Tuesday, April 14, 2009

Coming soon..

Assalamualaikum wth,

Aku cuma nak bagitau korang yang aku takkan update blog ini buat sementara waktu. Mungkin dalam 3 hingga 4 hari yang berikutnya. Doakan aku berjaya dalam mid-sem exam esok dan lusa. Aku betul-betul minta maaf.

........

Owhh...tahniah kepada aku kerana berjaya menaikkan berat badan dari 70 kepada 73 kg setelah tabiat makan lepas jam 2 pagi 2 bulan berturut-turut aku laksanakan dengan penuh konsentrasi. Nasib baik gen high metabolisme warisan ibu melekat kat badan aku. Jogging seminggu dua, gerenti turun sekilo. Dan tahniah kepada Shariff kerana berjaya memakai seluar jeans Petaling Street 30 Ringgit beliau setelah setahun menanti detik bersejarah itu. ngahahahah...!!

........

Tahukah anda, bau mulut Arab yang menguap sebesar Gua Niah di Sarawak merupakan salah satu faktor solat Maghrib aku tadi hilang sifat-sifat khusyuknya? Baunya sahaja mampu menawarkan bisa 18 ekor ular tedung selar di Selatan India!

Penjual limau Souq Ahad (Pasar Minggu)
-sekadar hiasan dan bukan arab seperti yang diceritakan-
Owh...panjangnya caption!


Ads Portal Diyalna.com

7 comments:

Sulela said...

Chidan, may you pass with flying colors...;)

Siapakah pak arab yang dimaksudkan? huhuhu. Kak gelak besar kat sini masa baca apa yang Chidan taip tu...uhlalaaaaa...hehehe

::alifdalmim:: said...

Good Luck 4 ur mid sem exam

IdaAnuar said...

gud luck anak maklong ni moga berjaya

Unknown said...

arab mulut die mmg cmtu...ngeri tol aroma die

Anonymous said...

gud luck menurunkan berat badan.. hihihi.. tak ler berat mana pun.. hohoho..

Anonymous said...

Shidan, 2 bulan baru naik 3 kilo. OK lagi kut.

Ada orang tu kan, waktu di morocco berat dia lebih kurang 60 begitu, sudah balik Malaysia 70. Rasanya penimbang kat Malaysia ni terlalu kuat main bundar. Dan kurang kualiti agaknya. Saya yakin berat saya masih 55 kg. (pikir positif....positif)

Syahiddmilikku said...

kak lela,
jangan ketawa sgt kak, kuat bau mulut kang..hahahha..

alifdalmim,
allhumma ameen. tengkiu upload gambar pondok kita..

maklong ida,
insyallah.

endofday,
hatta gadis pong, huh. Kuning emas gigi dia.

landaklaut,
tak berat kan kak? huhu..akak best arr..hohoho..

alfannani,
kebenaran akan terzahir jua nanti! hahahah...

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...