Thursday, April 23, 2009

Injuksi Fulus

Assalamaualaikum wth,

Petang tadi aku baru selesai exam subjek Hadith dengan Dr. Binkiran. Antara ilmuan hadith yang dikenali di barat Islam. Mempunyai renungan ibarat sharp shooter serta mahir di dalam mengesan sebarang unsur-unsur TOYOL, penipuan dan kopipes dikalangan pelajar ketika peperiksaan. Kerap melakukan rondaan dan melihat jawapan pelajar ketika peperiksaan sedang berlangsung antara sebab aku terpaksa berlakon sedang bersungguh-sungguh menjawab soalan walaupun bebola mata pen kilometrico aku tidak mencecah pun ke dasar kertas. Malu beb kalau kena marah di khalayak ramai bila jawapan kita ada sedikit slack. Nasib hadith aku hafal 60 peratus masuk. Mesti 20 peratus je yang tepat. Aku gerenti!

.........

Fulus. Ongkos. Wang. Merupakan suatu harta dunia yang menjadi prioriti pertama manusia dizaman kolonial politik wang kini. Usah menipu diri anda mengatakan agama adalah pertama. Itu sudah maklum, jawapan klise. Susah untuk mencari manusia yang meletakkan iman dan rukun Islam yang lima ditangga teratas senarai kepentingan hidup mereka. Kaji diri kita sendiri samaada akidah kita masih utuh atau goyah digodam racun fatamorgana dunia. Masih nak bukti? Mengapa hidup kita masih tidak tenteram, bahagia atau seindah yang kita impikan? Mengapa umat Islam masih jauh ketinggalan dari segenap aspek penting walaupun kita dah boikot barangan Israel, boikot KFC, boikot itu ini. Jawapannya mudah, selagi riba masih berlegar di dalam roda hidup umat Islam, selagi itu, keberkatan dan sakinah dalam hidup keluarga kita takkan tumbuh. Bayangkan bunga ros nak tumbuh di dalam loji buangan. Jika tumbuh sekalipun, pasti bunga ros itu akan dipandang hina. Jadi aku menyeru kepada semua saudara-saudari aku di luar sana, jom kita tinggalkan riba. Gunakan sistem perbankan Islam sepenuhnya. Insyaallah, berkat hidup kita. Ameen.

p/s: Jangan guna kad kredit. Pakai kad debit lebih berkat dan selamat. Riba, menjahanamkan anda sekeluarga. Pesanan ringkas dari aku.

.........
http://www.bmaroc.com/tourisme/images/Monnaie.jpg
Dirham Morocco

Injuksi Fulus. Alhamdulillah. Ayah ibu aku baru bank-in duit tadi. Rm 3000. Rm 1000 aku dah keluarkan. Habis duit rumah bulan April sampai bulan Jun aku bayar. Masuk duit elektrik, air dan internet untuk 3 bulan akan datang. Terima kasih ibu ayah. Jasamu tak terbalas. Hanya keberkatan dan syurga alang doakan untuk kalian. Time keluarkan duit tadi, rasa betul-betul nak meitik air mata. Terharu dengan pengorbanan ayah dan ibu aku yang selama ini bersusah payah cari rezeki untuk anak-anak. Jalan hidup ayah dan ibu aku yang menelan pahit maung begitu aku rasakan bila berada di luar negara. Aku rasa menyesal bila teringat macam-macam dosa aku buat dengan mereka. Tak dengar cakap, melawan. Seolah-olah jadi macam duri dalam hati aku. Pedih. Dan bila di luar negara nilah, aku rasakan tangan ibu ayah aku begitu bernilai untuk aku cium bila balik Malaysia nanti. Biarkan orang cakap aku homesick, tapi rindu aku nak cium dan minta ampun dengan ayah ibu aku kat Malaysia, saat cukup aku nantikan. Selagi ayah ibu aku masih bernafas inilah aku akan sedaya upaya berbakti kat diorang. Sebab aku tak ingin nak jadi orang yang menyesal bila diorang dah tak ada nanti. Mereka yang masih punya ayah ibu, hiduplah demi kebahagian kedua orang tua kita. InsyaAllah, keberkatan hidup kita adalah di telapak kaki mereka.

Terima kasih ayah dan ibu.

p/s: Kepada Pu3 Balqis , inilah peluang terbaik untuk anda muhasabah diri dan berbakti kepada ibu bapa. Belajar bersungguh-sungguh bila sampai Mesir nanti. Sentiasa perbaharui niat. Ganbatte ne!


Jom klik!Ads Portal Diyalna.com

5 comments:

:: Alif :: Dal :: Mim :: said...

aku pun penah je rasa mcm ko rasa bila nk kluarkan duit dr atm masa kt jordan dlu...terus flash back dosa2 kt mak dlu...sedih jer..

IdaAnuar said...

money make me sick!lebih baik tak ada duit.dan maklong tengah nak habis kan duit pkalong ni.

ekramhakim~ said...

kali ni adalah entri menginsapkan..selamat kembali ke pangkal jalan..=)

pu3 balqis said...

sedihnya n3 kali nih.
kita nih, disebabkan mak ayah still kat depan mata, mintak duit belanja cam rileks ja..
untungnya di perantauan. kita pasti lebih menghargai apa yang kita miliki..
walaupon ibu ngn ayah masih kat depan mata.
tapi macam bleh terbayang ja bila baca post nih.
wah, rasa cam kita lak yang di perantauan.
thanks syidan. semangat student morocco nih akan dibawak smpai ke negara org nnt. insyAllah..

p/s: waktu balik malaysia jumpa ibu ayah pasti akan tiba. sabar yer..
(sibuk ja nak nasihat org. ntah2 org yang nasihat nih, bila dok kat negara org nnt, lagi parah homesicknya)-huhu.. nangis guling2 nak balik malaysia..

鐵板豆腐Fay said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...