilah peluang terbaik untuk anda muhasabah diri dan berbakti kepada ibu bapa. Belajar bersungguh-sungguh bila sampai Mesir nanti. Sentiasa perbaharui niat. Ganbatte ne!
Tuesday, April 21, 2009
Antara famili, cekur dan homesick.
Assalamualaikum wth,
Exam subjek Ahadith Ahkam (Hadith-hadith Hukum) minggu ni. 40 hadith Bab Libas (bab pakaian) belom lagi melekat sepenuhnya kat otak karat aku. Jiwa aku rasa macam ada Grenadier tunggu masa nak meletup. Tesis a.k.a bahas belum siap lagi. Due date hampir stiap malam aku mengigau. Mimpi kena kejar dengan ustaz bawak cemeti Ama Rasuli sebab tak siap. Itu belum fikir madah (subjek) lain. Inilah padah pengamalan ilmu study last minute. Adik-adik kat rumah jangan buat begini sebab abang dah besar, adik kecik lagi. Dah besar esok, baru boleh. kakakak..
p/s: Elakkan kanak² di bawah 12 tahun membaca penulisan aku di atas supaya tidak mempengaruhi minda suci mereka. Terima kasih.
.........
Sudah hampir 3 tahun aku tak menjejakkan kaki di tanah tumpah kuah ayam masak cili api yang ibu aku masak, Malaysia. Banyak benda yang aku lupa dan keliru tentang Malaysia. Bukan krisis identiti ok. Sampai tangga rumah aku pun aku tak ingat bahagian kanan ke kiri. Rumah nenek aku pun aku dah tak cam bila ibu aku postkan gambar Raya tahun lepas. Hatta, bila kawan-kawan aku balik dari bercuti musim panas 3 bulan di Malaysia, aku bertanya macam mana cuaca kat Malaysia, Kuih Udang Alor Gajah kat Tampin tu rasa apa, orang Malaysia baik ke tak. Itu semua menjadi persoalan aku. Pelik kan? Aku tak kisah korang cakap aku lupa diri, sebab aku tahu situasi yang berlaku kat aku menyebabkan maklumat dan data terpadam secara perlahan-lahan. Rindu memang ada la. Aku tak nafikan. Makan cekodok, tambah pulak dengan air kopi Jawa panas, minum petang-petang , kena time hujan, suasana yang cukup aku dambakan hadir sekali lagi dalam hidup aku. Begitu menjelikkan sungguh bahasa aku, bukan?
Tapi, Alhamdulillah. Mak Long Ida berjaya mengurangkan homesick tahap gaban mak lampir aku dengan menge'post' entry bila pegi rumah aku semalam. I lap u lah Mak Long. Balik esok boleh belanja alang cendol 2 tong. hohoho..Senang hati aku bila tengok ayah aku posing macam Rajnikanth, Ibu aku tengah masak dan kejayaan beliau menanam pokok kunyit dalam polybag. Paling mengharukan aku, ibu aku jaga pokok cekur (bahasa baku) a.k.a kencur dalam istilah Jawa PPSMI nya yang aku tanam sebelum aku naik flight ke obersi 3 tahun lepas. Sesape yang homesick macam aku, boleh sign up kat Homesick Fan Club. 2 tahun lagi aku beli web server dia. kekekke...
Wish foods list bila balik Malaysia.
1.Ikan bawal masak sos
2.Cendol 4 tong
3.Kopok lekor 18 inggit
4.Nasik lemak sambal paru, ikan semilang 12 ketul dan ayam goreng kunyit bungkus 2 kotak.
5.Roti bom 9 dulang hantaran
6.Pecal Jawa 4 baldi
7.Semua diatas.
p/s: Hidup bukan untuk makan, tapi makanlah kerana niat untuk beribadah. (Berjaya tak aku sembunyikan perut jin aku dengan sepotong ayat slapstik diatas?)
p/s 2 : Budak yang dah balik mesia setiap tahun jangan komen arr..Korang kalau homesick jugak, pi duduk dalam reban ayam rumah korang. hahahhahampeh...

Friday, April 17, 2009
Sinergi's Photos Collection.
Assalamualaikum wth,
Huwargghh..!! owwhh..sorry, huaahh..penat giler tunggu imtihan syafawi (ujian lisan) subjek I'jaz Bayani petang tadi. Nasib sempat masuk saat² akhir. Kalau tak, alamat aku tangguh pekse minggu depan la. Letih beb. Untung tak kawen lagi je. HUh!
.........
Janji aku tunaikan. Gambar-gambar dibawah adalah gambar sekitar program Simposium Generasi Glokal Ummah(SINERGI '09) minggu lepas. Program persatuan ini telah menjemput Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman aka UZAR yang sedang menjalankan kursus sabatikal di UK sebagai pembentang kertas kerja beliau. Apa itu sabatikal? Ianya lebih kurang kuih apam kurang manis jugak la. Mana la aku paham. Banyak info dan maklumat yang aku dapat sepanjang dua hari bersama UZAR. Kursus solat sempurna beliau amat berkesan. Bukanlah jawab soalan bacaan asas macam ujian amali KAFA darjah dua sekolah rendah dulu. Tapi lebih kepada kaedah pengambilan hukum yang betul didalam solat. Paling best ketika pembentangan kertas kerja Muamalat Islam. Minat betul aku. Maklumat yang belum pernah aku dengar sebelum ni pun UZAR utarakan. (Cakap macam aku Ph.D je kan? hahahah..)
Layankan dulu gambar ni okeh? Bukan layan betul-betul tau. Maksud aku tengok jer. Miamiamia..(gedik bukan ketawa begini?)
Wallpaper UZAR
Aku sempat tahan napas mengah berlari setelah click shutter.
Pihak gadis begitu ayu bila berhadapan kamera ini.
Ala-ala wedding photography lagi
Sesi menjawab soalan peserta
Part nih malas aku citer nih. Ingat nak bergambar sensorang, ada jer yang gatal kaki nak inteprem. Kot-kot la boleh wat caption, "Uzar dan aku". huh!
Encik Kamil Baharin, antara supporter terbesar program nih. Maksud aku syarikat ayah dia.
Diskusi luar tajuk
Fokus, cetus, kompius, dan sugus.
Jangan ambil gambar time tengahari terpacak atas kepala anda!

Tahniah kat angah Fahmi (Klik sini untuk citer dia) atas pemilihan ke Kor Kesihatan DiRaja(KKD) Tentera Wataniah. Walaupun dari dulu nak join unit semboyan, jaga sempadan, masuk hutan, kawan ngan rimau, KKD ni pun ok jugak ape. Belajar balik 3 tahun bukan lama. Pejam celik, makan, tidur, main PS2, tengok Oggy and The Coacroches, layan movie Korea, abes la. Jangan sedih-sedih ok. Tak dapat masuk hutan pun, belakang umah nenek kat Beranang tu pun boleh redah nanti. Kuikuikui...Jangan pressure sangat, kat KKD tu alang dengar bersepah gadis cung. Sambil inject orang, boleh main kenyit² mata. wakakak...Keep up the good job Angah! Inilah, barisan kita, yang ikhlassss... maakaan!! Pelik je aku dengar. Lantak lah.

Tuesday, April 14, 2009
Coming soon..
Assalamualaikum wth,
Aku cuma nak bagitau korang yang aku takkan update blog ini buat sementara waktu. Mungkin dalam 3 hingga 4 hari yang berikutnya. Doakan aku berjaya dalam mid-sem exam esok dan lusa. Aku betul-betul minta maaf.
........
Owhh...tahniah kepada aku kerana berjaya menaikkan berat badan dari 70 kepada 73 kg setelah tabiat makan lepas jam 2 pagi 2 bulan berturut-turut aku laksanakan dengan penuh konsentrasi. Nasib baik gen high metabolisme warisan ibu melekat kat badan aku. Jogging seminggu dua, gerenti turun sekilo. Dan tahniah kepada Shariff kerana berjaya memakai seluar jeans Petaling Street 30 Ringgit beliau setelah setahun menanti detik bersejarah itu. ngahahahah...!!
........
Tahukah anda, bau mulut Arab yang menguap sebesar Gua Niah di Sarawak merupakan salah satu faktor solat Maghrib aku tadi hilang sifat-sifat khusyuknya? Baunya sahaja mampu menawarkan bisa 18 ekor ular tedung selar di Selatan India!

Saturday, April 11, 2009
Diyalna.com
Assalamualaikum wth,
Pelikkan nama diyalna? Apa itu Diyalna? Nama gadis? Tidak! diyalna.com merupakan sebuah portal yang ditubuhkan oleh mahasiswa-mahasiswa di Maghribi. Portal ini merupakan satu lagi 'Original Concept' yang diperkenalkan dalam mengetengahkan info-info dan input serta cetusan minda berguna generasi Islam masakini. Portal ini juga dijangka memberi idea-idea segar didalam pengaplikasian hidup sebagai seorang mukmin yang sejati. Antara ruangan yang ada di dalam Portal diyalna.com adalah koleksi artikel terpilih, ruangan Kembara Dunia yang memaparkan pengalaman di rantau orang serta dapatkan e-Kad menarik yang disediakan oleh krew-krew designer. Meskipun masih baru di dalam sgeenap aspek, diyalna.com diharap dapat membawa revolusi minda dikalangan umat Islam kini. Bersesuaian dengan temanya, To Build a Versatile Generation, portal ini InsyaAllah, pastinya memenuhi kehendak rohani anda. Sebarang komen, pandangan, idea atau kritikan boleh disalurkan kepada email, web_diyalna@yahoo.com.
Jom ke diyalna.com sekarang!

Friday, April 10, 2009
SUKMA '09 Last Version
Assalamualaiakum wth,
Virus selesema masih menapak riang di ruang lobi hidung aku. Bersin memanjang. Iskandar, roommate aku pun tak terkecuali menyertai Kelab Selesema Serantau. Dugaan sungguh. Tanpa dugaan atau cabaran dalam hidup, manusia akan mati. Aikkss..bukan sebab tak makan nasik beriyani gam ke manusia tak boleh hidup? Sudah tentulah makanan merupakan salah satu 'Energy Source' yang menjadi pemangkin kepada kemandirian spesis manusia berakal dari aspek jasmaninya. Bukanlah kerana tanpa makanan atau bahasa sanskrit tradisionalnya 'mengketedarah', manusia tidak dapat membuang air besar! Itu pandangan golongan ilmuan liberal kolot yang maha dungu. Tetapi jika dilihat dari jihat endowmentship atau dorongan untuk terus menjalani hidup nan sekali ini, aku berpendirian mengatakan manusia berhajat kepada x-factor, iaitu masalah. Dengan adanya masalah (endowmentship), *haiwan berakal seperti kita akan terdorong untuk terus menyelesaikannya lantas kehidupan kita akan bergerak sama. Bayangkan, hidup korang tanpa masalah, dugaan atau kesempitan. Makan tanggung, buang air besar cangkung. Hidupkah anda? Ya. memang hidup. Tetapi, hidup sebagai seorang 'Zombi Kampung Pisang' yang tiada hala tuju. Ingatlah, Allah tidak akan membebankan dengan taklifan atau sesuatu yang tidak mampu ditanggung oleh kita hamba-hambanya. Tapi ingat, ramai salah tafsir ayat ni. Solat tak boleh sebab assignment melambak, niat cukuplah. Itu korang siapkan alasan kat dalam kubur nantilah. Tak pun korang baca ayat bawah nih depan malaikat yang soal tu. Gerenti kena back-hand punya!

قوله تعالى: ﴿لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا (286)﴾ سورة البقرة
"Sesungguhnya Allah tidak membebankan seseorang itu kecuali dengan kemampuannya" 286 : Al Baqarah
*Haiwan berakal atau haiwan berkata-kata merupakan satu istilah didalam Ilmu Mantik yang merujuk kepada manusia.
Pelikkan? Aku buat entri luar kemampuan jangkauan akal manusia ni? hahahha...

..........
Kuskus.
Tengah aku taip entry nih, seseorang menekan loceng rumah. Anonymous. Aku dengan penuh konsisten meluru ke muka pintu. Seorang wanita lingkungan 30-an ditemani seorang budak perempuan lingkungan belum didatangi bulan bintang Capricorn, terpacul. Aku menyambut ucapan salam Sayyidah (Cik Puan) berkaca mata power sekitar 200 tersebut dengan nada tenang dan mendatar, ditambah sedikit pitching lagu Sepasang Sayap nyanyian Ning Baizura. Aku sedikit tergamam. Beliau menghulurkan objek seakan-akan dulang yang bertutup kain kasa berwarna Oren berbelang hijau pucuk pisang (warna mukus?). Seraya itu, wajah beliau manis menuturkan, "Kuskus lakom!" (Kuskus untuk korang). Syukran! Tona suara aku bertukar sedikit seakan² suara Lan, vokalis Meet Uncle Husin. 5 minit kemudian, dulang berisi kuskus sebelumnya, bertukar licin seperti kulit Inul Darastita.
p/s: Apa itu kuskus? Nantilah aku cerita.
.........
SUKMA '09 Last Version. Entry terakhir pasal Sukma. Lepas ni, aku cerita pasal SINERGI '09 pulak. Banyak benda aku nak bagitau korang pasal program tu nanti. Anyway, enjoy the pics!

Simbolik penyerahan kuasa Paklah kepada Najib
Gambar ini aku touch-up skit pakai curves, colour balance dan sedikit brightness and contrast effect bagi menghasilkan hasil yang lebih nostalgic. Tak paham? Anggukkan aje.
Au revoir tout le monde!!
Thursday, April 9, 2009
Alamat tidak baik
Ia seolah-olah menghantar petanda. Petanda yang skeptikal dan klise. Buruk. Mengerikan. Bala akan tiba tidak lama lagi. Bukan Bala a/l Saravanan aku maksudkan mahupun Rajnikanth. Aku dapat mengagak hembusan fitnah Dajjal bakal bertapak di ruang dogma hidupku sekali lagi. Modus operandi yang tidak dapat aku pastikan. Inferens yang tidak mampu aku resolusikan dengan logik akal waima menggunakan kalkulator Panasonic sekalipun. Dugaan yang tidak tertanggung. Pedih. Malu. Semuanya rencam.
.
.
.
.
.
.
Dia dah keluar....
.
.
.
.
.
.
sejak tengahari tadi...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Agak kehijauan muda
.
.
.
.
.
.
.
.
SELESEMA!!!!!! Argghh...sekali lagi!!
........
Kalo dah ok skit, aku masuk entry lain ok. Slurrpp.....opss..sorry, ini bukan mukus, tapi Milo panas depan aku. Layankan dulu gambar² yang ada ni.
Wassalam

Tuesday, April 7, 2009
SUKMA 09 Bahagian II
Assalamualaikum wth,
SUKMA '09 anjuran Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi (PMMM) kali ni agak meriah seperti parti liar di Jalan Bukit Bintang di malam-malam minggu. Hampir semua 116 mahasiswa dan mahasiswa yang sedang menuntut di sini berkampung di wilayah Rabat dan Kenitra untuk sama-sama mengikuti program anjuran persatuan sepanjang seminggu cuti musim bunga walaupun Malaysia tiada cuti barang sehari pun bagi menyambut cuti musim durian.
Pada kali ini, 4 kumpulan telah dibahagikan. Antaranya, kumpulan Putih berikonkan Kuda putih a.k.a Albino (kakakakaka..). Kumpulan Merah, mengambil Naga sebagai representive mereka. Bagi kumpulan Biru pula, tema 'Gelombang Biru' yang konservatif digunapakai sejak tahun lalu. Manakala, kumpulan Kuning yang juga juara 'nasib' tahun ini menggunakan pendekatan slogan 'Daulat Tuanku' sempena krisis derhaka Sultan di Perak awal tahun ini.
Aku antara makhluk demokrat sekunder pasukan Merah yang menyertai sukan bola tampar bagi separuh masa pertama. Prestasi permainan aku kali ini agak mengecewakan. Penat sahaja aku membasuh baju menggunakan tangan setiap bulan sekali. Hasilnya sama saja seperti aku membasuh baju 2 bulan sekali dengan mesin Parasonic murah rumah aku nih. Huh! Memakai jersi merah Yamaguchi bernombor 1 juga ibarat tidak mengundang apa-apa tuah. Aku syak, ada orang yang terpengaruh dengan cerita Keliwon setiap malam Khamis kat TV3, lalu menyihir kasut pinjam aku. Teknik Massacre (Jumpa dan Bunuh) yang aku strategikan juga tidak membuahkan hasil. Mujur tiada game lompat getah atau congkak 7 sebelah. Jika tidak, hamper DH 50 berplastik kitar semula itu pasti milik aku.

Jejaka Litar Lumba Kuda
Ostat Mohd Nor, ketua pasukan sorak psiko juga selaku Manager team Kuning Langsat

Subscribe to:
Posts (Atom)