Tuesday, April 7, 2009

SUKMA 09 Bahagian II

Assalamualaikum wth,

SUKMA '09 anjuran Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi (PMMM) kali ni agak meriah seperti parti liar di Jalan Bukit Bintang di malam-malam minggu. Hampir semua 116 mahasiswa dan mahasiswa yang sedang menuntut di sini berkampung di wilayah Rabat dan Kenitra untuk sama-sama mengikuti program anjuran persatuan sepanjang seminggu cuti musim bunga walaupun Malaysia tiada cuti barang sehari pun bagi menyambut cuti musim durian.

Pada kali ini, 4 kumpulan telah dibahagikan. Antaranya, kumpulan Putih berikonkan Kuda putih a.k.a Albino (kakakakaka..). Kumpulan Merah, mengambil Naga sebagai representive mereka. Bagi kumpulan Biru pula, tema 'Gelombang Biru' yang konservatif digunapakai sejak tahun lalu. Manakala, kumpulan Kuning yang juga juara 'nasib' tahun ini menggunakan pendekatan slogan 'Daulat Tuanku' sempena krisis derhaka Sultan di Perak awal tahun ini.

Aku antara makhluk demokrat sekunder pasukan Merah yang menyertai sukan bola tampar bagi separuh masa pertama. Prestasi permainan aku kali ini agak mengecewakan. Penat sahaja aku membasuh baju menggunakan tangan setiap bulan sekali. Hasilnya sama saja seperti aku membasuh baju 2 bulan sekali dengan mesin Parasonic murah rumah aku nih. Huh! Memakai jersi merah Yamaguchi bernombor 1 juga ibarat tidak mengundang apa-apa tuah. Aku syak, ada orang yang terpengaruh dengan cerita Keliwon setiap malam Khamis kat TV3, lalu menyihir kasut pinjam aku. Teknik Massacre (Jumpa dan Bunuh) yang aku strategikan juga tidak membuahkan hasil. Mujur tiada game lompat getah atau congkak 7 sebelah. Jika tidak, hamper DH 50 berplastik kitar semula itu pasti milik aku.

Jejaka Litar Lumba Kuda


Ostat Mohd Nor, ketua pasukan sorak psiko juga selaku Manager team Kuning Langsat


Refferee politik wang


Gandingan serashi Pasukan Naga Merah


Antara pemain yang menyapu sunblock terbanyak


Sepak mula


Penjaga gol pun susah carik kerja sekarang.


Orang kuat pasukan Kuda Putih a.k.a Team Fair n Lovely.

Tiada pemain hantu pada SUKMA 09 kali ini, ujar Presiden persatuan kami.

Khairuddin dari pasukan Putih cuba mempraktikkan cakar harimau di dalam corak permainan beliau.

Three Musketeers

Aku sempat capture masa dia tengah training kat padang sebelah

Sekadar hiasan

Saat-saat genting

Happiness

Our President as a goal keeper and he's doing great!

Salam ada makna

Nak sambung buat tesis. More pictures soon, InsyaAllah. Wassalam.

6 comments:

IdaAnuar said...

salam ada makna tu...hahaha maklong tergelak tengok gambar tu..pasal macam nampak along je

Anonymous said...

Sukma, sukma.

Terkenang kisah lalu gelombang biru. Biarpun dipulau oleh segenap pasukan yang lain, mercu kemenangan tetap menjadi milik. Namun tahun ini rasanya biru kurang taring. Bola tampar game sasaran telah kecundang. Ahli pasukan gelombang biru dalam permainan bola tampar juga telah berpindah ke pasukan putih fair & lovely (bajet suci) itu. Namun kedengaran kalah juga ditangan daulat tuanku (bajet kesopanan dan kesusilaan). Kisah ini menjadikan saya rindu semacam berbulu mahu terbang ke sana menampar semua orang. ahha~

Sonok nye korang!!!!!! Taiko team gelombang biru sekarang duduk rumah je sampai lompat pun tak lebih sejengkal dah. Perut pula yang bergelombang gelemair. Ngahh!! Histeria!

halim qittun said...

even ade paper esok, and satu pun x msok lg kt kpala ni..(kne la paper history of islamic architecture),
aku betah mbuka laman sesawang sahabat ku shidut ni..

hehehe pesal muke faru nmpak tua ek? en shidut bsalam sambil mbisikkn kte2 ugutan la tu, hehehe

Anonymous said...

haha..
baju waqaf pon kalah lagi..
memang anda tidak layak memakainya..
apatah lagi memegang plastik reclycle adiah tu..
hauhaua!

Anonymous said...

kenape susah sangat untuk mengiktiraf kemenangan kumpulan kuning?

Maybe sebab tindak-tanduk team kami pada awalnya sebagai team underdog(tiada sebarang ta'liq,tadakhul dan strategi yg di umum dalam pmmmgroup) yang kemudiannyer menjadi team underground dan seterusnya dream team tidak dapat diterima oleh semua pihak.

ok tu je komen aku selaku ketua pasukan sorak psiko juga selaku Manager team Kuning
Ostat Mat Nor

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

kekeke.. memang best lah caption dan gambar..hehehe.. ko ada jumpa ronaldo ek? kem salam kat dia. aku hari tu time futsal, aku jumpa drogba.. kecik jer drogba nih. aku rasa aku boleh belasah jer dia..kakakaka

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...