Exam subjek Ahadith Ahkam (Hadith-hadith Hukum) minggu ni. 40 hadith Bab Libas (bab pakaian) belom lagi melekat sepenuhnya kat otak karat aku. Jiwa aku rasa macam ada Grenadier tunggu masa nak meletup. Tesis a.k.a bahas belum siap lagi. Due date hampir stiap malam aku mengigau. Mimpi kena kejar dengan ustaz bawak cemeti Ama Rasuli sebab tak siap. Itu belum fikir madah (subjek) lain. Inilah padah pengamalan ilmu study last minute. Adik-adik kat rumah jangan buat begini sebab abang dah besar, adik kecik lagi. Dah besar esok, baru boleh. kakakak..
p/s: Elakkan kanak² di bawah 12 tahun membaca penulisan aku di atas supaya tidak mempengaruhi minda suci mereka. Terima kasih.
.........
Sudah hampir 3 tahun aku tak menjejakkan kaki di tanah tumpah kuah ayam masak cili api yang ibu aku masak, Malaysia. Banyak benda yang aku lupa dan keliru tentang Malaysia. Bukan krisis identiti ok. Sampai tangga rumah aku pun aku tak ingat bahagian kanan ke kiri. Rumah nenek aku pun aku dah tak cam bila ibu aku postkan gambar Raya tahun lepas. Hatta, bila kawan-kawan aku balik dari bercuti musim panas 3 bulan di Malaysia, aku bertanya macam mana cuaca kat Malaysia, Kuih Udang Alor Gajah kat Tampin tu rasa apa, orang Malaysia baik ke tak. Itu semua menjadi persoalan aku. Pelik kan? Aku tak kisah korang cakap aku lupa diri, sebab aku tahu situasi yang berlaku kat aku menyebabkan maklumat dan data terpadam secara perlahan-lahan. Rindu memang ada la. Aku tak nafikan. Makan cekodok, tambah pulak dengan air kopi Jawa panas, minum petang-petang , kena time hujan, suasana yang cukup aku dambakan hadir sekali lagi dalam hidup aku. Begitu menjelikkan sungguh bahasa aku, bukan?
Tapi, Alhamdulillah. Mak Long Ida berjaya mengurangkan homesick tahap gaban mak lampir aku dengan menge'post' entry bila pegi rumah aku semalam. I lap u lah Mak Long. Balik esok boleh belanja alang cendol 2 tong. hohoho..Senang hati aku bila tengok ayah aku posing macam Rajnikanth, Ibu aku tengah masak dan kejayaan beliau menanam pokok kunyit dalam polybag. Paling mengharukan aku, ibu aku jaga pokok cekur (bahasa baku) a.k.a kencur dalam istilah Jawa PPSMI nya yang aku tanam sebelum aku naik flight ke obersi 3 tahun lepas. Sesape yang homesick macam aku, boleh sign up kat Homesick Fan Club. 2 tahun lagi aku beli web server dia. kekekke...
.........
Wish foods list bila balik Malaysia.
1.Ikan bawal masak sos
2.Cendol 4 tong
3.Kopok lekor 18 inggit
4.Nasik lemak sambal paru, ikan semilang 12 ketul dan ayam goreng kunyit bungkus 2 kotak.
5.Roti bom 9 dulang hantaran
6.Pecal Jawa 4 baldi
7.Semua diatas.
p/s: Hidup bukan untuk makan, tapi makanlah kerana niat untuk beribadah. (Berjaya tak aku sembunyikan perut jin aku dengan sepotong ayat slapstik diatas?)
p/s 2 : Budak yang dah balik mesia setiap tahun jangan komen arr..Korang kalau homesick jugak, pi duduk dalam reban ayam rumah korang. hahahhahampeh...
7 comments:
huhu..ciannya..
ni rindu kat famili ka rindu kat makanan di malaysia..?
;-p
nmpaknya bila baca n3 ni, bertambahla cabaran nak ke negara org.. erm..mmg kena btul2 kuat.
aduhai...memang rindu kan nak balik kampung.semua nya masih macam tu jgak..cuma yang gemuk makin gemuk.yang kurus tak gemuk2...teh tarik dah jadi redguara dah.umah dah penuh dengan DCL jer...si akil manjang kena eskport ke sg.kembong..huhuhuhu
best shidan..dok mesia..mcm2 ada..family pun ada...jgn jeles... ;p
...cendol 4 tong, pecal jawa , roti bom 9 dulang hantaran...
mak aih! banyak gile! ni betul2 mengidam ni! cemana nak sumbat semua makanan di atas secara serentak bila balik malaysia ni? huhuhuhu! alahai.. sian die. nanti balik makan ler puas2 ye.. hihi..
++landaklaut, jangan terkejut la camna die leh sumbat sume tu..tong gas pon skang ni pon dah leh telan camtu jer tanpa ulam..bububuaye tolll
Pu3,
huhu..ini bukan layak tahap cabaran pun, banyak lagi cabaran dia.
Mak long ida,
hahah..kat sini je terus gemuk..kekeke..
alifdalmim,
siyes, abg adam memang jahat.
kak landaklaut,
itu kiasan bahasa puitis je kak..kakka..
ekramhalim,
ok lah dari hang, tong sampah!
Tu maknye? Punye anggun! Yang baju merah tu kalau benar itulah ayahnya. Memang muke ganas. Tengok je dah tecabut kuku. Tentera beb tentera.
Post a Comment