Monday, April 27, 2009

G.U.M.B.I.R.A

Assalamualaikum wth,

Lama jugak aku tak update blog nih. Kekeringan idea. Bukan sebab aku sombong atau bongkak apatah lagi seorang yang riak, ujub dan takabbur. Aku masih mempamerkan barisan gigi mancung aku apabila bertemu manusia yang lain dan bergelak cover bila disua humor jenaka. Cuma aku tersipu malu bila di jeling gadis-gadis yang bergentayangan di bahu jalan raya...Tiada apa yang berubah pada diri aku, kan?

.........

GUMBIRA. GEMBIRA. SUKA. Semua manusia inginkan kegembiraan dalam hidup. Owhh..nanti dulu. Ini bukan iklan pencuci muka yang mampu menggebukan kulit anda dalam tempoh 5 minit. Jauh sekali promosi loan bank tanpa faedah. Kegembiraan menjadi impian semua manusia hatta manusia itu seorang pembunuh bersiri atau perogol yang dikehendaki. Cuma perlakuan bertunggangkan nafsu mereka sahaja yang melenyapkan impian itu. Mengapa aku cerita pasal gembira? Kerana orang disekeliling aku sedang mengalami ketidakgembiraan. Masalah dalaman keluarga, impian terhalang, krisis identiti dan bermacam lagi. Disebabkan mereka tidak gembira, aku juga terheret sama dalam kancah krisis hidup mereka. Bukan aku marah, jauh sekali benci. Bahkan aku rasa amat bertanggungjawab jika aku tidak mampu meringankan beban mereka di sekeliling aku ini. Seperti yang aku telah tuliskan dalam entri yang lepas-lepas, ujian inilah yang akn mematangkan pemikiran manusia. Dan ketika itulah, ada ketikanya kita berada dalam kemurungan, tidak gembira dan kesedihan. Tetapi, penawarnya hanyalah sabar dan redha. Masa berlalu, kita akan sedar akan kesilapan atau perbuatan silam. Semua orang akan sedar. Percayalah walaupun kita tidak melihat zahirnya begitu. Cuba ambil pendekatan berdiam diri dan muhasabah. Ibu aku selalu cakap, kalau kita nak marah orang, ingat balik jasa dia kepada kita walaupun kecil. Dan aku selalu praktikkan sampai sekarang, Alhamdulillah berkesan. Hati aku pun tenang. Lawanlah kemarahan anda dengan sifat sabar. Sebab itulah kayu ukur bagi mereka yang menawan kemenangan yang lebih besar dari jihad dijalan Allah. Sabarlah. Gembirakan hati dengan zikrullah. Gembira. Gembira. Gembira.








p/s : Koleksi gambar² tahun lepas. Wajah bapak kanak-kanak riang.

.........

Dah hampir 3 tahun aku pakai Kamera Fujifilm Finepix s9600. Tak pernah mengechiwakan aku. Ianya lagi bermasalah bila aku dah angau kat kamera yang satu ini. Arghh...tak boleh tahan.


Fujifilm S5 Pro

Harga sama dengan satu kali hantaran kawen anak ketua kampung. Korang tau berapa? RM8500! Takpe, target lagi 6 tahun aku dah boleh pegang mende hampeh nih.

.........

Jom klik!Ads Portal Diyalna.com

7 comments:

Muhammad Haidar said...

ustaz2 kt sane pun hensem gak...hehe

Sulela said...

Chidan, sapa yang melompat tinggi tu? Riang macam kanak2 Ribena...kekeke

syahiddmilikku said...

haidar,
Alhamdulillah, kita semua manusia sempurna sifat....

kak lela,
ada la kanak² cacat tu..kakaka..
nasib tutup muka, kalo tak mau jadik melodi..hahahaha..

IdaAnuar said...

gembira?entah apa lah erti nya pada orang mcm maklong ni alang

:: Alif :: Dal :: Mim :: said...

amboi ko...kalo cature gmbr org len..sumer tgh senyum nmpak gigi..gmbr ko nk yg control macho je kan??...nyampah!

syahiddmilikku said...

mak long ida,
sebab mak long la alang tulis mende nih..relax kan minda dan mulakan hidup baru tanpa memeikirkan unusr² negatif disekeliling kita. Always loooking and think positive. Mak Long boleh!!

Abg Adam,
saya nak gak gambar cengginih, tapi nak wat camner, takde org nak capture. harap kita je lah nak capture orang..kkekkeke..

alfannani said...

Rasanya orang yang melompat kat atas tu balik rumah sah pinggang krem.

Shidan... kene kerja dulu dan pura-pura terlupa fasal berkawin. Baru dapat beli kamera tuh. Ahha~

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...